Tarikh
: 26 Mac 2018
Hari : Isnin
Masa : 7:30 a.m. – 8:15 a.m.
Tempat : Dataran Perdana
Guru Bertugas :
Masa : 7:30 a.m. – 8:15 a.m.
Tempat : Dataran Perdana
Guru Bertugas :
~Noor
Hayati binti Yusof
~Ahmad
Musrizuan bin Daud
~Nurhayati
binti Mohamed Nor
~Norazian
binti Mat Anuar
~Siti
Rabiah binti Mohammad
~Julaili
binti Onian
~Visva
Vilasini a/p Koppal @ Goppal
~Nik
Kamisah binti Abd Aziz
~Mazzaini
binti Muda
1. Nyanyian lagu
Negaraku, lagu Negeri Selangor, lagu Sekolah dan lagu Aku Negaraku.
2. Bacaan doa diketuai
oleh Muhammad Haziq Aiman bin Hamdan (6 Patologi).
3. Bacaan ikrar Rukunegara dan ikrar Keselamatan
Jalan Raya oleh Pn. Noor Hayati binti Yusof.
4.
Bacaam ikrar murid oleh Nurin Adlina binti Hassan (6 Surgeri)
Laporan guru bertugas
Tema
: Mengamalkan senaman.
~Senaman
perlu bagi mengekalkan tahap kecergasan dan kecerdasan seseorang. Senaman yang kerap dapat membantu badan untuk
kekal sihat dan bertenaga.
~Selain
itu, makanan yang berkhasiat dan seimbang sangat penting supaya kekal aktif sepanjang hari.
~Seseorang
disarankan untuk melakukan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu selama
30 minit.
~Melakukan
kerja rumah yang asas seperti menyapu sampah, menyidai baju juga antara senaman-senaman asas yang boleh dilakukan.
~Murid-murid
turut disarankan untuk sentiasa berjaga-jaga dan mengambil langkah-langkah keselamatan diri sewaktu
bersenam.
LAWAD
Bahasa Melayu : menerangkan = > menjelaskan
LAWAD
Bahasa Inggeris : ambitious = > bercita-cita
tinggi)
LAWAD
Bahasa Arab : mahal
Makluman penggunaan Buku NILAM oleh Pn. Arrny Yusnita
~Maksud
NILAM : Nadi Ilmu Amalan Membaca
~Menggalakkan
murid-murid untuk sentiasa membaca buku, bukan sahaja tertumpu di perpustakaan
sekolah tetapi di tempat-tempat yang
bersesuaian dan selesa dan mempunyai sumber bahan bacaan.
~Selain
dapat mengurangkan pembuangan masa, membaca turut membantu menambah ilmu pengetahuan dan turut menyumbang ke arah menghasilkan karangan dengan
kreativiti dan imaginasi tinggi.
~Murid-murid
disarankan untuk sentiasa bersedia dengan Buku NILAM agar dapat merekod hasil
bacaan.
Ucapan Guru Besar, Pn. Rohaidah binti Mohd Ali
~Ucapan
alu-aluan kepada semua guru dan murid dengan sekembalinya ke sekolah selepas
berakhirnya cuti pertengahan penggal yang lalu.
~Guru-guru
digalakkan untuk meneruskan aktiviti untuk menghias dan menceriakan kelas dalam
menaikkan semangat murid-murid dan guru untuk menikmati sesi pembelajaran
dengan lebih selesa. Ini juga
merupakan cabaran kepada guru-guru kelas untuk bersaing mendapatkan tempat
dalam pertandingan keceriaan yang diadakan setiap minggu. Semoga guru-guru
lebih proaktif.
~Tahniah
dan syabas diucapkan kepada guru-guru dan murid-murid yang hadir dalam cuti
sekolah kerana menghadiri kelas tambahan, latihan sukan, menyertai pertandingan, menyiapkan hiasan dan
keceriaan kelas di sekolah dan lain-lain lagi.
~Pada
27 Mac 2018 (Selasa), sekolah akan menerima lawatan penanda arasan dari SK Taman Pantai
Sepang Putra bagi melihat Bilik Sumber PPDa dan juga Ujana Ilmu. AJK yang terlibat diminta bersedia dan mohon kerjasama guru-guru
untuk memastikan disiplin murid dalam keadaan terkawal. Sila hormati para
pelawat.
~Murid-murid disarankan untuk kerap minum air bagi mengekalkan tahap hidrasi badan ketika cuaca yang tidak menentu ini.
~Murid-murid
dilarang membeli sebarang makanan atau permainan daripada penjaja yang berada di
luar kawasan sekolah kerana penjaja tersebut berniaga tanpa kebenaran. Pihak sekolah juga risau tentang kebersihan makanan tang dijual selain bagi mengelakkan masalah kesesakan lalu lintas dan keselanatan murid.
~Murid-murid
diingatkan untuk sentiasa menjaga harta benda sekolah dengan sebaiknya. Sayangilah
harta benda sekolah untuk kegunaan bersama. Murid dilarang untuk memanjat, menyepak atau menconteng dinding sekolah. Mohon kerjasama semua guru untuk memantau kelakuan
murid.
~Untuk
makluman para guru dan murid, sekolah telah memperoleh 13 pintu baru sumbangan dari PIBG yang telah dipasang
di dalam tandas sekolah. Terima kasih buat PIBG. Mohon kerjasama
semua murid untuk sentiasa menjaga dan menggunakannya dengan berhemah.
No comments:
Post a Comment