Showing posts with label Chromebook. Show all posts
Showing posts with label Chromebook. Show all posts
Monday, March 3, 2014
Monday, February 17, 2014
LADAP: PAPARAN SPREADSHEET GOOGLE DRIVE KE BLOG
Hari: Sabtu
Tarikh: 15 Februari 2014
Tempat: Makmal Komputer 1
Masa: 8.30 pagi - 12.30 tengah hari
Penceramah: En. Sukimin B. Juki (Guru Besar SK Desa Pinggiran Putra)
Unit ICT SK Taman Putra Perdana telah menganjurkan satu LADAP (Latihan Dalam Perkhidmatan) seperti yang dinyatakan di atas. Seramai 36 orang guru yang menyertai LADAP ini. LADAP ini adalah untuk mempelajari bagaimana caranya memaparkan maklumat dari spreadsheet google drive ke blog. Ribuan terima kasih diucapkan kepada En. Sukimin B. Juki kerana sudi hadir meluangkan masa untuk perkongsian ilmu ini. Semoga ilmu yang dikongsi ini akan dapat membantu guru-guru SK Taman Putra Perdana dalam meningkatkan lagi kemahiran penggunaan ICT.
Di paparkan gambar-gambar sepanjang LADAP ini berlangsung:-

Friday, September 20, 2013
PENGGUNAAN CHROMEBOOK DALAM PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN
Setelah penggunaan makmal komputer ditutup sejak 30 Ogos lalu selama lebih 2 minggu, maka pada pada hari Selasa, 17 September 2013 ia dibuka semula dengan keadaan serba-baru. Pembukaannya menandakan bermulanya era penggunaan chromebook dalam Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) di SK Taman Putra Perdana!
Riak wajah kerinduan murid untuk menggunakan kemudahan ICT di makmal komputer serta-merta terubat apabila masing-masing berpeluang menggunakan chromebook tanpa perlu berkongsi. Sekiranya sebelum ini, murid-murid perlu berkongsi dua atau tiga orang menggunakan sebuah PC, kini ia sudah menjadi sejarah.
Semoga insiatif ini dapat meningkatkan lagi kemahiran serta pengetahuan murid-murid tentang ICT. Dalam masa yang sama, dengan adanya kemudahan penggunaan chromebook ini, secara tidak langsung memberi peluang kepada murid-murid yang tidak mempunyai kelengkapan ICT di rumah seperti komputer memanfaatkannya.
Gambar di bawah memaparkan suasana pembelajaran dan pengajaran di dalam makmal komputer 3 bagi penggunaan chromebook.
Disertakan juga jadual penggunaan chromebook bagi sesi pagi dan sesi petang :-
Video pengenalan tentang chromebook:-
Subscribe to:
Posts (Atom)