... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...
Showing posts with label Guru Penyayang 2021. Show all posts
Showing posts with label Guru Penyayang 2021. Show all posts

Tuesday, December 7, 2021

Majlis Penyampaian Hadiah & Sijil Kelas PdPR Terbaik Tahun 2021

Hari ini telah berlangsung satu majlis ringkas Penyampaian Hadiah dan Sijil bagi Kelas PdPR Terbaik Tahun 2021, di Bilik Bimbingan & Kaunseling. Program ini merupakan salah satu program yang dilaksanakan di bawah Unit Hal Ehwal Murid (Unit Guru Penyayang) bagi menggalakkan penglibatan murid-murid mengikuti kelas PdPR. 

Hadiah berupa wang tunai dan sijil telah disampaikan oleh Pn Hajah Rohaidah binti Mohd Ali, Guru Besar SKTPP kepada guru-guru kelas yang terlibat mengikut Tahun Satu hingga Enam, Prasekolah dan juga PPKI. Tahniah dan syabas diucapkan kepada guru-guru dan kelas yang terlibat. Ucapan terima kasih juga kepada pihak PIBG yang sudi memberikan sumbangan hadiah. Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakamkan semasa majlis berlangsung.

Majlis Penyampaian Hadiah dan Sijil Kelas PdPR Terbaik sesi pagi





Majlis Penyampaian Hadiah dan Sijil Kelas PdPR Terbaik sesi petang




Monday, October 4, 2021

Anugerah Kelas Terbaik PdPR Bagi Bulan Ogos dan September 2021

Unit Guru Penyayang sekali lagi mengorak langkah baharu dalam meraikan murid-murid SKTPP sepanjang tempoh Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). Bagi menghargai penglibatan dan usaha guru-guru bersama murid-murid, Unit Guru Penyayang bersama barisan pentadbir telah mengambil inisiatif untuk memberikan anugerah kepada kelas-kelas yang mencapai peratus penglibatan murid yang mengikuti sesi PdPR.

    Objektif Anugerah Kelas PdPR Terbaik:

  • meningkatkan penglibatan murid-murid dalam kelas PdPR.
  • memotivasikan murid-murid dalam meningkatkan pencapaian akademik.
  • mewujudkan persaingan yang sihat antara kelas-kelas yang terlibat.

    Kriteria pemilihan untuk Anugerah Kelas Terbaik PdPR ini adalah seperti berikut:

  • penilaian dibuat menggunakan laporan kehadiran dan penglibatan murid dalam SPdPR.
  • penilaian dibuat dalam tempoh 2 bulan sekali.
  • sijil penghargaan akan diberikan kepada kelas terbaik mengikut tahun - Pra, PPKI, Tahun 1 hingga Tahun 6.
  • Hadiah akan diberikan kepada kelas yang mendapat purata peratus paling tinggi sepanjang penilaian dibuat.
    Tahniah kepada semua kelas yang berjaya menggondol gelaran Anugerah Kelas Terbaik PdPR bagi bulan Ogos dan September. Semoga anugerah yang diberikan ini mampu memotivasikan guru-guru dan murid-murid untuk terus memberikan komitmen sepanjang sesi PdPR berlangsung. 

    Tahniah guru-guru yang hebat.
    Tahniah murid-murid yang hebat.
    Tahniah para ibu bapa yang hebat.

"Murid disayangi, PdPR disertai, Guru dihormati".



Tahun 6 Jujur

Tahun 5 Ibnu Sina

Tahun 4 Vivo

Tahun 3 Oracle

Tahun 2 Citrine

Tahun 1 Tempua

Prasekolah Mawar

PPKI Petanque

Wednesday, August 4, 2021

Anugerah Kelas PdPR Terbaik Bagi Bulan Jun dan Julai 2021

Bagi menghargai jasa guru-guru dan murid SKTPP menjalankan sesi PdPR , Unit Guru Penyayang SKTPP bersama pentadbir telah menampilkan satu program yang dinamakan Anugerah Kelas Terbaik PdPR. Program yang dimulakan selepas cuti pertengahan tahun ini di rekodkan setiap hari berdasarkan kehadiran murid dan dinilai selama 2 bulan berturut-turut.

Objektif utama program ini diadakan adalah untuk ;

  • Meningkatkan penglibatan murid-murid dalam kelas PdPR.
  • Memotivasikan murid-murid dalam meningkatkan pencapaian akademik.
  • Mewujudkan persaingan yang sihat antara kelas-kelas yang terlibat
Kriteria pemilihan untuk Anugerah Kelas Terbaik PdPR ini adalah seperti berikut;

  • Peniaian yang dibuat menggunakan laporan kehadiran murid 
  • Penilaian dibuat dalam tempoh 2 bulan sekali.
  • Sijil penghargaan akan diberikan kepada kelas yang mendapat purata peratus paling tinggi sepanjang penilaian dibuat.
  • Hadiah akan diberikan kepada kelas yang mendapat purata peratus paling tinggi sepanjang penilaian dibuat
Tahniah dan syabas kepada kelas-kelas yang berjaya mendapat Anugerah Kelas Terbaik PdPR bagi bulan Jun dan Julai. Semoga anugerah ini memberikan motivasi kepada guru-guru dan murid-murid meneruskan usaha meningkat penglibatan dalam PdPR.

Tahniah juga kepada semua murid, guru dan ibu bapa yang sentiasa mengambil cakna bekerjasama membantu melancarkan normal baharu pembelajaran secara PdPR ini.

"Murid disayangi, PdPR diserta, Guru dihormati"








 

Friday, July 2, 2021

Aktiviti Guru Penyayang : Ucapan Hari Lahir Murid Bulan Julai 2021

Unit Guru Penyayang ingin mengucapkan selamat hari lahir kepada semua murid SKTPP yang lahir pada bulan JULAI. Video ini dedikasikan daripada Ustaz Ahmad Zubair khas untuk kalian.





#staysafe

Monday, May 3, 2021

Aktiviti Guru Penyayang : Ucapan Hari Lahir Bulan Mei 2021

 Assalamualaikum dan salam sayang untuk semua murid-murid SKTPP.

Di sini cikgu kongsikan video ucapan yang didedikasikan khas untuk semua murid SKTPP yang lahir pada bulan Mei. Marilah kita sama-sama berdoa agar Covid-19 hilang di muka bumi ini dan kita kembali gembira menjalankan aktiviti sambutan hari lahir seperti tahun-tahun sebelum ini.


Terimalah ucapan daripada Puan Siti Raabiah, wakil daripada Unit Guru Penyayang SKTPP.

💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓


💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓

Friday, April 30, 2021

Aktiviti Menyambut Kehadiran Murid Bulan April 2021

 Alhamdulillah..

Sesi persekolahan bersemuka dapat diteruskan lagi pada bulan April.Guru-guru bersemangat menyambut kehadiran murid di pagar A dan dipagar B. Murid-murid juga begitu  seronok bila dapat datang ke sekolah berjumpa guru-guru dan dapat  belajar di dalam kelas bersama rakan-rakan yang lain setelah sekian lama mereka  belajar secara alam maya. Seperti biasa sebelum masuk ke premis sekolah ,unit guru penyayang dan guru bertugas yang bertugas setiap hari menyambut kedatangan murid akan  berpesan supaya sentiasa mematuhi SOP.

Permulaan minggu pertama  bulan April iaitu hari Isnin dari jam 1.20 petang sehingga 1.50 petang. Unit guru penyayang dengan kerjasama guru-guru yang lain telah mengadakan program Mentor Mentee di dalam kelas melibatkan PRA sekolah, Tahun 1 sehingga tahun 6. Semoga program ini  akan dapat meningkatkan pembangunan sahsiah diri murid dan secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan antara guru dan murid.

Pada bulan April ini juga, tanggal 13/4/2021 umat islam menyambut bulan Ramadhan. Sepanjang hari persekolahan di bulan Ramadhan. Murid-murid Tahun 1 sudah ramai  belajar berpuasa.

Di minggu terakhir persekolahan bulan April, pihak sekolah menerima arahan dari Urusetia Jawatankuasa Bencara, JPN Selangor mengarahkan sekolah ditutup pada 26 April & 27 April dan penutupan sekolah buat kali ke-2  iaitu pada 29 & 30 April 2021 akibat pengesahan jangkitan Covid-19 yang melibatkan warga sekolah.Sepanjang penutupan sekolah,aktiviti pengajaran dan pembelajaran diteruskan secara PdPR.

 Berikut adalah beberapa gambar sepanjang bulan April 2021.

Murid-murid sesi pagi disambut dari luar pagar sekolah lagi

Suhu diambil sebagai pematuhan SOP

Murid-murid diminta untuk membasuh tangan terlebih dahulu sebelum masuk ke kelas

Guru-guru sesi petang mengambil suhu murid di pagar B

Penjarakkan masih dijaga

Sambil mengambil suhu, sempat lagi cikgu Shahir bertanya khabar murid-murid



                   Di bawah adalah aktiviti program mentor mentee sesi petang yang dijalankan pada bulan ini



Disediakan oleh,

Zalina bt Ismail

AJK Guru Penyayang




Thursday, April 15, 2021

Aktiviti Guru Penyayang : Ucapan Hari Lahir Murid Bulan April 2021

 Assalamualaikum & salam sayang..

Kedatangan pandemik Covid-19 membawa seribu perubahan dalam kehidupan kita. Kebiasannya, di sekolah akan diadakan majlis sambutan hari lahir pada setiap bulan. Namun, ianya sedikit pun tidak membuatkan cikgu-cikgu lupa tentang hari lahir murid-murid SKTPP tersayang walaupun dalam keadaan norma baharu ini. Video di bawah  didedikasikan khas buat murid-murid yang lahir pada bulan ini dan diharapkan ianya dapat membuktikan ingatan cikgu-cikgu tidak pernah pudar terhadap kamu!




Monday, March 29, 2021

Aktiviti Menyambut Kehadiran Murid Bulan Mac

Menjejaki minggu ke-3 dan ke-4 sesi persekolahan bersemuka, guru penyayang dan guru bertugas masih kekal meneruskan tugas mereka. Pada setiap awal pagi dan tengah hari, para guru telah pun bersedia untuk menyambut kehadiran anak-anak murid ke sekolah. 

Senyuman manis sentiasa terukir di wajah para guru. Senyuman tanda kasih seorang guru untuk setiap anak muridnya yang berjaya melangkah kaki ke sekolah.

Suhu diambil bagi mengesahkan bahawa murid tersebut sihat untuk berada dalam kawasan sekolah, tanda selamat bersama-sama rakan-rakan lain di dalam kelas. 

Guru penyayang dan guru bertugas akan sentiasa memastikan murid-murid yang hadir untuk sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan. Setiap hari, para guru tidak jemu untuk menitipkan pesanan kepada murid-murid yang dikasihi.

Semoga pesanan tersebut melekat di minda dan tersemat di jiwa setiap murid yang mendengarnya. Tujuannya hanya satu iaitu untuk sama-sama membanteras penularan virus Covid-19. 

Harapan para guru, sesi persekolahan bersemuka akan berterusan seperti biasa. Selagi guru-guru dan murid-murid mematuhi SOP, selagi itulah harapan tersebut akan mekar berbunga. Melihat senyuman dan gelagat murid setiap pagi sahaja sudah mendamaikan jiwa, apatah lagi saat bertentang mata semasa sesi Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPC). 

Berikut dikongsikan gelagat yang sempat dirakam sepanjang tempoh dua minggu terakhir aktiviti menyambut kehadiran murid pada bulan Mac.