Tarikh : 28 September 2024 (Sabtu)
Masa : 7.30 pagi - 12.00 tengah Hari
Tempat : Dewan Perdana, SK Taman Putra Perdana
Tema : "Murid Ceria, Guru Bahagia, Sekolah Bitara, Negara Sejahtera"
Objektif Program; 1. Memperkukuhkan kemahiran digital dalam kalangan guru seiring dengan perkembangan dan perubahan teknologi pendidikan.
2. Memperkasa dan memantapkan profesional perguruan khususnya menjana kapasiti guru dalam mempelbagaikan strategi pengajaran mengikut tahap keupayaan dan kebolehan murid.
3. Membentuk kerjasama dan semangat kekitaan dalam sebuah organisasi.
Personalia : 1. Pn Noraya Elya binti Mohamad,
Penolong PPD, Unit Sumber Teknologi Pendidikan, PPD Sepang
2. Encik Fakhruddin bin Baharum,
Penolong Kanan Pentadbiran, SK Kanchong Darat, Banting, Kuala Langat
Berikut adalah antara perjalanan Program LADAP tersebut.
Buku program yang dihasilkan oleh Pn Siti Aisyah binti Mat Zain &
Pn Nur Adneen Nasuha binti Ahmad Rizal
Bagi mengetahui maklumat lanjut berkaitan program boleh klik pautan buku program
Sesi pendaftaran program ini bermula seawal 7.30 pagi. Selepas sesi pendaftaran guru- guru boleh menikmati sarapan di kantin sekolah sementara menunggu acara yang dijangka bermula bermula pada pukul 8.15 pagi.
Acara bermula dengan ucapan aluan pengerusi majlis, sesi bacaan doa dan ucapan aluan oleh Tuan Guru Besar, Encik Mohd Izzuddin bin Yoop.
Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakamkan sepanjang program berlangsung.
Ucapan Tuan Guru Besar, Encik Mohd Izzuddin bin Yoop
Puan Noraya Elya memberi ceramah bertajuk : Penggunaan Pelantar DELIMa
Guru-guru sedang mengikuti ceramah slot 1 bersama Puan Noraya Elya
Guru-guru yang berjaya menjawab soalan-soalan sepanjang ceramah
Puan Noraya Elya mendapat imbuhan sebiji epal
Sesi penyampaian cenderamata dan sijil oleh Tuan Guru Besar
kepada Puan Noraya Elya setelah ceramah slot 1 selesai
Sesi LADAP berhenti rehat seketika setelah slot pertama selesai. Slot ceramah yang kedua bermula lebih kurang pukul 11.00 pagi. Ceramah slot ke-2 ini telah disampaikan oleh Encik Fakhruddin bin Baharum bertajuk Pembugaran SSDM.
Slot ceramah ke-2 berkaitan Pembugaran SSDM oleh Encik Fakhruddin
Sesi penyampaian cenderamata dan sijil untuk En Fakhruddin oleh Tuan Guru Besar
Sesi merakamkan gambar beramai-ramai bersama penceramah
diakhir program LADAP Kali Ke-2
Program ini berakhir lebih kurang pukul 12.30 tengah hari. Semoga guru-guru dapat mengaplikasikan ilmu yang dipelajari pada hari ini dalam pengurusan kerja harian yang lebih mantap dan profesional.
Disediakan oleh :
Pn Rozimah binti Yaakob
Pn Norazian bin Mat Anuar
(AJK Posting Blog)
No comments:
Post a Comment