Program ini diadakan bertujuan untuk memupuk kesedaran tentang pentingnya ilmu pengetahuan dan keyakinan diri dalam menghadapi pelbagai cabaran dari pelbagai sudut. Program ini juga bagi membuka minda dan membina kesedaran murid tentang pentingnya pengurusan masa dan mempunyai sikap bertanggungjawab untuk membina kecemerlangan diri dalam kurikulum, kokurikulum dan sahsiah.
Objektif Program Motivasi Tahun 4:
1. Memberi motivasi kepada semua murid Tahun 4 dalam meningkatkan prestasi akademik.
2. Memupuk kesedaran tentang pentingnya pengurusan ilmu pengetahuan untuk mencapai kecemerlangan dalam UPSR.
3. Sentiasa berfikiran positif di dalam apa jua situasi terutamanya dalam menghadapi peperiksaan.
4. Dapat merancang masa depan dengan baik dan berusaha membina kecemerlangan diri dari segi akademik dan pembentukan sahsiah.
Atur Cara Program:
8.00 - 8.30 pagi: Peserta mengambil tempat di Dewan Perdana
Ucapan aluan pengerusi majlis
Bacaan doa
8.30 - 9.30 pagi: Slot Ceramah 1 (Pengurusan Masa)
9.30 - 10.00 pagi: Rehat
10.00 - 10.50 pagi: Slot Ceramah 2 (Pentingnya Ilmu)
11.00 - 11.45 pagi: Slot Ceramah 3 (Peribadi Cemerlang)
11.45 - 12.00 tengah hari: Majlis penutup
Berikut adalah paparan gambar sepanjang program ini berlangsung:
Ucapan aluan pengerusi, Pn Rosmizawati bt Yusub |
Bacaan Doa, Ustaz Zurilazman bin Abdullah |
Penceramah Motivasi, En Mohammad Afandie bin Yahaya |
Para peserta diberi ceramah (Pengurusan Masa, Pentingnya Ilmu dan Peribadi Cemerlang) |
Penceramah bersama Pn Azizah Mokhlas (PK Kurikulum) dan Pn Rosmah Jamat (PK Hal Ehwal Murid) |
Pengacara Majlis Penutup, Pn Nurliza bt Ab Rahman |
Pn Rosmah bt Jamat menyampaikan ucapan |
Penyampaian Sijil Penghargaan kepada penceramah |
Sedikit jamuan untuk penceramah |
No comments:
Post a Comment