... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Thursday, February 28, 2019

Program Guru Penyayang (Aktiviti Mengalu-alukan Kehadiran Murid Bulan Januari – Februari 2019)

Alhamdulillah, aktiviti mengalu-alukan kehadiran murid ke sekolah di bawah Program Guru Penyayang dapat diteruskan lagi bagi tahun 2019 yang mana program ini telah menjadi satu budaya guru di Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana. Aktiviti ini merupakan satu mekanisme dalam menanam dan membudayakan sikap kasih sayang oleh setiap guru di sekolah. Budaya sekolah yang mengamalkan sikap menyayangi akan melahirkan rasa kepunyaan antara satu sama lain dalam kalangan guru dan murid yang dapat membantu meningkatkan pencapaian sekolah dalam bidang akademik, kokurikulum dan pembentukan sahsiah. Aktiviti yang dijalankan di bawah Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Hal Ehwal Murid ini dilaksanakan oleh guru-guru yang akan menyambut serta mengalu-alukan kehadiran murid di pintu pagar A dan B.

Aktiviti yang dijalankan ini secara tidak langsung dapat:
1. Menjiwai amalan penyayang sebagai budaya sekolah.
2. Menyedari bahawa setiap murid adalah aset kepada sekolah.
3. Mewujudkan perasaan dihargai dan diterima dalam kalangan murid.
4. Memupuk perasaan suka hadir ke sekolah dalam kalangan murid.

Pelaksanaan aktiviti ini adalah setiap hari waktu persekolahan dan masa menyambut guru adalah seperti berikut:

7.00 pagi hingga 7.20 pagi (sesi pagi)
1.00 petang hingga 1.20 petang (sesi petang: Isnin – Khamis)
2.00 petang hingga 2.20 petang (sesi petang: Jumaat)

Berikut merupakan paparan gambar yang telah diambil ketika aktiviti ini dilaksanakan:
Guru Sesi Pagi, Puan Junaidah Binti Rus mengalu-alukan kedatangan murid ke sekolah di pintu Pagar A.

Puan Astina Binti Mahad Nor turut sama menyambut kehadiran murid.

Guru Sesi Petang, Puan Hastipa binti Mad Daud bersalaman dengan murid yang baru tiba di sekolah di pintu pagar B.

Wajah Ceria Puan Salmi Binti Amir semasa menyambut murid di pintu pagar A.

Tersenyum ceria apabila disambut oleh guru yang bertugas.

Gelagat murid sesi petang yang baru tiba di sekolah.

Puan Rozimah binti Yaakob bergambar kenangan bersama murid sesi petang.

Murid lelaki juga bersalaman dengan Puan Rozimah binti Yaakob. 

Jutaan terima kasih kepada semua guru atas kerjasama dalam menjalankan tanggungjawab bagi memastikan objektif pelaksanaan program ini berjalan dengan jayanya. Semoga aktiviti ini dapat terus memupuk semangat murid untuk hadir ke sekolah.

“UJANA ILMU WADAH KECEMERLANGAN”

No comments:

Post a Comment