... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Wednesday, January 2, 2019

Laporan Perhimpunan Hari Pertama Persekolahan 2019 (Sesi Pagi)

Tarikh: 2 Januari 2019
Hari: Rabu
Masa: 7.30 pagi
Tempat: Dataran Perhimpunan SKTPP
Pengacara Majlis: Cik Roslinda binti Mansor
Senarai Guru Bertugas:
1. Cik Roslinda binti Mansor
2. Encik Mahadir bin Midun
3. Puan Astina binti Mahad Nor
4. Puan Juli binti Mahbah
5. Puan Faridatul-Akmal binti Ismail
6. Puan Faridatul Aini binti Alias
7. Puan Jamilah binti Mohd Yusof
8. Puan Junaidah binti Rus
9. Puan Roseniza binti Setapa
10. Puan Murni binti Abdullah

Barisan guru bertugas sesi pagi minggu pertama 2019
Agenda Perhimpunan:

1. Nyanyian, Bacaan Doa dan Ikrar
  • Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Selangor dan Lagu Sekolah. Rangkaian 3 buah lagu ini di bawah pimpinan Pn Astina binti Mahad Nor.
  • Bacaan Doa oleh Ustaz Mahadir bin Midun
  • Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya oleh Cik Roslinda binti Mansor.
  • Bacaan Ikrar Murid oleh Adik Muhd Amar bin Mohd Rizal
Bacaan doa di bawah pimpinan Ustaz Mahadir bin Midun
Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Keselamatan Jalan Raya di bawah pimpinan Cik Roslinda binti Mansor
Ketua Murid, Adik Muhd Amar bin Mohd Rizal memimpin bacaan Ikrar Murid 

2. Ucapan Pengerusi Majlis (Cik Roslinda binti Mansor)
  • Mengucapkan selamat datang kepada semua murid terutama murid-murid Tahun 4 yang baru melangkah ke sesi pagi. Diharapkan murid-murid dapat menyesuaikan diri dengan masa dan situasi yang baharu.
  • Mengalu-alukan kehadiran wakil media TV1 RTM serta media-media lain atas kesudian meluangkan masa bersama-sama warga SKTPP pada pagi ini.
  • Mengalu-alukan kehadiran ibu bapa dan penjaga; khususnya murid-murid prasekolah yang hadir sama pada pagi ini. Semoga dapat memberi sokongan moral dan semangat keterujaan anak-anak bagi memulakan sesi persekolahan
  • Memperkenalkan barisan guru yang bertugas pada minggu ini. Murid-murid yang menghadapi masalah, bolehlah berjumpa atau berhubung dengan guru bertugas yang telah diperkenalkan.
  • Tema pada minggu ini iaitu Visi dan Misi Sekolah
Visi:
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera
Misi:
Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Insan Memenuhi Aspirasi

Pengerusi Majlis: Cik Roslinda binti Mansor

3. Ucapan Guru Disiplin (Tuan Haji Tarmiji bin Sabali)
- Semua murid seharusnya memulakan tahun 2019 dengan azam dan semangat yang baru. Selain dari menimba ilmu, murid-murid juga perlu memartabatkan lagi mutu disiplin diri bagi mencapai cita-cita.
- Mengingatkan semula  tentang peraturan sekolah.

   i) Waktu persekolahan bagi sesi 2019.
  • Setiap hari semua murid perlu berada di kawasan sekolah pada pukul 7.20 pagi dan bersedia memulakan persekolahan dengan perhimpunan harian sama ada di Dataran Perhimpunan atau Dewan Perdana mengikut ketetapan yang telah ditentukan oleh pihak sekolah. Harap semua pihak mematuhi ketetapan ini dan dapat menguruskan pengangkutan datang dan balik dari sekolah demi meningkatkan lagi mutu disiplin sekolah.
   ii) Pakaian sekolah.
  • Setiap hari semua murid perlu memakai uniform sekolah mengikut ketetapan yang diberikan oleh pihak sekolah. Contohnya, baju putih dan berseluar biru gelap, berpakaian sukan semasa ada pelajaran PJK dan baju beruniform lengkap pada hari Rabu.
  • Lencana dan tanda nama perlu dijahit dengan sempurna mengikut tata cara dan garis panduan yang telah diberikan. Garis panduan tersebut boleh rujuk di blog sekolah, di pintu kedai buku dan cermin dinding pengawal keselamatan.
  • Semua murid boleh memilih kasut hitam atau putih lengkap berstoking yang sama warna.
   iii) Kedatangan sekolah
  • Semua murid perlu datang dan berada di kawasan sekolah semasa waktu persekolahan. Tidak hadir ke sekolah perlu bersebab dengan menyatakan surat dan serahkan kepada guru kelas atau menghubungi guru kelas bagi memudahkan semua pihak.
  • Murid-murid yang keluar dari kelas perlu mendapatkan pas keluar daripada guru semasa atau guru kelas.
   iv) Pintu masuk dan pintu keluar dari sekolah pada setiap hari:
  • Pintu Pagar A1: Kenderaan guru
  • Pintu Pagar A2: Murid berbasikal dan pejalan kaki dari kawasan berdekatan
  • Pintu pagar B: Khas untuk murid keluar dan masuk sekolah yang dihantar berkereta, bermotosikal, van dan lain-lain kenderaan.

Ucapan Guru Disiplin, Tn Hj Tarmiji bin Sabali

4. Ucapan YDP PIBG (Tuan Haji Khairul Azhar bin Muhammad Suffian)
- SKTPP sungguh bertuah kerana menerima kunjungan Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia pada hari ini.
- Mengucapkan tahniah kepada SKTPP kerana telah menjalankan operasi selama 15 tahun dengan cemerlang. Semoga murid-murid terus cemerlang dalam menimba ilmu di sekolah ini.

Ucapan YDP PIBG, Tn Hj Khairul Azhar bin Muhammad Suffian

5.Ucapan Guru Besar (Puan Hajah Rohaidah binti Mohd Ali)
- Merakamkan kesyukuran dan syabas kepada semua murid yang hadir dengan penuh semangat.
- Warga SK Taman Putra Perdana mengucapkan terima kasih kepada Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia, YB Teo Nie Ching yang sudi meluangkan masa melawat sekolah ini khusunya PPKI dengan diiringi pegawai-pegawai KPM, JPN Selangor dan PPD Sepang serta para wartawan.

Ucapan Guru Besar, Puan Hajah Rohaidah binti Mohd Ali

6. Ucapan Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia (YB Teo Nie Ching)
- Amat berbesar hati kerana berpeluang datang ke sekolah ini berjumpa semua murid, guru-guru dan ibu bapa.
- Merakamkan rasa gembira kerana Program Pendidikan Pendidikan Khas (PPKI) dilaksanakan di sekolah ini.
- Mengharapkan semua murid aliran perdana menerima murid PPKI dengan hati yang terbuka. Sifat kasih sayang dan hormat-menghormati tidak kira latar belakang murid-murid adalah amat penting.

Ucapan Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia,YB Teo Nie Ching

7. Persembahan Silap Mata oleh Ustaz Mohd Hadri bin Ag Idris
- Pelbagai aktiviti silap mata dipersembahkan dan memukau perhatian hadirin. Para hadirin termasuk pegawai dari KPM, JPS, PPD, wartawan, jurugambar media, guru-guru, ibu bapa serta murid-murid amat teruja dengan persembahan silap mata tersebut.

Persembahan Silap Mata

Gambar -gambar kenangan yang lain semasa perhimpunan hari pertama persekolahan sesi pagi 2019:

Guru Besar SKTPP bersama Timbalan Menteri Pendidikan, Pegawai dari KPM, JPS, PPD dan YDP PIBG SKTPP

Barisan guru perempuan SKTPP

Wajah-wajah guru SKTPP

Anak-anak SKTPP sesi pagi 2019

Kehadiran Mickey Mouse dan Minnie Mouse di hari pertama persekolahan mencuit hati murid-murid dan semua yang hadir

Perhimpunan tamat pada pukul 9.00 pagi

No comments:

Post a Comment