Tarikh : 7 - 11 Oktober 2024
Berikut adalah ringkasan aktiviti dan pertandingan yang telah dilaksanakan sepanjang minggu kedua.
1. Pertandingan Individu bersambung lagi pada minggu kedua. Pertandingan ini dilaksanakan di dalam kelas bersama guru mata palajaran. Kelihatan keterujaan murid-murid ketika membuat aktiviti yang disediakan oleh guru hal ini kerana guru akan memilih 5 orang yang terbaik dari setiap kelas. Tahniah! kepada para pemenang. Diharap murid-murid gembira dengan hadiah yang telah diterima.
Suasana ketika murid membuat aktiviti |
2. Kuiz Harian "Ding Dong Bell" dilaksanakan setiap hari Isnin hingga Jumaat. Guru Pusat Sumber iaitu Teacher Malisha dan Teacher Amalina akan memberi kuiz mudah mengenai sekolah dan Bulan Pusat Sumber. Kuiz ini dijalankan setiap hari selepas waktu rehat bertempat di Dewan Perdana.
Murid-murid yang berjaya menjawab kuiz |
Murid menanti-nantikan kuiz Ding Dong Bell |
3. Aktiviti seterusnya ialah Senamrobik sempena Hari Sukan Negara yang telah diadakan pada 11 Oktober 2024 iaitu pada hari Jumaat. Aktiviti senamrobik ini diadakan di Dataran Perhimpunan SKTPP. Kelihatan suasana pada Hari Sukan Negara ini sangat meriah, murid-murid bersemangat ketika mengikut gerak langkah guru di atas pentas. Kemuncak acara ini adalah sukaneka guru-guru. Sepajang aktiviti sukaneka berlangsung, murid tidak jemu bersorak dan memberi sokongan kepada para guru yang menyertai pertandingan itu. Hari Sukan Negara ini adalah koloborasi diantara pusat sumber sekolah dengan unit kokurikulum.
Penolong Kanan Petang yang sentiasa sporting menyertai aktiviti |
guru-guru yang sentiasa bersemangat |
1..2...3 senyum.. setelah penat bersenam kita bergambar kenang-kenangan |
guru yang sentiasa ceria |
murid bersemangat mengikut gerak langkah guru di atas pentas |
Suasana Hari Sukan Negara 2024 |
6. Saringan Pertandingan Terbuka
- Saringan Pertandingan Nyanyian Solo ' The Nightingale' di dalam kelas. Sambutan dari murid-murid sangat menggalakkan. Tahniah! diucapkan kepada murid yang berjaya terpilih ke pusingan akhir.
- Saringan Pertandingan Hafazan ' Let's Recite & Retain. Tahniah diucapkan kepada murid-murid yang berjaya terpilih ke pusingan akhir.
Peserta diberi taklimat sebelum acara bermula |
Semoga dengan perkongsian aktiviti Bulan Pusat Sumber ini dapat memberi sedikit gambaran mengenai aktiviti yang dijalankan sepanjang minggu kedua. Diharap murid-murid yang menyertai pertandingan dan aktiviti ini dapat menimba ilmu serta pengalaman yang berharga.
Nornadzirah binti Abd Rahim
AJK Posting Blog 2024
No comments:
Post a Comment