Alhamdulillah..
Sesi persekolahan bersemuka dapat diteruskan lagi pada bulan April.Guru-guru bersemangat menyambut kehadiran murid di
pagar A dan dipagar B. Murid-murid juga begitu seronok bila dapat datang ke sekolah berjumpa
guru-guru dan dapat belajar di dalam
kelas bersama rakan-rakan yang lain setelah sekian lama mereka belajar secara alam maya. Seperti biasa
sebelum masuk ke premis sekolah ,unit guru penyayang dan guru bertugas yang
bertugas setiap hari menyambut kedatangan murid akan berpesan supaya sentiasa mematuhi SOP.
Permulaan minggu pertama bulan
April iaitu hari Isnin dari jam 1.20 petang sehingga 1.50 petang. Unit guru
penyayang dengan kerjasama guru-guru yang lain telah mengadakan program Mentor
Mentee di dalam kelas melibatkan PRA sekolah, Tahun 1 sehingga tahun 6. Semoga
program ini akan dapat meningkatkan
pembangunan sahsiah diri murid dan secara tidak langsung dapat mengeratkan
hubungan antara guru dan murid.
Pada bulan April ini juga, tanggal 13/4/2021 umat islam menyambut bulan
Ramadhan. Sepanjang hari persekolahan di bulan Ramadhan. Murid-murid Tahun 1 sudah
ramai belajar berpuasa.
Di minggu terakhir persekolahan bulan April, pihak sekolah menerima
arahan dari Urusetia Jawatankuasa Bencara, JPN Selangor mengarahkan sekolah
ditutup pada 26 April & 27 April dan penutupan sekolah buat kali ke-2 iaitu pada 29 & 30 April 2021 akibat
pengesahan jangkitan Covid-19 yang melibatkan warga sekolah.Sepanjang penutupan
sekolah,aktiviti pengajaran dan pembelajaran diteruskan secara PdPR.
Murid-murid sesi pagi disambut dari luar pagar sekolah lagi |
Suhu diambil sebagai pematuhan SOP |
Murid-murid diminta untuk membasuh tangan terlebih dahulu sebelum masuk ke kelas |
Guru-guru sesi petang mengambil suhu murid di pagar B |
Penjarakkan masih dijaga |
Sambil mengambil suhu, sempat lagi cikgu Shahir bertanya khabar murid-murid |
Zalina bt Ismail
AJK Guru Penyayang
No comments:
Post a Comment