... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...
Showing posts with label motivasi. Show all posts
Showing posts with label motivasi. Show all posts

Tuesday, November 17, 2020

Jom Tingkatkan Motivasi Dengan Formula P.K.P.B

Assalamualaikum dan salam manis buat semua warga SK Taman Putra Perdana. Semoga warga SKTPP sentiasa kekal tabah dan bersemangat dalam menjalani kehidupan harian sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini. Jom kita sama-sama tingkatkan motivasi dengan formula P.K.P.B


#kitamasihbelummenang

#kitajagakita

Wednesday, November 11, 2020

Emosi

Salam rindu buat anak didik serta warga SK Taman Putra Perdana. Semoga semuanya berada dalam lindungan Allah serta dihindari dari wabak corona virus. Sedia maklum.. ketika ini kita semua sedang berdepan dengan pandemik Covid-19. Emosi adalah perkara yang paling penting untuk dijaga supaya kita dapat mengekalkan kestabilannya dalam menghadapi situasi ini. Apabila kestabilan emosi dapat dikawal, kita akan dapat menjalani rutin harian tanpa sebarang tekanan. Mari kita tonton video berikut untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan emosi. Selamat menonton..

Friday, November 6, 2020

Adakah Kita Bahagia?

Assalamualaikum dan Salam Bahagia..

Semoga hari ini dan hari-hari seterusnya jauh lebih baik bagi kita semua dibanding hari-hari yang telah kita lalui.. Amin..

Pastinya kita semua ingin hidup bahagia.. tapi bagaimana kita hendak kecapi kebahagiaan?

Jom kita tonton video ini..


Murid-murid juga boleh menonton video ini dalam Google Classroom (Guru Kaunseling Anda).

Jika ada kelapangan masa, murid-murid bolehlah jawab soalan-soalan mudah dan ringkas yang juga disertakan di dalam Google Classroom (Guru Kaunseling Anda).

Kepada murid-murid yang masih belum menyertai Google Classroom (Guru Kaunseling Anda), bolehlah sertainya  dengan menggunakan code: igmfv3e

Terima kasih..

Monday, October 26, 2020

Jom Jadi Adiwira...

 Assalamualaikum dan salam sihat...

Semoga kita dijauhi dari jangkitan virus COVID-19.

Jangan alpa, kita masih belum menang. Kita perlu meneruskan usaha membantu menurunkan kes COVID-19 di negara kita dengan mengamalkan penjarakan fizikal yang selamat, menjaga kebersihan diri terutamanya kebersihan tangan, mengelakkan kawasan yang sempit dan sesak serta mengelakkan bertutur dengan jarak yang dekat. Sentiasalah memakai pelitup muka walau di mana kita pergi terutamanya di tempat awam. Pemakaian pelitup muka ini adalah antara kunci penting untuk kita mengekang penularan virus COVID-19.

Sama-samalah 'kita jaga kita' dan jadi Adiwira...

Jom tonton video ini:

#kitajagakita

#staysafe

Friday, October 2, 2020

Program Minda Sihat: Pertandingan Video Kreatif

Pertandingan Video Kreatif bertemakan Aktiviti Gaya Hidup Sihat anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Pertandingan ini merupakan salah satu aktiviti dalam Program Minda Sihat. Sasaran pertandingan adalah kepada semua murid Tahun 4, 5 dan 6. Tarikh penyertaan pertandingan ini telah bermula pada 3 September 2020 dan tarikh tutup pada 23 September 2020. Tujuan pertandingan ini adalah untuk mencungkil kreativiti murid-murid dalam meningkatkan asertif diri ke arah pembangunan sahsiah terbilang murid.

Majlis ringkas penyampaian hadiah dan sijil kepada para pemenang telah diadakan pada 2 Oktober 2020 di Dataran Perhimpunan SK Taman Putra Perdana. Hadiah dan sijil telah disampaikan oleh Puan Hajjah Rohaidah binti Mohd Ali, Guru Besar SK Taman Putra Perdana. Tahniah. Syabas diucapkan kepada para pemenang. 

Senarai Nama Pemenang Pertandingan Video Kreatif:-

Tempat pertama: Muhammad Naqib Luqman bin Muhammad Nasir, 6 Engineer

Tempat kedua: Ayuni  Maisarah binti Azman, 4 Ibnu Batutta

Tempat ketiga: Muhammad Nashruamsyar bin Sa'ari, 4 Ibnu Khaldun

Saguhati: Nurmawaddah binti Abdul Aziz, 6 Accountant

Saguhati: Muhammad Abdul Muhaimin bin Abdul Aziz, 4 Al Khawarizmi

Saguhati: Rayhan Sathees, 6 Engineer

Berikut merupakan gambar-gambar semasa majlis penyampaian hadiah kepada pemenang:

Tempat ke-2

Tempat ke-3

Saguhati

Saguhati

Tahniah kepada semua pemenang

Bergambar kenangan bersama guru besar, guru kaunseling dan para pemenang

Video-video yang telah dipilih oleh pihak juri:






Wednesday, September 30, 2020

Yellow Challenge Sebagai Tanda Sokongan Sempena Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia 2020

" Let's Talk Minda Sihat"

- Kesihatan Mental Milik Semua, Bersama Cegah Bunuh Diri -

Sejak kebelakangan ini, terdapat banyak tumpuan diberikan kepada kesihatan mental. Selaras dengan kemajuan negara kita yang kini berkembang pesat, masalah kesihatan mental telah menjadi semakin bertambah dan terdapat peningkatan dari tahun ke tahun. Didapati, peningkatan yang ketara dalam kadar bunuh diri dan penyakit mental sejak sedekad lalu berpunca daripada tahap kesihatan mental yang lemah. Oleh itu, adalah penting untuk rakyat Malaysia menyedari tentang pentingnya kesedaran terhadap penyakit mental.

Jom kita lihat apa yang ditakrifkan dengan kesihatan mental.

Kesihatan mental adalah satu keadaan yang sejahtera di mana seseorang individu menyedari tentang keupayaan diri, dapat mengendalikan tekanan dengan baik, dapat bekerja secara produktif, dapat belajar dengan aman dan mampu menyumbang kepada masyarakat.

Menyedari kepentingan itu, SKTPP menyahut cabaran Yellow Challenge dengan bersama-sama memakai pakaian berwarna kuning bermula 10 - 30 September 2020 sebagai tanda sokongan.


Pn Hjh Rohaidah (Guru Besar) bersama Datin Noraizah (PK HEM) sentiasa mantap dengan sokongan terhadap program-program kebangsaan

Aksi bersahaja guru-guru

Nampak tak "X" tu.. maksudnya elak "bunuh diri"

Sokongan daripada staf dan Bendahari KKGK

Cantik teacher Malisha berbaju kuning

Bukan sahaja pakaian kuning... jadual waktu pun sama

Cikgu Azlin dan Cikgu Maziah di Dataran Perhimpunan

Kajian menyatakan warna kuning mampu memberi aura bahagia dan ceria.. Terukir kebahagiaan di wajah Ustazah Maizan

Sesuatu mesej "benci/elak/tidak suka" untuk kita sampaikan tidak semestinya dalam keadaan mimik muka yang menggerunkan tetapi sebaliknya. Unit Bimbingan & Kaunseling memberi sokongan yang padu kepada "Yellow Challenge" ini.

Sokongan daripada PPKI

Peserta pantun Minda Sihat 

Sebahagian guru-guru sesi petang berbaris dengan pakaian tema kuning mereka

Alahai comel sangat guru-guru SKTPP ni...

We SKTPP staff support Yellow Challenge campaign

Wednesday, September 16, 2020

Seminar Kaunseling & Psikologi Negeri Selangor "Perkhidmatan Kaunseling Profesional Mendepani Revolusi 4.0" : Tahniah SKTPP - Ruang Rehat Guru 5 Bintang & Anugerah Khas Teraputik

Tarikh: 14 - 15 September 2020

Hari: Isnin - Selasa

Masa: 8.00 pagi hingga 4.00 petang

Tempat: Dewan Utama, Infrastructure University Kuala Lumpur (IUKL), Unipark Suria, Jalan Ikram-Uniten, 43000 Kajang, Selangor

Sasaran: 

1) 14 September 2020 (Isnin) - Guru Bimbingan dan Kaunseling

2) 15 September 2020 (Selasa) - Pengetua dan Guru Besar

Latar Belakang: 

Peranan kaunselor dan perkhidmatan kaunseling dalam masyarakat kini dilihat sebagai satu keperluan yang penting terutama dalam situasi masyarakat yang berhadapan dengan pelbagai tekanan disebabkan oleh cabaran modenisasi dan industrialisasi. Kaunselor profesional perlu bersifat direktif dengan kemahiran empati dan refleksi yang tinggi kepada permasalahan klien agar dapat memberikan perkhidmatan kaunseling yang lebih berkesan, profesional dan seterusnya membina keyakinan klien terhadap kaunselor. 

Objektif Seminar: 

1. Menyedarkan kesedaran masyarakat kepada kepentingan kaunseling sebagai kaedah intervensi yang membantu meningkatkan kesejahteraan individu dan kesejahteraan masyarakat. 

2. Menyampai dan menyebarluas perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling kepada komuniti selaras dengan perkhidmatan profesional yang lain. 

3. Sebuah forum yang memberi peluang kepada pemimpin komuniti dan agensi membicarakan secara mendalam konsep, prinsip dan pendekatan yang berkesan mengenai Kaunseling dan Psikologi dalam kalangan warga sekolah. 

 4. Menggalakkan kolaborasi strategik di antara agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) malah individu perseorangan yang terdiri daripada kaunselor profesional untuk terus merancang aktiviti-aktiviti yang boleh disertai oleh semua golongan masyarakat. 

5. Perkongsian pintar perkhidmatan Kaunseling dan Psikologi yang bersifat impactful.


Atur Cara Seminar:

Berita gembira khas buat warga SK Taman Putra Perdana:

😍😍😍😍😍

Majlis Penyampaian Anugerah telah diadakan semasa slot akhir seminar. Anugerah tersebut disampaikan oleh YB Cikgu Muslimin bin Yahaya, Timbalan menteri Pendidikan 1. Syukur Alhamdulillah.. SK Taman Putra Perdana telah menerima anugerah seperti berikut:-

1. 5 Bintang - Ruang Rehat Guru Sejahtera Elemen Teraputik Kategori Sekolah Rendah Peringkat Negeri Selangor Tahun 2020 

2. 3 Bintang - Video Kreatif Sekolah Harmoni Kategori Sekolah Rendah Peringkat Negeri Selangor Tahun 2020

3. Anugerah Khas Ruang Rehat Guru 2020 - Teraputik

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Puan Hajah Rohaidah binti Mohd Ali, Guru Besar SK Taman Putra Perdana, barisan pentadbir dan seluruh warga SK Taman Putra Perdana.

Bahan-bahan Semasa Seminar:-

https://drive.google.com/drive/folders/1KpN3CoM-mm1FnZQotK3iRv_Dj2L1Xohs?usp=sharing

Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakamkan semasa Seminar Kaunseling Psikologi:-

Pentas Dewan Utama IUKL

Ucaptama oleh En Fatzlee bin Hashim, Ketua Kaunselor Pendidikan Negeri Sektor Psikologi dan Kaunseling, JPNS 

Penceramah: En Che Mohamad Padali bin Che Mat (Penolong Setiausaha Kanan Unit Data dan Maklumat Bahagian Psikologi dan Kaunseling, KPM)

Penceramah: En Mohamad Faizal bin Saad (Penolong Pengarah Kanan Unit Psikologi dan Kaunseling Bahagian Matrikulasi, KPM)

Penceramah: Prof.Madya Dr Wan Marzuki bin Wan Jaafar (Presiden Lembaga Kaunselor Malaysia)

Penceramah: Prof. Madya Dr Ahmad Jazimin bin Jusoh (Pensyarah UPSI)

Bergambar kenangan di ruang hadapan Dewan Utama IUKL

Suasana ketika seminar

Bicara Santai. Tajuk: Pengurusan Keharmonian Organisasi Dari Perspektif Kaunseling

Penyampaian Anugerah Khas Ruang Rehat Guru 2020 - Teraputik

Sijil Penghargaan - 5 Bintang (Ruang Rehat Guru Sejahtera)

Sijil Penyertaan - 3 Bintang (Video Kreatif)

Anugerah Khas Ruang Rehat Guru 2020 - TERAPUTIK

Pn Hjh Rohaidah binti Mohd Ali, Guru Besar SKTPP

Bergambar kenangan bersama Pn Ruzaimah bt Razali, Kaunselor PPD Sepang

Bergambar kenangan bersama guru-guru SMK Dato' Abu Bakar Baginda

Tahniah SKTPP..

Anugerah Ruang Rehat Guru 

Anugerah Video Kreatif

Sunday, September 30, 2012

PROGRAM EKSPRESI DIRI

TARIKH: 29 September 2012
MASA: 8.00 pagi hingga 6.00 petang
TEMPAT: SK Taman Putra Perdana  

LATAR BELAKANG:
Kecemerlangan akademik dan kestabilan emosi adalah elemen-elemen yang boleh digerakkan melalui motivasi. Justeru itu, atas dasar kepercayaan bahawa kecemerlangan akademik lahir dari kesedaran dan kegigihan menuntut ilmu maka program motivasi digarap dengan pelbagai aktiviti agar para pelajar mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan bersedia mencipta kecemerlangan diri dari segi sahsiah dan akademik.

OBJEKTIF PROGRAM:
1. Mengenal pasti sesuatu yang memberi inspirasi kepada diri supaya berusaha.
2. Menganalisis setiap tingkah laku yang membawa implikasi sama ada positif ataupun negatif.
3. Memberi kesedaran kepada pelajar tentang pentingnya ilmu pengetahuan dalam kehidupan. 

RINGKASAN PROGRAM:

Program ini bermula dengan sesi pendaftaran pada jam 8.00 pagi. Seramai 158 orang peserta yang terdiri daripada murid-murid Tahun 4 SKTPP bersama 20 orang fasilitator dari Universiti Sunway dan Puan Yazilmiwati binti Yaacob, Pengerusi Mujahadah Agro Camp yang hadir untuk menjayakan program ini.

Program ini dilaksanakan dengan tujuan persediaan fizikal, mental dan emosi kepada murid-murid Tahun 4 supaya sentiasa bersedia dalam pelajaran di Tahap dua disamping dapat membantu memotivasikan diri agar lebih fokus untuk mencipta kecemerlangan diri terutama dalam membina target dalam setiap peperiksaan.

Program berakhir pada jam 6.00 petang. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta, fasilitator dan guru-guru yang hadir. Turut hadir dalam program ini ialah Tuan Haji Shaharuddin bin Ajam, YDP PIBG SKTPP yang merasmikan majlis penutup. Semoga usaha ini memberi manfaat yang besar terhadap semua murid dan seterusnya lebih fokus untuk mencipta kecemerlangan diri khususnya dan sekolah amnya.

GAMBAR-GAMBAR PROGRAM:




Slot berkenalan dengan fasilitator



Slot LDK 1



Slot ceramah motivasi yang disampaikan oleh Puan Yazilmiwati binti Yaacob


Slot LDK 2


Slot LDK 3

Penyampaian cenderamata kepada Puan Yazilmiwati binti Yaacob

Penyampaian sijil dan cenderamata kepada Encik Ashraf Azman, wakil fasilitator 

Penyampaian sijil kepada adik Aniq Iqbal, wakil peserta kursus