Tarikh :
24 Jun 2019
Hari :
Isnin
Masa : 7.30 - 8.30 pagi
Tempat : Dataran Perhimpunan, SK Taman Putra Perdana
Guru-guru
bertugas :
- Encik Hafiz Bin Md. Noor (Ketua)
- Encik Ahmad Mustafid Bin Mat Sharif
- Puan Azwani Binti Mohamed Noordin @ Noordin
- Puan Roslina Binti Jafar
- Puan Siti Rabiaah Binti Mohammad
- Puan Noorayuni Binti Ab. Fatah
- Puan Nurul Izziani Binti Mohd Latif
Agenda :
1. Nyanyian, Bacaan Doa, Bacaan Ikrar.
1. Nyanyian, Bacaan Doa, Bacaan Ikrar.
- Nyanyian lagu Negaraku, lagu Selangor dan lagu Sekolah
- Bacaan Doa oleh Adik Muhammad Syami Wafiq bin Shahril Nizam ( 6 Tabla )
- Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya oleh Puan Azwani Binti Mohamed Noordin @ Noordin
- Bacaan
Ikrar Murid oleh Adik Muhammad Ammar bin Muhammad Rizal ( 6 Tabla )
2. Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas - Cik Syahirah Bt Tumar.
- Murid diingatkan agar membuang sampah ke dalam tong sampah, dan pastikan jangan meninggalkan sebarang sampah selepas selesai sesuatu majlis/ aktiviti.
- Pesanan supaya murid-murid sentiasa menunjukkan nilai hormat yang tinggi kepada semua guru dan kakitangan sekolah.
- Program Jalinan Mesra Siri 1/2019 berjalan dengan lancar dan baik. Kehadiran Ibu bapa sangat baik. Semoga perjumpaan ibu bapa dan guru dapat meningkatkan prestasi anak-anak murid dan dapat merapatkan ukhuwah antara guru dan ibu bapa murid-murid.
- Keputusan Keceriaan Kelas :
Kelas PPKI
- Tempat Pertama : Cricket
- Tempat Kedua : Bowling
- Tempat Ketiga : Soccer
Tahun 4
- Tempat Pertama : Harmoni
- Tempat Kedua : Intelek
- Tempat Ketiga : Efisien
Tahun 5
- Tempat Pertama : Vanadium
- Tempat Kedua : Ferum
- Tempat Ketiga : Titanium
Tahun 6
- Tempat Pertama : Tabla
- Tempat Kedua : Gambus
- Tempat Ketiga : Canang
3. Ucapan
Guru Bertugas Minggu Ini - Pn Azwani Binti Mohamed Noordin @ Noordin
- Mengingatkan murid agar hidup dengan penuh kasih sayang antara satu sama lain. Diterangkan kepada murid-murid erti nilai kasih sayang yang sebenar.
- Ianya adalah perasaan atau rasa kasih atau cinta yang datang dari dalam hati seseorang. Sayang juga merujuk kepada perasaan belas atau kasihan atau berasa kesal. Manakala perasaan kasih sayang merujuk kepada :
a) Perasaan kasih sayang kepada diri sendiri.
b) Rasa kasih dan sayang kepada ahli keluarga
dan adik beradik.
c) Rasa kasih dan sayang kepada komuniti sekolah
yabng terdiri daripada rakan sekelas, harta benda kelas / sekolah.
d) Murid perlu menjaga harta benda dan
kebersihan sekolah sebagai tanda kasih kepada sekolah.
Pn Azwani sedang menyampaikan nasihat kepada murid bertemakan Kasih Sayang |
4. Hebahan – Puan Junaidah Rus
- Pertandingan melukis anjuran Great Eastern dan Affin Bank.
- Sesiapa yang berminat boleh ambil borang penyertaan dari Puan Junaidah dan Cikgu Norli.
5. Majlis Penyampaian Sijil - Puan
Norhana Nordin
- Pengumuman dan ucapan ribuan tahniah kepada Pasukan Choral Speaking atas kejayaan mendapat tempat pertama dalam Pertandingan Choral Speaking Peringkat Daerah Sepang.
- Penyampaian sijil Penyertaan buat para peserta dan penyampaian sijil Pencapaian Kategori Emas Best Conductor yang dimenangi oleh Adik Subathara Lakshmi.
- Penyampaian sijil disempurnakan oleh Guru Besar SKTPP; Pn. Hajah Rohaidah Bt Mohd Ali.
6. Ucapan pentadbir - Puan Azizah Bt Mokhlas (PK Pentadbiran)
- Mengucapkan tahniah kepada Pasukan Choral Speaking SKTPP.
- Mengucapkan Selamat Hari Raya kepada warga dan murid-murid SKTPP serta mengingatkan murid-murid supaya menjaga kesihatan dan pemakanan yang sihat.
- Memaklumkan bahawa mulai 1 Julai 2019, sekolah akan mengadakan raptai Penilaian APPSSC peringkat Kebangsaan secara berperingkat-peringkat sehingga berlangsungnya majlis penilaian tersebut pada 24 Julai 2019.
- Jadual persekolahan sesi pagi akan mengalami perubahanan dan akan digunapakai mulai 1 Julai 2019. Jadual akan diedar kepada murid-murid dalam minggu ini.
- Seterusnya, makluman pada minggu keempat setiap bulan akan diterapkan matapelajaran Pendidikan Sivik dalam setiap matapelajaran, aktiviti kokurikulum dan akan dipilih sebagai tema perhimpunan minggu tersebut.
- Untuk minggu ini, temanya ialah Kasih Sayang.
Perhimpunan tamat pada pukul 8.30 pagi.
Disediakan oleh:
Encik Ahmad Mustafid Bin Mat Sharif
No comments:
Post a Comment