Dalam menjalankan aktiviti seharian, badan kita memerlukan masa untuk rehat bagi menghilangkan tekanan atau rasa tegang apabila berada dalam posisi sama dalam masa yang panjang. Aktiviti relaksasi mampu memberi kecerdasan badan dan merehatkan minda seseorang
Oleh yang demikian, Unit B & K merancang satu aktiviti relaksasi di bawah Program Minda Sihat yang mana guru-guru membuat aktiviti relaksasi selepas satu jam sesi PdPc. Antara aktivitinya ialah seperti teknik bernafas 4-7-8, teknik bersenam, berurut dan Brain Gym (Senaman otak).
Berikut aktiviti relaksasi yang dijalankan untuk murid Tahun 5 & 6
|
DJ memulakan tugas...Cikgu Rozimah mengelola aktiviti relaksasi pada hari pertama mengikut jadual pelaksanaan |
|
Suara DJ berkumandang di corong pembesar suara
|
|
Murid-murid membuat aktiviti regangan di dalam kelas |
|
Guru matapelajaran mengetuai aktiviti senaman di dalam kelas
|
|
Cikgu Juli dan Cikgu Arzah sebagai moderator senaman pagi ini |
|
Masih jaga jarak
|
|
Berehat sebentar dengan aktiviti "Brain Gym"
|
Aktiviti relaksasi ini mampu merehatkan minda
No comments:
Post a Comment