... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...
Showing posts with label LATIHAN. Show all posts
Showing posts with label LATIHAN. Show all posts

Tuesday, January 29, 2013

BENGKEL LANJUTAN APLIKASI FROG VLE

Bengkel untuk semua fasilitator FROG telah diadakan pada 29 Januari 2013 bermula 11.20 pagi sehingga 1.50 petang. Bengkel selama 2 jam setengah ini telah diadakan di makmal komputer 1 SKTPP. Bengkel ini bertujuan meningkatkan lagi kemahiran guru-guru dalam menggunakan FROG serta memperkenalkan widget-widget baru dalam FROG VLE. Bengkel ini disampaikan oleh Cik Azima binti Azmi dan dibantu oleh Cik Arafeh Karimi.

Selain dari bengkel tesebut pihak FROG Asia telah hadir bersama kumpulan media mereka untuk menemuramah murid dan guru tentang penggunaan Chromebook dan FROG ini. Diharap bengkel ini dapat membantu guru dan memberi idea-idea baru untuk guru menggunakan FROG di dalam PdP dengan lebih berkesan. Terima kasih diucapkan kepada pihak Frog Asia.

Berikut antara gambar sepanjang bengkel dijalankan

Ustazah Rashidah khusuk mendengar penerangan 

Cik Arafeh membantu untuk memberi penerangan

Cik Azima Azmi memberi penerangan secara terperinci bagaimana menggunakan widget 


Frog Student di temuramah oleh wakil Frog Asia


Wakil Frog Asia menemuramah murid


Pn Azila mencuba menggunakan widget baru





Guru-guru menumpukan perhatian





Tuesday, January 22, 2013

BENGKEL APLIKASI FROG VLE UNTUK MEMBINA LAMAN KOKURIKULUM FASA 2

Pada 22 Januari 2013 satu bengkel Frog VLE untuk ketua dan setiausaha unit beruniform dan permainan telah diadakan di makmal komputer 1 SK Taman Putra Perdana bemula dari 12.00 tengahari hingga 2.00 petang. Bengkel ini bertujuan untuk membina Laman Unit Beruniform dan Laman Kelab permainan masing-masing di dalam Frog VLE. Seramai 30 guru dan 8 Fasilatator telah menghadiri bengkel tersebut. Bengkel ini berjalan lancar dan guru-guru telah memberi komitmen yang baik dalam menjayakan Frog VLE ini.

Unit Tunas Kadet Remaja Sekolah

Unit BBSM

Kelab Sepak takraw

Unit  Tunas Puteri

Unit Pengakap

Unit BBSM dan Permainan Dalaman

Kelab Hoki dan Doktor Muda

Persatuan Bola Baling 

Guru-guru bertukar-tukar pendapat 


Laman Kelab Badminton yang telah dikemaskini 

Monday, January 14, 2013

BENGKEL FROG VLE UNTUK KETUA DAN SETIAUSAHA PANITIA

Bengkel Frog VLE untuk ketua dan setiausaha Panitia telah diadakan pada 14 Januari 2013 di makmal komputer 1 SK Taman Putra Perdana. Bengkel ini bertujuan untuk membina Laman Panitia masing-masing di dalam Frog VLE. Frog VLE atau Frog Virtual Learning adalah platform berteras cloud yang fleksibel dan boleh diakses oleh warga sekolah termasuk ibu bapa/ penjaga di mana-mana jua dari luar kawasan sekolah. Seramai 30 orang guru dan 5 orang Fasilitator telah menghadiri bengkel tersebut. Diharap bengkel ini dapat membantu dan meningkatkan penggunaan FROG VLE di sekolah. Jadikan FROG VLE platform untuk warga sekolah berkomunikasi.
Panitia Muzik dan Panitia Bahasa Inggeris

Fasilitator menunjukkan cara memasukkan Carta Organisasi

Panitia Pendidikan Seni Visual dan Kemahiran Hidup khusyuk membina laman masing-masing



Panitia Agama Islam

Panitia Sains

Panitia Bahasa Arab dan Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

Friday, October 19, 2012

Latihan Chromebook

Chromebook merupakan komputer yang menggunakan Google Chrome OS sebagai sistem pengoperasiannya dan tertumpu sekitar pelayar web Google Chrome. Ia masih asing dan masih belum terdapat di pasaran di negara kita.

Sekolah amat bertuah apabila YTL Communications menyumbangkan lima buah Chromebook sewaktu majlis Pelancaran Frog VLE 5 Oktober lalu. Sebagai langkah untuk memperkenal dan memahirkan guru dan staf sekolah menggunakannya, pada hari ini 19.10.2012 (Jumaat) daripada jam 8 hingga 10 pagi telah berlangsung latihan penggunaan Chromebook.  Latihan telah diberikan oleh wakil YTL iaitu En. Mong Xeng Khan.


Latihan diberikan oleh En. Mong dari YTL Communications

Frog Coordinator sekolah Pn. Norinna sedang memeriksa port yang terdapat pada Chromebook bersama dengan Pn. Nor-Azura

Guru Penyelaras ICT sekolah Cik Azlinda dan Guru Frog Pn. Rashidah turut hadir

Chromebook jenama Samsung yang disumbangkan kepada sekolah

En. Mong sedang menunjukkan sesuatu kepada Pn. Diana, Pn. Mala dan Pn. Grace

Tunjuk ajar cara untuk Cloud Printer

En. Mong sedang cuba memasang aplikasi

Guru Besar turut hadir untuk belajar sama

Chromebook dijangka bakal menjadi satu gajet yang rapat dengan dunia pendidikan negara apabila ia menjadi alat yang sangat serasi dengan Frog VLE.  Sebagaimana yang kita ketahui, Frog VLE merupakan satu aplikasi yang sedang dan akan digunakan oleh semua 10 ribu buah sekolah.  Ini bermakna Chromebook berkemungkinan besar akan menggantikan komputer peribadi (PC).

Pada masa ini hanya dua syarikat yang mengeluarkan Chromebook iaitu Samsung dan Acer.  Ia tidak mempunyai cakera keras memandangkan ia direka khusus untuk teknologi cloud computing. Untuk menghidupkannya adalah pantas berbanding dengan PC iaitu hanya mengambil masa kira-kira 8 saat.  Tidak seperti komputer biasa, di sini tidak perlu memasang perisian seperi Office pada Chromebook ini.  Apa yang perlu dibuat ialah memasang Google Apps pada pelayar Chrome kita yang boleh diperolehi daripada Chrome Web Store.

Saturday, October 13, 2012

TAKLIMAT PBS DAN FROG VLE

Taklimat PBS dan Frog VLE telah diadakan pada hari ini, Sabtu (13 Oktober 2012) di SK Taman Putra Perdana. Majlis ini bermula pada 9.00 pagi dan berakhir kira-kira pukul 1.15 petang. Majlis ini telah dirasmikan oleh  Dr. Hajah Rahimah binti Adam, Penolong Pengarah Kanan Unit Penyelaras Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), Lembaga Peperiksaan.

Majlis ini juga turut dihadiri oleh Encik Zahri bin Hj Ramlan, Penolong Pengarah Unit ICT dan Pengkomputeran, Jabatan Pelajaran Selangor dan Puan Yasmin binti Mahmood, Pengarah Eksekutif YTL Communications Sdn. Bhd. Seramai 390 orang hadirin telah hadir bagi menjayakan majlis hari ini.

Berikut adalah gambar-gambar sepanjang taklimat tersebut:

 Taklimat PBS dan Frog VLE

 Sesi pendaftaran ibu bapa

 Pameran PBS dan Frog VLE

 Ibu bapa / komuniti yang hadir

 Ucapan oleh Yang Dipertua PIBG, Tuan Haji Shaharuddin bin Ajam

 Tetamu sedia mendengar taklimat

 Taklimat PBS oleh Penolong Kanan Pentadbiran SKTPP, Puan Siti Habsah binti Ahmad

 Persembahan oleh murid-murid Tahun 6 Solaris

 Persembahan oleh murid-murid Tahun 6 Solaris

 Taklimat Frog VLE oleh wakil Frogasia, Puan Elizabeth Lopez

 Tetamu VIP yang hadir

 Taklimat Frog VLE oleh Puan Rubiaton binti Ibrahim

 Sesi soal jawab 

 Wakil ibu bapa mengemukakan soalan

 Ucapan perasmian penutup majlis oleh Dr. Hajah Rahimah binti Adam

Penyampaian cenderamata kepada perasmi

Penghargaan dan ucapan terima kasih kepada penaja iaitu YTL Communications Sdn. Bhd. (jamuan makanan), Lembaga Peperiksaan (bahan edaran PBS). Semoga taklimat ini telah dapat memberi manfaat dan pengetahuan yang lebih jelas mengenai PBS dan Frog VLE kepada ibu bapa dan komuniti yang hadir.