... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Wednesday, January 9, 2019

Program Sembang Santai PPD Menyantuni Guru-Guru SKTPP

Hari ini KPPD dan pegawai-pegawai PPD Sepang turun ke SKTPP menyantuni guru-guru dalam program Sembang Santai. KPPD; Tn. Hj. Arbain bin Pinni telah menyampaikan Sijil Peningkatan Prestasi UPSR 3 tahun berturut-turut sambil belanja aiskrim kepada guru-guru dan staf sekolah. Terima kasih banyak buat PPD atas penghargaan yang sungguh bermakna ini. Sangat mengesankan dan sungguh menyentuh hati warga sekolah. Bukan nilai aiskrim yang jadi ukuran tapi maksud penghargaan itu yang sangat besar ertinya buat kami.
   Terima kasih juga buat Tn. YDP PIBG; Tn. Hj. Khairul Azhar bin Mohammad Suffian yang sudi hadir sama memeriahkan program. Tahniah buat semua guru dan kakitangan sekolah termasuk para cleaner dan pengawal keselamatan yang sama penting dalam pengurusan sekolah. Tak lupa juga tahniah buat ibu bapa murid-murid SKTPP yang sangat berdedikasi. Keluarga besar kita semakin cemerlang berkat komitmen dan kesepakatan sesama kita. Semoga sekolah kita akan terus cemerlang dalam segala bidang... Aamiinn..




















1 comment:

  1. Tahniah pihak sekolah!!

    Cuma saya memohon jasa baik admin untuk maklumkan YBrs. Guru Besar supaya melihat kembali jadual persekolahan Tahun 1, 2 dan 3. Didapati beg terlalu berat desebabkan oleh jumlah buku sesuatu mata pelajaran yang banyak. Sebagai contoh, bagi matapelajaran Bahasa Melayu, terdapat Buku Teks, Buku Aktiviti dan beberpa buku tulis yang bersaiz besar. Juga bagi mata pelajaran yang lain.

    Terdapat peningkatan kes pelajar yang sakit tulang belakang dan juga masalah bantut kebelakangan ini. Prerogative Guru Besar dan Guru Mata Pelajaran amatlah dimohon untuk mengurangkan beban buku teks harian anak-anak yang disayangi ini.

    Semoga SKTPP mendjadi sekolah contoh pelaksanaan perkara murni ini.

    Terima kasih.

    ReplyDelete