... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...
Showing posts with label LADAP. Show all posts
Showing posts with label LADAP. Show all posts

Saturday, May 24, 2014

LADAP Pengurusan Stres & Pengurusan Pendidikan Inklusif

Bertempat di Bilik Mesyuarat, hari ini guru-guru telah menghadiri Kursus Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) bertajuk Pengurusan Stres yang disampaikan oleh En. Abd. Hadi Abd. Malek dari YAPEIM dan Pengurusan Inklusif oleh Penyelaras PPKI SKTPP; Pn. Roslina Jaafar. Guru-guru telah berkongsi banyak input yang berguna hasil LADAP tersebut.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Ustaz Zurilazman
Penyampaian penceramah sangat menarik
Stres ada yang positif (eustres) dan negatif (distres)
Penyampaian sijil dan cenderamata oleh GPK HEM; Pn. Jamilah kepada penceramah
Pn. Roslina menyampaikan ceramah berkaitan program inklusif PPKI
Penyampaian sijil kepada Pn. Roslina

Monday, February 17, 2014

LADAP: PAPARAN SPREADSHEET GOOGLE DRIVE KE BLOG

Hari: Sabtu
Tarikh: 15 Februari 2014
Tempat: Makmal Komputer 1
Masa: 8.30 pagi - 12.30 tengah hari
Penceramah: En. Sukimin B. Juki (Guru Besar SK Desa Pinggiran Putra)

Unit ICT SK Taman Putra Perdana telah menganjurkan satu LADAP (Latihan Dalam Perkhidmatan) seperti yang dinyatakan di atas. Seramai 36 orang guru yang menyertai LADAP ini. LADAP ini adalah untuk mempelajari bagaimana caranya memaparkan maklumat dari spreadsheet google drive ke blog. Ribuan terima kasih diucapkan kepada En. Sukimin B. Juki kerana sudi hadir meluangkan masa untuk perkongsian ilmu ini. Semoga ilmu yang dikongsi ini akan dapat membantu guru-guru SK Taman Putra Perdana dalam meningkatkan lagi kemahiran penggunaan ICT.

Di paparkan gambar-gambar sepanjang LADAP ini berlangsung:-









Tuesday, July 9, 2013

BENGKEL KUASA MINDA BAWAH SEDAR & PENGURUSAN SIKAP

Bengkel Kuasa Minda Bawah Sedar & Pengurusan Sikap merupakan salah satu slot dalam Kursus Pemantapan Kendiri. Bengkel ini di jalankan pada 7 Julai, bertempat di Bilik Mesyuarat SKTPP. Ianya dijalankan sejurus selesai Taklimat Kewangan dan Taklimat Minit Mesyuarat Berkualiti.


Pendahuluan
Bengkel Kuasa Minda Bawah Sedar & Pengurusan Sikap merupakan bengkel yang disusun khas untuk kakitangan kerajaan/swasta/badan bukan kerajaan bagi memantapkan ilmu pengetahuan menggunakan teknik NLP (Neuro Linguistic Programming) dan minda separa sedar dalam pengurusan tinkah laku dan sikap di tempat kerja. Ia bertujuan memberi pendedahan kepada peserta berkenaan teknik-teknik psikologi bagi mengawal emosi dan tingkah laku.

Matlamat
Matlamat program ini dijalankan ialah:-
  • Memberikan pendedahan kepada peserta berkenaan konsep minda sedar dan minda bawah sedar dan ciri-ciri mereka.
  • Mendedahkan guru kepada cara menetapkan matlamat menggunakan kaedah NLP.
  • Memberi pendedahan kepada guru tentang saranan di bawah sedar (subliminal suggestion) dan pengurusan sikap pelajar.
  • Memberi pendedahan kepada guru kepada teknik EFT (Emotional Freedom Technique) dan Anchoring (teknik NLP) dalam mengawal emosi diri sendiri dan orang lain.
Berikut antara rentetan perjalanan program yang telah dijalankan.


En. Zamzuri B. Abdullah (Penceramah jemputan) sedang memberikan penerangan
Uji minda

Penyelesaian uji minda


 





















KURSUS PEMANTAPAN KENDIRI



HARI        : SABTU
TARIKH   : 7 JULAI 2013
MASA      : 730 PAGI -  1230 TENGAH HARI
TEMPAT  : BILIK MESYUARAT SK TAMAN PUTRA PERDANA


AJK
Jawatankuasa
Guru Terlibat

Pendaftaran
Ibu bapa/Murid

1.   Salmi binti Adnan
2.   Aznita binti Ahmad
3.   Suraini binti Chek Li @ Che Ali
4.   Halimatun Saadiah binti Hassan.
5.   Nor Syifa Bt Khadir

PA Sistem / ICT


1.      Wan Mohd Roswandy bin Wan Ibrahim
2.      Norizmi bin Zainal Abidin
3.      Saifullah bin Mat Saupi

Persiapan tempat (sebelum & selepas)


1.   Pazli bin Zawawi
2.   Hazim bin Harun
3.   Rima bt Maon
4.   Roslina bt Jafar

Bacaan Doa

1. Ahmad Zunaidi bin Jinalabin

Jamuan

1.   Hastipa @ Zaiton binti Mat Daud
2.   Nik Kamisah bt Mohd Aziz
3.   Norinna bt Mohamed
4.   Zabedah bt Othman

Pengacara Majlis

1.      Maizara bt Mahat
2.      Azura Farina binti Abdullah
Fotografi & Dokumentasi
1.Hafiz bin Md Noor
2.Nor Khusaini binti Salehudin
Jemputan Penceramah
1. Norhafiza bt Ismail
Cenderahati
1.    Suriyana bt Nanyan@Salim
2.    Khaironnajmi binti Haron

PENGENALAN

Pada Sabtu 6 Julai 2013, pihak sekolah telah berjaya menganjurkan Kursus Pemantapan Kendiri yang bertempat di Bilik Mesyuarat SKTPP. Kursus ini dianjurkan bertujuan untuk 

OBJEKTIF

KEHADIRAN GURU : 79 / 120

GAMBAR- GAMBAR SEPANJANG KURSUS


Mendaftar kehadiran kursus melalui eSSpel 

AJK Pendaftaran






Slaid yang disediakan oleh Cik Rahana selaku Ketua Pembantu Tadbir dalam slot Pengurusan Kewangan

Guru- guru tekun mendengar dan mencatat penerangan yang diberi


Taklimat Pengurusan Minit Mesyuarat Berkualiti yang di sampaikan oleh Cikgu Norli



DISEDIAKAN OLEH:  Cikgu Apis

Tuesday, January 29, 2013

BENGKEL LANJUTAN APLIKASI FROG VLE

Bengkel untuk semua fasilitator FROG telah diadakan pada 29 Januari 2013 bermula 11.20 pagi sehingga 1.50 petang. Bengkel selama 2 jam setengah ini telah diadakan di makmal komputer 1 SKTPP. Bengkel ini bertujuan meningkatkan lagi kemahiran guru-guru dalam menggunakan FROG serta memperkenalkan widget-widget baru dalam FROG VLE. Bengkel ini disampaikan oleh Cik Azima binti Azmi dan dibantu oleh Cik Arafeh Karimi.

Selain dari bengkel tesebut pihak FROG Asia telah hadir bersama kumpulan media mereka untuk menemuramah murid dan guru tentang penggunaan Chromebook dan FROG ini. Diharap bengkel ini dapat membantu guru dan memberi idea-idea baru untuk guru menggunakan FROG di dalam PdP dengan lebih berkesan. Terima kasih diucapkan kepada pihak Frog Asia.

Berikut antara gambar sepanjang bengkel dijalankan

Ustazah Rashidah khusuk mendengar penerangan 

Cik Arafeh membantu untuk memberi penerangan

Cik Azima Azmi memberi penerangan secara terperinci bagaimana menggunakan widget 


Frog Student di temuramah oleh wakil Frog Asia


Wakil Frog Asia menemuramah murid


Pn Azila mencuba menggunakan widget baru





Guru-guru menumpukan perhatian