... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Wednesday, September 4, 2024

                     LAPORAN KEJOHANAN KRIKET MSSS SELANGOR 2024

    Pada 29 Julai - 2 Ogos 2024 yang lalu, telah berlangsung Kejohanan Kriket MSSS Selangor tahun 2024. SK Methodist telah diamanahkan selaku tuan rumah bagi kejohanan ini. Untuk kali ini, seramai 7 orang pemain SKTPP Rangers telah berjaya melepasi sesi pemilihan pemain dan telah mewakili Sepang untuk persaingan merebut gelaran Johan di peringkat negeri Selangor.







Dalam kejohanan ini, Pasukan Kriker Sepang yang terdiri daripada gabungan pemain dari beberapa buah sekolah seluruh Sepang telah diundi dalam kumpulan B bersama Pasukan Daerah Hulu Langat dan Kuala Selangor. Pada perlawanan di peringkat kumpulan, Pasukan Sepang berjaya menundukkan Pasukan Daerah Hulu Langat dengan kelebihan 78 larian. Pasukan Sepang meneruskan rentak cemerlang di perlawanan kedua peringkat kumpulan dengan menewaskan Pasukan dari Kuala Selangor dengan kelebihan 32 larian.

Kelebihan 2 kemenangan berturut-turut yang diraih oleh Pasukan Kriket Sepang telah berjaya melayakkan pasukan ke peringkat CUP dan akan menentang Juara dari Kumpulan A dan C yang terdiri daripada Pasukan Kriket Kuala Langat dan Klang.

Pada perlawanan pertama kategori CUP, Pasukan kriket Sepang dikejutkan oleh Pasukan Kriket Kuala Langat yang telah mencetak larian yang begitu tinggi iaitu sebanyak 206 larian dengan hanya 2 jatuhan wicket. Pasukan Kriket Sepang cuba sedaya upaya mengejar namun terpaksa akur dengan kehebatan pasukan kriket Kuala Langat.

Kekalahan yang dialami amatlah dirasai oleh semua pemain. Selepas post mortem dan motivasi diberikan , pemain kembali bersemangat untuk menempuh perlawanan terakhir bagi merebut tempat kedua selaku Naib Johan CUP.

Berbekalkan semangat juang yang tinggi, Pasukan Kriket Sepang turun dengan kesebelasan terbaik dan melawan habis habisan menentang Pasukan Kriket Klang. Bermain dengan baik sepanjang perlawanan membuahkan hasil. Pasukan Kriket Sepang berjaya menamatkan perlawanan dengan kelebihan 5 larian dan berjaya merangkul Naib Johan CUP pada tahun ini.

Sekalung penghargaan dan syabas kepada semua pemain yang berjuang dalam memartabatkan kriket Sepang. Terima kasih diucapkan kepada barisan pentadbir yang turun padang, para jurulatih dan PSG yang sentiasa mendokong sukan kriket sehingga mencapai kejayaan yang amat membanggakan.

Berikut ialah rangkuman bergambar sepanjang kejohanan berlangsung.




































Semoga berjumpa lagi di edisi yang akan datang. Tahniah juga diucapkan kepada 5 pemain yang terpilih untuk ke pemilihan bagi mewakili Selangor ke Peringkat MSSM. Semoga kejayaan mengiringi kalian.

oooo..1 2 3 Sepang Rangers!!!!


Disediakan oleh ;

Mohd Zulhadi bin Mohd Salleh

Guru Penasihat kriket SKTPP




No comments:

Post a Comment