... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Saturday, October 5, 2024

Laporan Bulan Pusat Sumber (Sesi Pagi:Minggu 1)

Tarikh pelaksanaan : 1-4 Oktober 2024

Minggu pertama yang dinanti-nantikan telah tiba. Pelbagai aktiviti telah dirancang dan dapat dilaksanakan dengan jayanya pada minggu ini. 

Berikut adalah ringkasan aktiviti minggu pertama sempena Bulan Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana 2024 bagi sesi pagi. Bingkisan memori yang indah telah dirakam pada minggu ini adalah seperti berikut. 


  1. Lawatan ke Ujana Ilmu " Alice in the Wonderland" bagi murid tahun 4. 


    Lawatan murid ke Ujana Ilmu dengan bimbingan Puan Arnny


  2. Kuiz Harian "Ding Dong Bell", yang dijalankan setiap hari Isnin hingga Jumaat selepas waktu rehat di Dewan Perdana


    Kuiz Harian selepas rehat tahun 4 dan 5

  3. "Jom Baca 10 Minit" - " Tell Me a Story". Dijalankan setiap hari Selasa (masa ke-2) dan Khamis (masa ke-9) oleh guru matapelajaran di dalam kelas masing-masing.


    Murid 6 Windows membaca bersama-sama

  4. "Meet & Greet" : Ceramah 'Pelajar Idola' bersama penulis buku BLINK pada hari Rabu (2 Oktober), khusus kepada murid tahun 6 di Dewan Perdana. 


    Program ' Pelajar Idola' bersama murid-murid tahun 6

  5. Majlis Perasmian Bulan Pusat Sumber yang dijalankan pada hari Jumaat (4 Oktober) di Dewan Perdana dengan tema "Classic Fairy Tale".


    Sesi bergambar selepas majlis perasmian oleh guru-guru

  6. Aktiviti pertandingan secara individu yang dilaksanakan semasa waktu PdP di dalam kelas bersama guru matapelajaran dari pelbagai panitia. 


    Aktiviti Panitia Sains


    Aktiviti Panitia Matematik

  7. Saringan pertandingan terbuka iaitu Hafazan "Let's Recite & Retain" kepada semua murid.

    Saringan Hafazan

  8. Pendaftaran dan Persediaan kategori guru dan murid bagi pertandingan BBM Digital "My Secret Recipe" dan pertangingan Swafoto: "Antara Aku, Buku & ..." serta pertandingan bercerita Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris kepada murid.  


    Poster pertandingan membina BBM Digital


    Poster pertandingan swafoto guru

  9. Persiapan sudut NILAM kelas yang melibatkan semua kelas sesi pagi

Sekian perkongsian aktiviti Bulan Pusat Sumber bagi minggu pertama. Diharap pada minggu seterusnya semua murid dan guru dapat mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti yang telah dirancang dan semestinya pelbagai hadiah tersedia menanti pemenangnya. 

Terima kasih. 

Laporan disediakan oleh:
Fatin Huzaikka binti Abdul Aziz
AJK Posting blog
Bulan Pusat Sumber Sekolah 2024

No comments:

Post a Comment