Assalamualaikum, salam ceriaπππ salam merdeka untuk anak-anak SKTPP khasnya dan warga SKTPP amnya. Alhmdulillah...syukur padaNya kerana kita berada di bumi merdeka. Oleh itu anak-anak, ambillah peluang yang terbuka luas di bumi merdeka ini untuk menuntut ilmu dan sentiasa berusaha merdekakan diri dari belenggu kealpaan dan kemalasan . Jom kita tonton video berikutnya bagi membangkitkan semangat kita
Seterusnya, Jom cikgu kongsikan tentang bagaimana Remaja Pascamerdeka yang teguh jiwanya. Remaja pada umumnya
merujuk kepada golongan manusia yang berumur 12 – 21 tahun atau 13 hingga 25
tahun. Dari sudut perkembangan manusia, remaja merujuk kepada satu peringkat
perkembangan manusia, iaitu peringkat transisi antara peringkat kanak-kanak dan
peringkat dewasa.
Sesungguhnya, negara
memerlukan remaja berkemahiran, berwawasan dan bersahsiah dalam usaha membangun
dan mamacu kemajuan negara pada masa depan. Justeru, modal insan yang
berkualiti adalah aset utama dalam merealisasikan matlamat negara untuk
mencapai status negara maju.
Golongan remaja perlu
memiliki nilai jati diri yang kental, memiliki kualiti ilmu dan pengetahuan
yang tinggi dan memiliki ciri daya ketahanan diri yang kuat agar dapat
menangkis segala jenis ancaman penyakit sosial dan perilaku jenayah yang boleh
meruntuhkan bangsa dan negara.
Juteru itu, ayuhlah
anak-anak SKTPP kita sematkan iltizam dalam diri untuk sama-sama mengambil
tanggungjawab sebagai warnanegara Malaysia. Tingkatkan semangat untuk menimba ilmu
pengetahuan dan membentuk keperibadian yang terpuji. Jom cikgu kongsikan, apa
yang boleh anak-anak lakukan dari sekarang sebagai persediaan untuk menjadi
Remaja Pascamerdeka yang teguh jiwanya.
Semoga perkongsian ini, mampu membuka minda dan memberi inspirasi kepada anak-anak bagi mempersiapkan diri memikul tanggungjawab menjadi remaja pascamerdeka yang teguh jiwanya
#stayathome
#kiaskukenaldiriku
#jpnselangor
No comments:
Post a Comment