... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Saturday, March 3, 2018

Kem Bestari Solat Tahun 4 & 5

Umum sedia maklum, Kem Bestari Solat adalah aktiviti yang dilaksanakan untuk memastikan murid dapat menunaikan solat dengan sempurna dari segi bacaan dan perbuatan. Aktiviti ini dilaksanakan secara intensif di satu tempat khas mengikut kesesuaian sesebuah sekolah yang melibatkan semua murid beragama Islam.

Model Bestari Solat adalah sebahagian daripada Program j-QAF yang wajib dilaksanakan. Walaupun ia satu bentuk aktiviti kokurikulum, semua sekolah perlu melaksanakannya seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Pentadbir sekolah bertanggungjawab untuk menggerakkan pelaksanaan kem ini. Aspek solat ditekankan dalam sesi Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) Pendidikan Islam.

Alhamdulillah, SK Taman Putra Perdana telah berjaya melaksanakan Kem Bestari Solat (KBS) bagi tahap 2 (Tahun 4 & 5) pada 3 Mac 2018. Kem Bestari Solat (KBS) untuk kali ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada murid-murid. Semua guru bertungkus lumus untuk menjayakan program ini. Ia juga mengeratkan hubungan sesama guru dan memperkukuhkan lagi semangat kerja berpasukan guru-guru SK Taman Putra Perdana.

Guru-guru telah menggembleng tenaga untuk memastikan 4 objektif Kem Bestari Solat ini tercapai iaitu :
  • Murid dapat berwuduk dengan sempurna.
  • Murid dapat mengetahui cara-cara menunaikan solat dari segi perlakuan.
  • Murid dapat melafazkan bacaan dalam solat dengan betul dan lancar.
  • Murid dapat menunaikan solat secara individu dan berjemaah dengan sempurna.

Sehubungan dengan itu, diharapkan pelaksanaan kem ini akan memberi kesan kepada pembentukan sahsiah murid-murid dalam meningkatkan kemahiran, kesungguhan dan rasa tanggungjawab melaksanakan Fardhu Ain yang diperintahkan oleh Allah S.W.T.



Buku Program KBS
"SOLAT MENJANA INSAN CEMERLANG"


Meja Pendaftaran Murid Tahun 4 & 5

Murid diberi bimbingan semasa mengambil wudhu'


Guru membetulkan kesilapan murid semasa mengambil wudhu'

Ustaz Zubair sedang berkongsi ilmu tentang rukun-rukun solat 

Ustaz Zurilazman juga tidak melepaskan peluang untuk berkongsi ilmunya

Murid-murid sedang fokus mendengar perkongsian guru

Sambutan menggalakkan dalam kalangan murid tahun 4 & 5









No comments:

Post a Comment