... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Thursday, February 20, 2020

Kursus Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) Tahap Bongsu : Kursus Asas Kemahiran Komunikasi Tahun 2020

Pada 20 Februari 2020 telah berlangsungnya Kursus Tahap Bongsu anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling dan Unit PPDa untuk Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) dan Sahabat PPDa bertempat di Terminal Muafakat, SKTPP. 

Buku program

     Pembimbing Rakan Sebaya Peringkat Bongsu ini perlu dilaksanakan bagi mengukuhkan asas-asas kaunseling dan komunikasi dalam kalangan ahli PRS. Kursus ini juga bertujuan untuk membina satu kumpulan murid yang mempunyai kemahiran asas untuk membantu dan membimbing serta menjadi kumpulan rakan sebaya yang positif. Selain itu, ahli PRS akan menjadi salah satu wadah bagi murid lain berkongsi kebimbangan dan mencurahkan perasaan yang tidak dapat dikongsi dengan orang dewasa. Ahli PRS juga berupaya membantu guru bimbingan dan kaunseling dalam mengenalpasti rakan-rakan mereka yang memerlukan perkhidmatan kaunseling. 

     Berikut adalah gambar suasana sepanjang kursus ini berlangsung. 


Pengenalan Sahabat PPDa dan tugas-tugas Sahabat PPDa. 

Sahabat PPDa

Aktiviti Sahabat PPDa di dalam Bilik PPDa

Puan Nor Arzah memberi penerangan kepada Sahabat PPDa
En. Mohamad Samri bin Othman menyampaikan kursus kemahiran asas komunikasi.
Murid khusyuk mendengar taklimat yang disampaikan oleh En. Mohamad Samri

Cenderamata untuk penceramah telah disampaikan oleh Datin Noraizah, GPK HEM.

Dilaporkan oleh:
Fatin Huzaikka

No comments:

Post a Comment