Majlis Permuafakatan KPM Dan PDRM : Program Jom Ke Sekolah Peringkat Kebangsaan Tahun 2019 adalah merupakan program kolaboratif antara Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam usaha menangani permasalahan disiplin dan salah laku murid. Penglibatan pihak polis dalam kawasan sekolah adalah melalui Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) di semua sekolah KPM.
SKTPP turut menyahut seruan KPM dengan mengadakan Majlis Permuafakatan ini pada hari ini. Majlis ini telah diadakan untuk kedua-dua sesi persekolahan pagi dan petang. Majlis ini berlangsung selama 2 jam semasa sesi perhimpunan sesi pagi iaitu 7.30 pagi hingga 8.30 pagi dan di sesi petang pada pada pukul 1.30 petang hingga 2.30 petang. Pegawai PPS sekolah, Koperal Adienan bin Rani dan NYDP PIBG, Encik Ibrahim bin Abdul Rahman telah dijemput bagi menyampaikan ucapan dan merasmikan majlis ini.

Objektif Majlis Permuafakatan ini diadakan adalah untuk mewujudkan hubungan mesra dan kolaborasi yang lebih mantap antara pihak sekolah dan PPS. Ia juga bertujuan membantu mencegah salah laku disiplin murid sekolah daripada terlibat dalam kegiatan jenayah dan perlakuan yang menyalahi undang-undang serta tidak bermoral sama ada di dalam atau di luar sekolah. Di samping itu, ia juga bertujuan bagi memperluaskan penggunaan papan kenyataan PPS di sekolah-sekolah KPM bagi tujuan menangani isu-isu semasa kepolisian kepada warga sekolah dan ibu bapa.
Berikut adalah gambar-gambar sepanjang majlis ini berlangsung
GAMBAR-GAMBAR MAJLIS DI SESI PAGI
Banner Majlis Permuafakatan KPM dan PDRM
Ucapan aluan oleh Pn Juli selaku pengerusi majlis
Sesi bacaan doa oleh ustaz Zurilazman
Murid menumpukan perhatian semasa majlis berlangsung
VIP yang hadir
Sesi ucapan Koperal Adienan, PPS Sekolah
Perasmian Majlis dan gimik pelancaran
Sesi bergambar AJK Disiplin, AJK Unit B&K dan Unit Keselamatan bersama pentadbir dan tetamu jemputan. "Kami benci DARVIH"
Sesi bergambar bersama murid-murid
Penyampaian cenderamata dari NYDP PIBG kepada PPS
Penyamapaian cenderamata guru besar kepada NYDP PIBG
Sesi jamuan di kantin sekolah
GAMBAR-GAMABAR MAJLIS DI SESI PETANG
Ucapan aluan Pn. Rafini selaku pengerusi majlis
Sesi bacaan doa oleh Sir Saifullah
Gelagat murid-murid sesi petang semasa majlis berlangsung
Ucapan Perasmian oleh Pn Hajjah Rohaidah
Gimik pelancaran program
Pn Jumilah menembak belon sebagai gimik pelancaran Majlis Permuafakatan KPM dan PDRM
Sesi bergambar bersama AJK Disiplin, AJK Bimbingan & Kaunseling dan AJK Keselamatan sesi petang
No comments:
Post a Comment