Tarikh : 26 Ogos 2019
Hari : Isnin
Masa : 7.30 pagi
Tempat : Dataran Perhimpunan, SK Taman Putra Perdana
Pengacara Majlis : Encik Ahmad Mustafid Bin Mat Sharif
Senarai Guru Bertugas :
- Encik Hafiz Bin Md. Noor (Ketua)
- Encik Ahmad Mustafid Bin Mat Sharif
- Puan Azwani Binti Mohamed Noordin @ Noordin
- Puan Roslina Binti Jafar
- Puan Siti Rabiaah Binti Mohammad
- Puan Noorayuni Binti Ab. Fatah
- Puan Nurul Izziani Binti Mohd Latif
- Puan Fatin Huzaikka Binti Abdul Aziz
|
Barisan guru bertugas pada minggu ini. |
Agenda :
1. Nyanyian, Bacaan Doa, Bacaan Ikrar.
- Nyanyian lagu Negaraku, lagu Selangor dan lagu Sekolah
- Bacaan Doa oleh Adik Muhammad Ammar bin Muhammad Rizal (6 Tabla)
- Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya oleh Encik Ahmad Mustafid Bin Mat Sharif.
- Bacaan Ikrar Murid oleh Adik Muhammad Syami Wafiq bin Shahril Nizam (6 Tabla)
|
Bacaan doa oleh Adik Muhammad Ammar bin Muhammad Rizal |
|
Bacaan ikrar oleh Encik Ahmad Mustafid Bin Mat Sharif |
|
Bacaan ikrar murid oleh Adik Muhammad Syami Wafiq bin Shahril Nizam |
2. Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas - Puan Noriza binti Md. Nor
- Murid diingatkan untuk menjaga kebersihan dan kekemasan bilik persalinandan tidak menggunakan bilik tersebut untuk makan.
- Guru mengucapkan tahniah kepada seorang murid perempuan yang mengutip sampah di jalanan sekolah. Murid tersebut dijadikan contoh kepada murid lain atas keprihatinannya menjaga kebersihan kawasan sekolah.
- Murid diingatkan supaya memulangkan semula kerusi yang dipinjam dari kelas lain sebelum pulang ke rumah.
3. Ucapan Guru Bertugas Minggu Ini - Encik Ahmad Mustafid Bin Mat Sharif
- Tema : Saya Anak Malaysia
- Lambang Jalur pada bendera menggambarkan satu laluan yang lurus, hala tujuyang sama dan arah yang sama yang dianuti oleh rakyat negara ini.
- Gemilang bermaksud bercahaya, terang benderang dan cemerlang. Oleh itu Jalur
- Gemilang melambangkan kecemerlangan negara dan rakyat Malaysia dalam
- mengharungi suasana kehidupan dengan penuh gigih, taat dan bersatu padu bagi
- menjaga nama dan menaikkan imej negara.
- Warna Merah pada jalur melambangkan kesanggupan, keberanian, kegagahan dan kegigihan rakyat menghadapi segala cabaran.
- Warna Putih melambangkan keluhuran dan keikhlasan,
- Warna Biru melambangkan perpaduan hidup yang rukun dan damai manakala
- Warna Kuning melambangkan kesetiaan rakyat kepada Raja dan Negara.
|
Perkongsian ilmu oleh Encik Ahmad Mustafid Bin Mat Sharif
|
4. Penyampaian Sijil – Puan Nurhayati binti Mohamed Nor
- Pengumuman dan ucapan ribuan tahniah kepada murid-murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) yang dijemput membuat persembahan pada Program Keibubapaan Anak Istimewa Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Daerah Sepang pada 24 Ogos (Sabtu) yang lalu.
- Tajuk Persembahan: Arnab & Kura-Kura
- Peserta/Watak:
- Pencerita = Najib Haikal
- Arnab = Munirah Wafiah
- Kura-kura = Najmuddin
- Pokok = Elyana & Aqilah
- Monyet = Malik
- Zirafah = Israal
- Beruang = Aidil & Qistina
- Rusa = Faris Izzuddin
- Penyampaian sijil penghargaan disempurnakan oleh Guru Besar SKTPP; Pn. Hajah Rohaidah Bt Mohd Ali.
|
Sesi bergambar murid PPKI bersama pentadbir dan guru pengiring |
5. Penyampaian Sijil – Puan Zailezah binti Sardi
- Pengumuman dan ucapan ribuan tahniah kepada murid-murid tahun 6 yang cemerlang dalam Ujian Percubaan 2 yang telah dilaksanakan pada 23 Julai hingga 2 Ogos yang lalu.
- Seramai 5 orang murid mendapat 6A, 7 orang murid mendapat 5A dan 18 orang murid mendapat 4A.
|
Sesi bergambar murid mendapat keputusan 6A bersama pentadbir |
|
Sesi bergambar murid mendapat keputusan 6A, 5A, dan 4A bersama pentadbir. |
6. Ucapan pentadbir - En. Shahrizal bin Ya'am (PK kokurikulum)
- Murid diingatkan supaya tidak menggunakan bilik persalian lelaki/perempuan.
- Murid diingatkan sebelum meninggalkan kelas atau bilik-bilik khas supaya menutup semua suis elektrik.
- Memaklumkan pada hari Rabu 28 Ogos, sekolah akan digunakan untuk kejohanan KATMO Kriket. Segala aktiviti padang tidak dapat dijalankan.
- Seterusnya, murid yang terlibat dengan latihan sukan perlu patuhi masa yang ditetapkan dan mendengar arahan jurulatih.
- Untuk minggu ini, temanya ialah Sivik
|
Encik Shahrizal memberi ucapan |
Disediakan oleh: Pn. Fatin Huzaikka binti Abdul Aziz
No comments:
Post a Comment