Hari : Isnin
Tarikh : 29 Jun 2015
Masa : 1.20 tengah hari – 1.50 tengah hari
Tarikh : 29 Jun 2015
Masa : 1.20 tengah hari – 1.50 tengah hari
Guru Bertugas :
- Azura
Farina binti Abdullah
- Nora
binti Sabihi
- Saadiah
binti Busrah
- Salmi
binti Adnan
- Nazahiyah
binti Ab Rahman
- Nor
Holwani binti Yahaya
LAPORAN:
1.0 Nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor
dan Lagu Sekolah dipimpin oleh Puan Salmi Amir. Bacaan doa oleh adik Arif Arfan bin Abd Razak dan ikrar murid oleh adik Nuraneesa bt Mohd Abdul Aziz . Ikrar Rukun Negara dan Keselamatan
Jalanraya dipimpin oleh Puan Nor Holwani Yahaya.
2.0 Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas (Pn
Yani binti Muhamad Sharif)
Beliau mengucapkan tahniah kerana disipin murid-murid terkawal pada minggu lepas. Peringatan untuk murid yang tidak berpuasa supaya makan di kantin sahaja. Bagi murid yang berpuasa pula, duduk di dewan mengikuti program yang ditetapkan.
Beliau juga menegaskan supaya murid-murid membudayakan ucapan memberi salam kepada guru-guru, rakan-rakan mahupun staf sekolah.
3.0 Ucapan Guru Bertugas Mingguan ( Pn Nor
Holwani Yahaya)
Tema ucapan beliau pada minggu ini ialah "Kepentingan Masa". Beliau memfokuskan agar waktu rehat selama 20 minit dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh murid-murid dengan makan (bagi yang tidak berpuasa), pergi ke tandas, solat, ke kedai buku dan lain-lain. Waktu rehat berakhir dengan dibunyikan loceng. Murid-murid diminta beratur dan masuk ke kelas dengan pengawasan guru mata pelajaran.
Pelancaran Tabung Palestin telah pun bermula dan tabung akan diedarkan pada waktu rehat oleh pengawas.
Beliau juga memperkenalkan guru baharu iaitu Ustazah Faridatul Aini yang menggantikan Ustazah Wan Sarinah yang telah berpindah. En Noor Hisham juga telah dilantik sebagai guru disiplin yang baharu.
4.0 Perkataan LAWAD
Bahasa Malaysia - berlabuh = singgah
Bahasa Inggeris - factory = kilang
Bahasa Arab -
Alifatun = jinak
5.0 Penyampaian Hadiah Kebersihan Kelas
Hadiah disampaikan oleh Pn Rosmah binti Jamat
Tahun 1 - Pertama : Titanium
Kedua : Uranium
Ketiga : Ferum
Tahun 2 - Pertama : Angklung
Kedua : Tabla
Ketiga : Kompang
Tahun 3 - Pertama : Surgeri
Kedua : Respiratori
Ketiga : Anestesiologi
6.0 Pelancaran Program Bacaan Pintar (Mentor-mentee)
Program Peningkatan Linus 2.0 sekolah ini telah mengambil inisiatif
untuk mewujudkan satu program yang dinamakan sebagai Program Bacaan Pintar (Mentor-mentee).
Program yang dijalankan selama dua hari setiap minggu iaitu hari Selasa dan Rabu adalah bertujuan untuk memastikan murid Tahun 3 yang menguasai asas Linus
Literasi (sebagai mentor) dapat membimbing adik-adik Tahun 1 dan 2 yang menguasai konstruk K3-K12 dapat menguasai sepenuhnya pada Saringan 2 Linus 2.0 yang akan datang. Semoga program ini akan memberikan kesan yang positif serta dapat
mencapai sasarannya.
MATLAMAT
Mencapai sasaran KPI 100% murid sifar Linus di Tahun 3.
OBJEKTIF
Membantu
meningkat kadar celik huruf di sekolah.
Membantu
murid Linus menguasai kemahiran asas membaca dan menulis dengan cepat.
Puan Azizah Ab Hamid selaku Pengacara Majlis |
Pelantikan Mentor dan Mentee Mentor: Aniq Asyraf bin Azwan (3 Surgeri) Mentee: Adam Harith bin Norman (1 Ferum) |
Mentor: Luthfi Khil Hadi bin Radzuan (3 Surgeri) Mentee: Muhammad Hasbul Hadi bin Mohd Sauzi ( 1 Ferum) |
Disediakan oleh:
Puan Azura Farina binti Abdullah
Puan Azura Farina binti Abdullah
No comments:
Post a Comment