... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Saturday, May 10, 2025

KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN KALI KE-21 SK TAMAN PUTRA PERDANA, 2025


Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana
Tarikh: Sabtu, 10 Mei 2025
Tempat: Padang SK Taman Putra Perdana


 Sila klik pada poster di atas untuk dapatkan buku program dalam bentuk Anyflip.

 
  

Pada hari Sabtu, 10 Mei 2025, Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana telah menganjurkan Kejohanan Sukan Tahunan Kali Ke-21 bertempat di padang sekolah. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Datin Wan Nor Ashikin binti Abu Kassim, Pegawai Pendidikan Daerah Sepang.

Kejohanan ini melibatkan lima buah rumah sukan, iaitu:

  • Rumah Tuah
  • Rumah Jebat
  • Rumah Lekir
  • Rumah Lekiu
  • Rumah Kasturi

 

Objektif Kejohanan:

  1. Memupuk semangat kesukanan dalam kalangan murid.
  2. Melahirkan semangat daya saing yang sihat.
  3. Mengamalkan nilai-nilai murni melalui aktiviti sukan.

 

Sebelum kejohanan berlangsung, pelbagai persediaan telah dijalankan. Murid-murid telah giat menjalani sesi latihan bersama guru penasihat rumah sukan masing-masing. Komitmen dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh para murid amat membanggakan dan mencerminkan semangat kesukanan yang tinggi.

Antara acara yang dipertandingkan termasuklah acara balapan dan acara padang, yang telah berlangsung dengan meriah dan penuh semangat kesukanan.

Keputusan Kejohanan:

  • Johan: Rumah Tuah
  • Naib Johan: Rumah Lekiu
  • Tempat Ketiga: Rumah Jebat
  • Tempat Keempat: Rumah Kasturi
  • Tempat Kelima: Rumah Lekir 

 

Berikut merupakan gambar sepanjang Kejohanan Sukan Tahunan ke-21 berlangsung :








Kejohanan ini telah mendapat penyertaan aktif daripada semua murid dan memberi peluang kepada guru-guru untuk mengenal pasti bakat-bakat baharu yang berpotensi mewakili sekolah dalam sukan olahraga pada masa akan datang.

Diharapkan kejohanan ini dapat diteruskan pada tahun hadapan dengan penambahan acara yang lebih menarik dan mencabar, demi menyemarakkan lagi semangat kesukanan dalam kalangan warga sekolah.

Sekalung tahniah dan ucapan terima kasih diucapkan kepada warga SK Taman Putra Perdana, AJK Pelaksana, barisan PIBG, ibu bapa, serta murid-murid yang telah bersama-sama menjayakan Kejohanan Sukan Tahunan Kali Ke-21 ini.

“Bersukan Membentuk Sahsiah, Melahirkan Juara”

 

Disediakan oleh:

Norbaizura Nordin
Rosmawati Md Desa



No comments:

Post a Comment