... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Wednesday, June 19, 2019

Lawatan Kerjaya Adiwira di KidZania 2019

Pada 19 Jun 2019 bersamaan hari Rabu telah diadakan Lawatan Kerjaya Adiwira ke KidZania. Lawatan ini adalah anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling, Kelab Kerjaya, PIBG dan Unit Pusat Sumber Sekolah (Ujana Ilmu) yang diterajui oleh Cikgu Rozimah, Cikgu Juli dan Cikgu Arzah. Lawatan ini telah disertai oleh 123 orang murid dan 9 orang guru pengiring. Kemeriahan 3 bas rombongan dari SKTPP disambut meriah oleh pihak KidZania.

Sepanjang berada di KidZania, murid-murid berpeluang mencuba setiap permainan kerjaya yang disediakan. Antara kerjaya yang disediakan adalah kerjaya sebagai Bomba, Polis, Doktor, Jurujual, Pakar Makmal dan pelbagai lagi. Jelas kegembiraan di wajah murid-murid merasai pengalaman bekerjaya dan berusaha mencari duit sendiri. Di bawah disertakan sebahagian gambar-gambar yang sempat dirakam.



Murid-murid mengambil sarapan pagi sebelum bertolak

Ayuh! Kami dah bersedia ke Kidzania




Murid berada di dalam bas masing-masing



Barisan guru pengiring yang turut serta dalam lawatan 

Tiba di lokasi lawatan

Menunggu giliran untuk dapatkan jam Kidzania
Hmm.. Lambatnya nak masuk Kidzania


Yahoo! Dah boleh masuk Kidzania
Pekerja Pam Minyak BHPetrol
Taklimat Staf Baharu MBPJ
Staf Perubatan Unit Kecemasan Avisena
Pasukan Animasi KRU Studio


Staf-staf SHARP yang ceria :)
Menunggu pelanggan datang ke Faber Castell
Jurujual Z-Mart yang kepenatan melayan pelanggan :'(


Berehat seketika untuk makan tengah hari. Kejap lagi kita sambung balik kerja

Sambung balik kerja 




Comel tak saya?
Meowww~

Pelbagai lagi ruang kerjaya disediakan di Kidzania yang tidak dapat dimuatkan dalam entri kali ini. Semoga lawatan ini dapat memberi pendedahan awal kepada peserta lawatan mengenai dunia kerjaya yang sebenar. Seterusnya membuka minda mereka untuk menyediakan diri dengan ilmu serta kemahiran yang sesuai dengan kerjaya yang ingin dicapai pada masa akan datang. Sekian.

Laporan disediakan oleh Mohd Ishak Shairazi Bin Mohd Sauzi

No comments:

Post a Comment