Isnin, 10 Februari
2020 – Unit Bimbingan dan Kaunseling, SK Taman Putra Perdana (SKTPP) telah
melangsungkan Majlis Pelancaran Program Ziarah Cakna bagi tahun 2020. Majlis
ini menjadi salah satu elemen di bawah Program Guru Penyayang.
Majlis pelancaran tersebut
telah diadakan bagi kedua-dua sesi bermula pada jam 7.20 pagi untuk sesi
pagi dan jam 1.20 petang untuk sesi petang. Kedua-dua majlis ini telah
dilangsungkan di Dewan Perdana, SKTPP.
Cakna membawa
maksud ambil peduli atau ambil berat.
Objektif program:-
- Berkongsi kemenjadian diri murid bersama-sama ibu bapa/penjaga.
- Memahami latar belakang keluarga murid.
- Berkongsi pandangan antara ibu bapa/penjaga dan guru bagi mengembangkan potensi murid.
Tujuan program:-
- Memperluaskan amalan penyayang dengan membudayakan amalan ziarah ke rumah murid.
- Merapatkan hubungan antara ibu bapa dengan warga sekolah.
- Meningkatkan persefahaman antara ibu bapa dan guru berfokuskan pembangunan kemenjadian murid.
Pengacara Majlis: Cik Roslinda binti Mansor Bacaan doa oleh Ustaz Zubair |
Bacaan perutusan dan perasmian oleh Puan Hajah Rohaidah binti Mohd Ali |
Pelaksanaan gimik pelancaran |
Barisan guru penyayang sesi pagi |
Pengacara Majlis: Puan Rozimah dan bacaan doa oleh Ustaz Hafiz |
Bacaan perutusan oleh Encik Shahrizal bin Ya'am, PK Kokurikulum |
Gimik pelancaran |
Tayangan video siri ziarah cakna tahun 2019 |
Tayangan video siri ziarah cakna tahun 2019 |
Selesai sahaja majlis pelancaran, pihak sekolah yang diwakili oleh Guru Besar, barisan pentadbir dan guru-guru Bimbingan dan Kaunseling telah mengadakan ziarah cakna ke rumah adik Muhammad Hasbul Hadi bin Mohd Sauzi.
Hasbul Hadi merupakan murid tahun 6 Programmer yang telah mengalami masalah kecederaan di pinggang akibat kemalangan semasa perlawanan persahabatan ragbi. Didoakan semoga adik Hasbul Hadi akan segera dikembalikan nikmat kesihatannya oleh Allah swt.
Untuk menyelami lebih lanjut tentang pelbagai program di bawah Unit Bimbingan dan Kaunseling, sila lawati https://kaunselingsktpp.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment