... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...
Showing posts with label Perkongsian. Show all posts
Showing posts with label Perkongsian. Show all posts

Saturday, March 16, 2013

LAWATAN FROGASIA KE SKTPP

Pada 15 Mac 2013 dua orang wakil daripada FrogAsia iaitu Cik Arafeh dan Cik Azima telah membuat lawatan ke SKTPP untuk berbincang penambahbaikan penggunaan FROG VLE selain menunjukkan penambahan fungsi-fungsi baru yang terdapat dalam aplikasi tersebut.  Pelbagai perkara telah dibincangkan terutama pembinaan "site" PdP yang akan digunakan sewaktu pembelajaran dan pengajaran diadakan.
Guru Besar, PK Akademik dan PK Kokurikulum berbincang bersama wakil Frogasia

perbincangan berlangsung


Terima kasih kepada wakil FrogAsia semoga segala perbincangan dapat memberi manfaat kepada SKTPP dalam menjayakan transformasi pendidikan.

Thursday, February 7, 2013

Lawatan Frog Asia ke SKTPP

Pada 4 Februari 2013 pihak Frog Asia iaitu Mr Graham Thorpe dan Pn Tong Oi Kuan telah melawat SK Taman Putra Perdana. Lawatan ini bertujuan untuk melihat sendiri penggunaan FROG di sekolah dan berbincang bersama Guru Besar mengenai penambahbaikan FROG VLE pada masa hadapan. Pelbagai isu dan idea telah diutarakan supaya FROG VLE menjadi satu medan pembelajaran maya yang berkesan.

Guru Besar En. Sukimin dan Mr Graham Thorpe mengadakan perbincangan 

Lawatan berakhir pada pukul 2.45 petang dan diharap perbincangan ini dapat meningkatkan keberkesanan penggunaan aplikasi FROG.

Saturday, October 13, 2012

TAKLIMAT PBS DAN FROG VLE

Taklimat PBS dan Frog VLE telah diadakan pada hari ini, Sabtu (13 Oktober 2012) di SK Taman Putra Perdana. Majlis ini bermula pada 9.00 pagi dan berakhir kira-kira pukul 1.15 petang. Majlis ini telah dirasmikan oleh  Dr. Hajah Rahimah binti Adam, Penolong Pengarah Kanan Unit Penyelaras Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), Lembaga Peperiksaan.

Majlis ini juga turut dihadiri oleh Encik Zahri bin Hj Ramlan, Penolong Pengarah Unit ICT dan Pengkomputeran, Jabatan Pelajaran Selangor dan Puan Yasmin binti Mahmood, Pengarah Eksekutif YTL Communications Sdn. Bhd. Seramai 390 orang hadirin telah hadir bagi menjayakan majlis hari ini.

Berikut adalah gambar-gambar sepanjang taklimat tersebut:

 Taklimat PBS dan Frog VLE

 Sesi pendaftaran ibu bapa

 Pameran PBS dan Frog VLE

 Ibu bapa / komuniti yang hadir

 Ucapan oleh Yang Dipertua PIBG, Tuan Haji Shaharuddin bin Ajam

 Tetamu sedia mendengar taklimat

 Taklimat PBS oleh Penolong Kanan Pentadbiran SKTPP, Puan Siti Habsah binti Ahmad

 Persembahan oleh murid-murid Tahun 6 Solaris

 Persembahan oleh murid-murid Tahun 6 Solaris

 Taklimat Frog VLE oleh wakil Frogasia, Puan Elizabeth Lopez

 Tetamu VIP yang hadir

 Taklimat Frog VLE oleh Puan Rubiaton binti Ibrahim

 Sesi soal jawab 

 Wakil ibu bapa mengemukakan soalan

 Ucapan perasmian penutup majlis oleh Dr. Hajah Rahimah binti Adam

Penyampaian cenderamata kepada perasmi

Penghargaan dan ucapan terima kasih kepada penaja iaitu YTL Communications Sdn. Bhd. (jamuan makanan), Lembaga Peperiksaan (bahan edaran PBS). Semoga taklimat ini telah dapat memberi manfaat dan pengetahuan yang lebih jelas mengenai PBS dan Frog VLE kepada ibu bapa dan komuniti yang hadir.


Wednesday, July 25, 2012

LAWATAN PENANDAARASAN HUB ICT


25 JULAI 2012 - SK Taman Putra Perdana telah menerima lawatan penandaarasan Hub ICT oleh 39 orang peserta Kursus Kepimpinan Strategik ICT dari Institut Aminudin Baki (IAB), Genting Highlands.  Mereka terdiri daripada pengetua dan Penolong Kanan sekolah menengah dari negeri Selangor, Kuala Lumpur, Melaka dan Johor, Lawatan ini diketuai oleh Encik Ahmad Azuan bin Zainudin selaku pensyarah IAB dan penghulu kursus Tn. Hj. Muskamal bin Mohamad Jonan yang juga merupakan pengetua SMK BBST.  Kehadiran mereka bersama dua pensyarah IAB yang lain Pn. Nooraini Kamaruddin dan Pn. Maimunah Karim turut disertai oleh Pengetua Sekolah Seri Bintang Utara dan Guru Besar SK Polis Depot Kuala Lumpur.. Encik Khairul Nizam bin Ahmad Husaini Pegawai ICT hadir sama mewakili PPD Sepang.

Lawatan mereka ke SKTPP ini merupakan salah satu pengisian kandungan kursus yang sedang mereka hadiri. Dalam lawatan ini, para pengetua telah didedahkan dengan aspek pengurusan ICT yang lebih terperinci dan berfokus terutama dalam bidang pengurusan dan pentadbiran (PDT) serta pembelajaran dan pengajaran (PDP).

Dalam lawatan ini para peserta telah diberikan penerangan panjang lebar oleh Tuan Guru Besar, Encik Sukimin bin Juki mengenai sistem pengurusan sekolah dan aplikasi pembelajaran yang digunakan di sekolah ini.  Selepas sesi penerangan di Bilik Mesyuarat, para pelawat dibawa ke Makmal Komputer 1 untuk melihat aplikasi Frogasia yang bakal digunakan di semua sekolah seluruh negara menjelang tahun 2013 nanti.

Dalam sesi ini, seramai 20 orang murid daripada kelas 6 Unix, telah bertindak cemerlang dalam memberikan tunjuk cara, demonstrasi dan penerangan mengenai aplikasi Frogasia ini.  Para pelawat juga berpeluang melihat sendiri aplikasi ini dan mencuba sendiri kemudahan yang tersedia dalam aplikasi ini.

Menyambut kehadiran tetamu di koridor Laluan Patriotik

Sesi penerangan dan soal jawab di Bilik Mesyuarat

Bacaan doa oleh Ustaz Ridzuan

Wakil pengawas yang membantu guru menyambut para tetamu yang hadir

Encik Wong Chee Kheon dari SMK (L) Methodist, Kuala Lumpur mengemukakan soalan mengenai aplikasi Frogasia dan kesannya terhadap bahan P&P sedia ada

En. Ahmad Azuan Zainudin menyempaikan cenderamata dari IAB kepada Guru Besar dengan diperhatikan oleh Penghulu Kursus Tn. Haji Muskamal Mohd. Jonan

Para pengetua memasuki makmal komputer untuk sesi tunjuk cara

Adik Zulhelmi menunjukkan aplikasi Frogasia dengan bersungguh-sungguh

Masing-masing menunjukkan minat yang mendalam semasa sesi ini dijalankan

Adik Zidane bersama pengetua daripada SMK Seri Bintang Utara, Pn Shamshiah Ahmad

Adik Hazwani bersama Guru Besar daripada SK Polis Depot KL, Pn. Rosita Abu Bakar

Pengetua SMK Putra Perdana, Tn Hj Mohd Amin Sulaiman turut hadir dalam lawatan ini dan tidak melepaskan peuang melihat sendiri aplikasi yang sedang digunakan oleh murid SKTPP ini

Lawatan berakhir pada pukul 12.00 tengah hari dan diharapkan para peserta lawatan boleh menimba sedikit pengalaman untuk diaplikasikan di sekolah masing-masing.

Kalau ada sumur di ladang,
Boleh hamba menumpang mandi,
Jika ada umur yang panjang,
Jemputlah datang ke SKTPP lagi.

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam sesi lawatan penandaarasan ICT ini.

Monday, June 18, 2012

FROG STUDENT ENGAGEMENT WORKSHOP


Sebagai sebahagian projek 1BestariNet  yang  dimulakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam perkongsian dengan YTL, 10,000 sekolah di seluruh negara akan menerima Internet kelajuan tinggi 4G dan Persekitaran Pembelajaran Maya (Virtual Learning Environment).

Sekolah kita telah terpilih dalam projek rintis pelaksanaan VLE Frogasia ini.  Dan beberapa orang murid telah dilantik menjadi Frog Student Champion  selepas menerima sesi latihan daripada pihak YTL dan guru ICT sekolah.

Sebagai Frog Student Champion, wakil murid yang terpilih mempunyai peranan yang penting dalam mewujudkan keseronokan dan boleh membantu pelaksanaan VLE di sekolah.

Bengkel ini telah diadakan pada hari Sabtu - 16 Jun 2012 di YTL Network Operations Centre, Sentul Park bertujuan untuk memupuk hubungan yang baik dalam kalangan pelajar-pelajar dari sekolah-sekolah rintis dan berkongsi pengalaman yang berguna dalam melaksanakan program Frogasia.com di sekolah masing-masing.

Antara sekolah yang terpilih selain daripada SK Taman Putra Perdana adalah SJK (C) Jalan Davidson, SRK Sri Petaling, SMK Assunta, dan SMK Convent Bukit Nanas. 6 orang murid yang mewakili sekolah kita ialah:

1. Nur Yasmin Syahirah bt Md Yusaini (Tahun 4)
2. Nurshahira bte Muliady (Tahun 5)
3. Iman Firas bin Zulhazmi (Tahun 5)
4. Muhammad Irfan bin Muhammad Afiq (Tahun 5)
5. Noor Ain Natashah bt Mat Rozaidi (Tahun 5)
6. Jarell Liew Dae-Len (Tahun 5)

Guru yang terlibat ialah:
1. Rubiaton bt Ibrahim
2. Zainur Jimah bt Abdullah

Berikut adalah paparan aktiviti yang dijalankan dalam bengkel tersebut:

wakil murid menyiapkan tugasan membina dashbord froggy SKTPP


murid bekerjasama menyiapkan tugasan yang diberikan


sesi perbincangan dan sumbangan idea bagaimana untuk menarik minat kawan-kawan menggunakan Frogasia.


makanan enak dihidangkan oleh pihak penganjur


aktiviti membina maskot froggy SKTPP


sesi bergambar selepas menyiapkan maskot

antara maskot-maskot yang dihasilkan dalam bengkel ini

Inilah hasil kerjasama guru dan murid dalam bengkel binaan maskot sekolah. Hasil perbincangan bersama, kami bersepakat menamakan maskot ini sebagai 'Putra Froggy'

Putra Froggy telah memenangi hadiah maskot tercantik daripada 5 buah sekolah yang lain. Tahniah buat semua.

Friday, June 24, 2011

BENGKEL KHIDMAT BANTU ICT DALAM MEMANTAPKAN P & P DAN PENGURUSAN KURIKULUM

Guru Besar, Penolong Kanan dan Ketua Panitia Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana, Sekolah Kebangsaan Pulau Meranti dan Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana 2 berhimpun di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Selangor (BTPN) selama dua hari mulai petang 24 Jun hingga lewat petang 25 Jun 2011 (Sabtu).

Bengkel ini adalah anjuran bersama di antara BTPN dan sekolah-sekolah.

24 Jun 2011 (Jumaat)

3.00 - 3.30  ptg    Pendaftaran
4.00 - 5.00  ptg    Ucap Utama
                    Tuan Haji Ahmad Dahlan bin Kardi, Ketua Penolong Pengarah 
                    Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Selangor
                    Sesi Bergambar bersama  KPP
5.00 – 5.15 ptg    Minum Petang
5.15 - 6.30  ptg   Daftar asrama (di kaunter asrama)
6.30 – 7.30 ptg   Makan malam
8.15 - 10.45mlm  Pengurusan Kurikulum
                   En.Haron bin Amir,            
                   Nazir Kanan, JNJK Selangor

25 Jun 2011 (Sabtu)

6.50  - 7.30 pg Senamrobik
7.30 - 8.00 pg Sarapan
8.00 – 8.30 pg Bersiap diri
8.30 –10.30 pg Digital Humor in the Classroom
                 En. Jayakumar a/l C.Koran
                 Ketua Penolong Pengarah 
                Bahagian Teknologi Pendidikan  
10.30 –11.00 pg Kudapan
11.00 –1.00 tgh Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT) dan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) online
                 En Sukimin b Juki, 
                 Guru Besar SKTPP
1.00 – 2.30 ptg Merarau/Solat
2.30 – 4.30 ptg Google Apps dan SSQS 
                 Muhammad Hanif b. Harun, 
                 PTP Unit Pengurusan ICT
4.30 ptg          Penutup



Kepada semua peserta, untuk mendapatkan bahan sila klik di sini.

Friday, April 23, 2010

Seminar APEC-SEAMEO [RELC]: An Essential for a Global Economy [Language Applications in Lesson Study]

Seorang guru SKTPP, Pn. Jin Nee, telah dilantik oleh Unit Perancangan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri, selaku focal point bagi APEC Human Resources Development Working Group, sebagai salah seorang daripada dua wakil Malaysia untuk menghadiri dan membentang kertas kerja di seminar APEC-SEAMEO [RELC]: alah seorang daripada dua wakil Malaysia untuk menghadiri dan membentang kertas kerja di seminar APEC-SEAMEO [RELC]: An Essential for a Global Economy [Language Applications in Lesson Study] yang telah diadakan di SEAMEO Regional Language Centre, Singapura, dari 19 hingga 21 April , 2010.

Pihak sekolah telah bekerja sama dengan Bahagian Pembangunan Kurikulum [BPK], Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menjalankan kajian Language Application in Lesson Study dari bulan Februari hingga April 2010. Dapatan kajian tersebut telah dibentangkan di seminar tersebut. Dua orang guru SKTPP yang lain juga terlibat dalam kajian ini, iaitu Puan Norazian dan Mrs Nor Azura.

Dapatan kajian dan sesi pembentangan kertas kerja Malaysia telah mendapat sambutan dan maklumbalas yang baik dari peserta dari negara-negara APEC lain iaitu Chinese Taipei [Taiwan], New Zealand, Amerika Syarikat, Hong Kong, Indonesia, Thailand, Singapura, Filipina, Brunei, Korea dan Australia.

Terdapat perancangan untuk memperkenalkan pendekatan Lesson Study di dalam program latihan guru dan dalam program dalam perkhidmatan yang dikendalikan oleh ELTC [English Language Traning Centre], Malaysia kelak.