Makluman kepada ibu bapa / penjaga murid-murid Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-21 akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 26 April 2025
Hari : Sabtu
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Dewan Perdana SKTPP
Dijemput tuan/puan ibu bapa / penjaga murid-murid SKTPP untuk hadir sebagai tanda sokongan dan komitmen terhadap kecemerlangan anak-anak SKTPP.
Sepuluh buah basikal hadiah utama cabutan bertuah menanti anda! ayuh, beramai-ramai hadir ke MAT PIBG SKTPP.
Selepas berakhirnya Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Ke-21, Majlis Sambutan Hari Raya PIBG SK Taman Putra Perdana juga turut diadakan. Besarlah harapan kami sekiranya ada kalangan ibu bapa yang berniat untuk menyumbang menu potluck bagi memeriahkan lagi Sambutan Hari Raya PIBG.
Kehadiran dan sokongan yang tuan/puan berikan amat kami hargai dan dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
No comments:
Post a Comment