... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Wednesday, July 3, 2024

Kursus Kepimpinan Kokurikulum Murid 2024



Tarikh      : 3 Julai 2024 (Rabu)
Masa        : 12.50 tengah hari - 3.00 petang
Tempat     : Terminal Muafakat, SKTPP
Anjuran    : Kelab Kerjaya, SKTPP
 

Program Kursus Kepimpinan Kokurikulum Murid 2023 adalah salah satu program Unit Kokurikulum SKTPP yang disertai oleh murid yang telah dilantik dalam organisasi bagi Unit Beruniform, Kelab/Persatuan dan Sukan/Permainan. Dalam sesebuah organisasi, Pengerusi dan Setiausaha memainkan peranan penting untuk menggerakkan jentera organisasi tersebut. Melalui kursus ini, murid yang dilantik memegang jawatan mampu melaksanakan tanggungjawab mereka dan bersama-sama membantu perkembangan kokurikulum di sekolah.

Murid tersebut memerlukan keyakinan diri untuk menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan berketrampilan. Bagi merealisasikannya, mereka memerlukan bimbingan dan panduan untuk mencapai tahap keyakinan diri dan kelicinan tugas barisan kepimpinan. Ini memerlukan bantuan daripada guru dan pihak sekolah untuk memberi motivasi dan tunjuk ajar kepada mereka.

Pengerusi dan Setiausaha Unit Beruniform, Kelab/Persatuan dan Sukan/Permainan juga perlu mengetahui dengan jelas bidang tugas mereka serta mengetahui perkembangan bidang kokurikulum. Percambahan fikiran dan minda adalah salah satu cara yang dapat memantapkan keyakinan terhadap tugas mereka Maka atas dasar dan tujuan tersebut, kursus kepimpinan ini sangat sesuai dilaksanakan.

Objektif:

  •  Mengetahui dan melaksanakan tugas sebagai seorang pemimpin yang telah diamanahkan dengan    jujur, dedikasi dan bertanggungjawab.
  • Melahirkan pemimpin yang akan menjadi contoh kepada murid lain, berbudi pekerti dan       mempunyai jati diri yang tinggi serta berbakti kepada guru dan sekolah.
  •  Membentuk sahsiah dan keterampilan pemimpin yang dihormati.

 

Puan Nor Arzah selaku Pengerusi Majlis

Bacaan doa oleh Ustaz Muhammad Khairul Afiq

Ucapan Guru Besar SKTPP (Encik Mohd Izzuddin bin Yoop)

 
SLOT 1: Cara Kendalian tugas dan ciri-ciri pemimpin yang bertrampilan 
               Penceramah: Puan Noor Hayati binti Yusof
 
 
SLOT 2: Bidang tugas dan peranan AJK dalam organisasi
               Penceramah: Puan Umi Nazrah binti Saharoni
 

Peserta yang berjaya menjawab kuiz

Cenderamata kepada penceramah 1, Puan Noor Hayati

Cenderamata kepada penceramah 2, Puan Umi Nazrah

Bergambar kenangan semua peserta dan guru yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Semoga program ini dapat mengasah dan menggilap bakat pemimpin-pemimpin muda ini dan membentuk mereka menjadi pemimpin yang berwibawa dan amanah dalam menjalankan tanggungjawab yang diberikan.

Terima kasih dan tahniah diucapkan sekali lagi kepada semua pentadbir, AJK pelaksana dan peserta serta warga SKTPP yang telah bekerjasama secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini.

No comments:

Post a Comment