Program Sinar Nurani ini merupakan anjuran bersama Unit Bimbingan & Kaunseling, Unit Disiplin dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru. Program ini berfokuskan kepada Peningkatan Disiplin Diri Murid-murid.
Antara objektif program ini adalah untuk
Antara objektif program ini adalah untuk
- Menimbulkan kesedaran murid-murid tentang kesilapan yang pernah mereka lakukan dan berusaha memperbaiki kesilapan tersebut
- Membentuk karektor serta sahsiah diri murid yang disenangi oleh warga sekolah
- Menimbulkan rasa dihargai dan diterima dalam kalangan rakan, guru, keluarga dan masyarakat.
Program ini dijalankan di Terminal Muafakat SKTPP dan disertai seramai 80 orang murid dari Tahun 2 hingga 6 yang terpilih. YDP PIBG iaitu Tn. Haji Khairul Azhar dan juga guru besar; Pn Hajjah Rohaidah bt Mohd Ali turut sama menyampaikan ucapan bagi memotivasikan para peserta program. Ceramah dan aktiviti selanjutnya telah disempurnakan oleh En Jumazlizal bin Jumin dari Mind Training & Consultancy.
Program ini telah dijalankan dalam 2 sesi iaitu untuk peserta sesi pagi dari pukul 10.00 pagi hingga 12.30 tengah hari dan untuk peserta sesi petang pula dari pukul 1.20 petang hingga 2.45 petang.
Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakamkan sepanjang program dijalankan
Program ini telah dijalankan dalam 2 sesi iaitu untuk peserta sesi pagi dari pukul 10.00 pagi hingga 12.30 tengah hari dan untuk peserta sesi petang pula dari pukul 1.20 petang hingga 2.45 petang.
Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakamkan sepanjang program dijalankan
Pendaftaran untuk peserta sesi pagi
Peserta bersedia untuk memulakan program
Program dimulakan dengan ucapan aluan pengerusi majlis dan bacaan doa oleh ustaz Zurilazman
Sesi ucapan bersama Pn Hajjah Rohaidah dan Tn Haji Khairul Azhar
Sesi ceramah dan Latihan Dalam Kumpulan (LDK) bersama En. Jumazlizal
Menanam sikap berani dalam diri sebagai satu usaha membina ciri-ciri pelajar cemerlang
Peserta bekerjasama membina tugu impian dalam sesi LDK
Sentuhan nurani bagi menginsafi diri para peserta program
Sesi bergambar bersama peserta program sesi pagi
Sesi pendaftaran dan bacaan doa bagi peserta sesi petang
Sesi ceramah dan LDK bagi membina keberanian dan keyakinan diri
Penyampaian sijil dan sesi bergambar bersama peserta sesi petang di akhir program
No comments:
Post a Comment