Thursday, January 30, 2014
Tuesday, January 28, 2014
LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGUAN SESI PETANG MINGGU KE-5
HARI : Isnin
TARIKH : 27 Januari 2014
MASA : 1.20 - 2.00 petang
GURU BERTUGAS:
1. Pn. Jumilah bt. Ahmad
2. Pn. W. Rosmawati bt. W. Ibrahim
3. Cik Noor Azlinda bt. Kasmin
4. Pn. Suhaizan bt. Sukiman
5. Pn. Ezza Hairani bt. Zainuddin
6. Encik Afandi b. Mat Zain
LAPORAN/ULASAN:
1. Perbarisan, Nyanyian, Bacaan Doa dan Ikrar
a) Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah (dipimpin oleh Pn. Azura Farina bt. Abdullah).
b) Bacaan doa oleh pengawas, Haziq Fahim b. Ahmad Azhar (2 Anestesiologi).
c) Ikrar Rukun Negara dan Keselamatan Jalan Raya oleh Pn. Jumilah bt. Ahmad.
d) Ikrar Murid oleh Ketua Pengawas sesi petang, Hurin Batrisyia Amani bt. Ahmad Junaidi Doinil Jalalaini (2 Zuhrah).
2. Laporan guru bertugas minggu lepas (Pn. Nazahiyah bt. Ab. Rahman)
a) Murid dilarang berlari semasa waktu rehat dan hendaklah memasukkan semua bekas makanan dan minuman yang dibeli dari kantin ke dalam besen yang disediakan.
b) Murid dinasihati menjaga diri dan tidak membuat bising di dalam kelas.
3. Ucapan guru bertugas minggu ini (Pn. Jumilah bt. Ahmad)
a) Memperkenalkan barisan guru bertugas minggu ini.
b) Menasihati semua murid agar berjumpa dengan guru bertugas sekiranya mempunyai masalah kesihatan dan lain-lain.
c) Beliau menyentuh mengenai tema pada minggu ini iaitu: "Hormat kepada guru dan rakan-rakan".
Bahasa Melayu : pancaragam
Bahasa Inggeris : friend (kawan)
Bahasa Arab : tilmizun (murid lelaki)
4. Ucapan guru disiplin bertugas (Pn. Suhaizan bt. Sukiman)
a) Beliau melarang murid memakai barangan kemas seperti cincin, rantai, gelang dan subang ke sekolah (hanya subang kecil yang melekat di telinga sahaja yang dibenarkan).
b) Dilarang bersolek, memakai celak mata dan minyak wangi.
c) Murid hendaklah sentiasa menjaga kebersihan dan berpakaian kemas ke sekolah setiap hari.
5. Ucapan Penolong Kanan Petang (Pn. Rosmah bt. Jamat)
a) Beliau menasihati semua murid menjaga disiplin ketika berada di dalam kelas, di dewan perhimpunan dan di kantin.
b) Memperkenalkan 6 orang guru pelatih dari Institut Pendidikan Guru (IPG), Bangi yang akan menjalani praktikum di sekolah ini:
1. Nur Laila Nadiah bt. Di
2. Nur Adilah bt. Shubki
3. Kamarul Nur Fardzleen Ayu bt. Kamarulzaman
4. Nur Taheera bt. Mohammad
5. Nur Syafiqah bt. Noraslin
6. Amal Izzati bt. Mohd Rasid
Perhimpunan tamat pada jam 2.00 petang.

- Murid perlu sentiasa menghormati guru dengan memberi salam, menyiapkan segala tugasan yang diberikan dan mematuhi arahan.
- Murid juga perlu menghormati rakan-rakan dengan tidak mempersendakan, memperkecilkan atau merendah-rendahkan kebolehan rakan. Murid hendaklah sentiasa bekerjasama antara satu sama lain di dalam dan di luar kelas.
Bahasa Melayu : pancaragam
Bahasa Inggeris : friend (kawan)
Bahasa Arab : tilmizun (murid lelaki)
4. Ucapan guru disiplin bertugas (Pn. Suhaizan bt. Sukiman)
a) Beliau melarang murid memakai barangan kemas seperti cincin, rantai, gelang dan subang ke sekolah (hanya subang kecil yang melekat di telinga sahaja yang dibenarkan).
b) Dilarang bersolek, memakai celak mata dan minyak wangi.
c) Murid hendaklah sentiasa menjaga kebersihan dan berpakaian kemas ke sekolah setiap hari.
5. Ucapan Penolong Kanan Petang (Pn. Rosmah bt. Jamat)
a) Beliau menasihati semua murid menjaga disiplin ketika berada di dalam kelas, di dewan perhimpunan dan di kantin.
b) Memperkenalkan 6 orang guru pelatih dari Institut Pendidikan Guru (IPG), Bangi yang akan menjalani praktikum di sekolah ini:
1. Nur Laila Nadiah bt. Di
2. Nur Adilah bt. Shubki
3. Kamarul Nur Fardzleen Ayu bt. Kamarulzaman
4. Nur Taheera bt. Mohammad
5. Nur Syafiqah bt. Noraslin
6. Amal Izzati bt. Mohd Rasid
Perhimpunan tamat pada jam 2.00 petang.
![]() |
| Pn. Jumilah, pengacara majlis |
![]() |
| Pn. Nazahiyah, guru bertugas minggu lepas |
![]() |
| Pn. Suhaizan, guru bertugas disiplin |
![]() |
| PK Petang, Pn. Rosmah bt. Jamat |
![]() |
| Murid tekun mendengar amanat yang disampaikan |
![]() |
| 6 orang guru pelatih dari IPG, Bangi |
Penyerahan Wang Bantuan Awal Persekolahan RM100 -2014
Seperti yang diumumkan dalam Bajet 2014, bantuan persekolahan RM100 kepada pelajar sekolah rendah dan menengah akan diteruskan pada tahun 2014. Bagi SK Taman Putra Perdana penyerahan ini telah dilaksanakan pada 21 Januari 2014 (Selasa) yang lalu. Sehingga ke hari ini seramai 85% ibu bapa telah mengambil wang tersebut.
Terima kasih diucapkan kepada anggota polis dari Balai Putra Perdana yang telah mengiring pihak sekolah untuk mengambil wang bantuan tersebut di Putrajaya.
Kepada ibu bapa yang belum mengambil wang tersebut bolehlah mengambilnya di pejabat sekolah seperti ketetapan berikut:

Hari : Isnin hingga Jumaat
Masa : 8.00 pg - 1.00 ptg
2:00 ptg - 4.30 ptg
Tarikh tutup penyerahan wang ini pada 31 Mac 2014.
Suasana sesi penyerahan wang bantuan RM100
Disediakan oleh Mahadir Midun
Monday, January 27, 2014
SESI PENYERAHAN REPLIKA CEK DARIPADA PIHAK FROGASIA KEPADA PIHAK SEKOLAH
Pihak Frogasia telah menganjurkan Pertandingan Mewarna Dunia Hebat Chupa Chups bermula 15 Mei 2013 hingga 26 Julai 2013. Pihak sekolah tidak ketinggalan untuk menyahut cabaran pertandingan ini dengan penyertaan semua murid tahun 1 hingga 6. Konsep Chupa Chups yang diperkenalkan dalam program seperti ini dapat menarik minat serta dapat menjana minda murid untuk menjadi lebih kreatif dan kritis untuk menghasilkan hasil kerja yang berkualiti.
Pada 16 Januari 2014, keputusan pertandingan ini telah dikeluarkan secara rasmi oleh pihak Frogasia dan SK Taman Putra Perdana telah berjaya mendapat tempat kedua.
Pada hari ini, 27 Januari 2014, satu sesi penyerahan replika cek telah diadakan. Encik Adi Farhan bin Ghazali, wakil daripada Frogasia telah menyerahkan replika cek yang bernilai RM500 kepada Encik Sukimin bin Juki, guru besar SK Taman Putra Perdana.
Berikut ialah paparan gambar sepanjang sesi penyerahan replika cek:
Kejayaan sekolah ini menunjukkan kemampuan dan keupayaan SKTPP yang komited di antara sekolah Champion yang bertanding. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada barisan pentadbir sekolah, semua guru terutamanya guru-guru subjek Pendidikan Seni tahun 2013, ibu bapa dan semua murid yang menjayakan pertandingan ini. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dan pihak sekolah akan sentiasa bergerak seiring dengan perkembangan teknologi semasa dan menyertai program-program yang dianjurkan serta berkolaborasi dengan pihak-pihak yang berkaitan.

| Encik Adi Farhan bin Ghazali, wakil Frogasia menyerahkan replika cek kepada Encik Sukimin bin Juki, guru besar SKTPP |
![]() |
| Ucapan ringkas kejayaan oleh Encik Sukimin bin Juki |
Kejayaan sekolah ini menunjukkan kemampuan dan keupayaan SKTPP yang komited di antara sekolah Champion yang bertanding. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada barisan pentadbir sekolah, semua guru terutamanya guru-guru subjek Pendidikan Seni tahun 2013, ibu bapa dan semua murid yang menjayakan pertandingan ini. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dan pihak sekolah akan sentiasa bergerak seiring dengan perkembangan teknologi semasa dan menyertai program-program yang dianjurkan serta berkolaborasi dengan pihak-pihak yang berkaitan.
LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGUAN KE-5 (SESI PAGI)
Tarikh : 27 Januari 2014
Hari : Isnin
Masa : 7.30 pagi - 8.15 pagi
Guru bertugas:
1. Encik Ismarizal Bin Ismail
Masa : 7.30 pagi - 8.15 pagi
Guru bertugas:
1. Encik Ismarizal Bin Ismail
2.
Pn. Nurzainon Bt Razali
3.
Pn. Zailezah Bt Sardi
4.
Pn. Nor Syifa Bt Khadir
5.
Pn. Zuraini Bt Ismail
6.
Pn. Siti Rabiaah Bt Mohammad
7.
Pn. Noranismawati Bt Mohd Faudzi
8.
Pn Norziani Bt Zubir
LAPORAN
1.0 NYANYIAN, BACAAN DOA DAN IKRAR
LAPORAN
1.0 NYANYIAN, BACAAN DOA DAN IKRAR
- Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah dipimpin oleh Guru Muzik Pn. Astina bt Mahad Nor.
- Bacaan doa oleh pengawas iaitu Muhamad Syahrizal dari kelas 6 Seraya.
- Ikrar Rukun Negara dan Keselamatan Jalan Raya disampaikan oleh Pn. Nurzainon Bt Razali.
- Ikrar murid disampaikan oleh Aniq Iqbal ketua pengawas dari kelas 6 Seraya.
- Pasukan Pandu Puteri Tunas bertugas bagi sesi menaikkan bendera.
![]() |
| Murid-murid SKTPP sedang berkumpul untuk perhimpunan mingguan |
2.0 LAPORAN GURU BERTUGAS MINGGU LEPAS (PN.NORLI BT HASSAN)
- Guru menegur sikap murid yang kurang memberi penekanan terhadap kebersihan kelas. Mereka sepatutnya sentiasa emastikan kelas dalam keadaan bersih walaupun jadual tugasan belum disediakan.
- Apabila waktu rehat didapati ramai murid yang suka meninggalkan botol-botol air di atas meja di kantin.
- Murid juga diingatkan supaya berbaris mengikut kelas di Dewan Perdana selepas waktu rehat dalam keadaan terkawal dan tidak membuat bising.
![]() |
| Pn.Norli menyampaikan laporan bertugas minggu lepas |
- Bahasa Melayu : Bernas - berisi penuh seperti padu, padat
- Bahasa Inggeris : create - cipta
- Bahasa Arab : Naziifun - bersih
4.0 UCAPAN GURU BERTUGAS (PN.NURZAINON BT RAZALI)
- Pn. Nurzainon memperkenalkan guru bertugas pada minggu ini dan mengulas tentang tema pada minggu ini iaitu hormat guru dan rakan.
- Sebagai seorang pelajar kita semestinya menghomati guru.Guru di sekolah merupakan ibu bapa kedua bagi kita selepas ibu bapa sendiri.Ini disebabkan murid-murid banyak menghabiskan masa di sekolah bersama-sama guru.
a. Cara murid menghormati guru.
i.
Memberi salam apabila berjumpa guru.
ii.
Mematuhi arahan guru dan sentiasa menyiapkan tugasan yang diberikan oleh
guru.
iii.
Menghargai guru
b. Cara murid menghormati rakan:
i.
Jangan memperkecilkan atau merendah-rendahkan kebolehan rakan.
ii. Sentiasa bekerjasama terutama
sewaktu di dalam kelas.
![]() |
| Guru bertugas minggu ini, Pn Nurzainon Bt Razali |
5.0 PENYAMPAIAN REPLIKA CEK (PN. NORINNA BT MOHAMED)
- Pn. Norinna mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program dan aktiviti yang telah dijalankan menggunakan Frog VLE.
- Antara aktiviti yang berjaya dilaksanakan ialah Pertandingan Mewarna unia Hebat Chupa Chups di mana telah berjaya mendapat tempat kedua.
- Penyampaian replika cek bernilai RM500 telah disampikan oleh Encik Adi Farhan bin Ghazali, wakil daripada Frogasia.
![]() |
| Penyerahan replika cek daripada pihak Frogasia, Encik Adi Farhan bin Ghazali kepada Guru Besar, Encik Sukimin bin Juki |
6.0 UCAPAN GURU BESAR (EN.SUKIMIN BIN JUKI)
- Ucapan terima kasih kepada semua yang terbabit dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan untuk meningkatkan mutu pencapaian ICT di SKTPP terutamanya guru-guru ICT, guru-guru serta semua murid yang telah melibatkan diri.
- Pembabitan dan komitmen yang tinggi dari semua pihak telah melakar satu sejarah baru bagi SKTPP kerana telah berjaya mengalahkan beberapa buah sekolah menengah yang lain dalam pertandingan tersebut. Sejarah yang lama tidak dapat diubah lagi namun kita boleh mencipta satu sejarah baru dalam kehidupan kita.
- Semoga kemenangan dalam Pertandingan Mewarna Dunia Hebat Chupa Chups dapat menjadi perangsang pada masa akan datang.
- Guru Besar mengucapkan terima kasih kepada wakil daripada Frogasia yang hadir pada pagi ini iaitu Encik Adi Farhan bin Ghazali dan Cik Azima binti Azmi untuk sesi penyerahan cek.
![]() |
| Ucapan daripada Guru Besar sempenan penyerahan replika cek |
7.0 UCAPAN GPK HEM (PN. JAMILAH BT ARIFIN)
- Puan Jamilah menegur sikap murid yang kurang memberi penekanan terhadap budaya memberi salam apabila berjumpa dengan guru. Semua murid sepatutnya memberi salam kepada semua guru walaupun guru tersebut tidak mengajar mereka.
- Perhubungan yang baik antara murid dan guru ini akan memberi keyakinan murid-murid apabila berjumpa guru.
- Puan Jamilah juga menegur sikap murid pada waktu rehat di mana ada segelintir murid yang tidak membuang sampah ke dalam tong sampah yang disediakan malah membiarkan sampah tersebut di atas meja di kantin. Keadaan ini telah menarik perhatian gagak-gagak untuk hinggap di situ.
Perhimpunan tamat pada pukul 8.15 pagi.
Disediakan oleh Pn. Zailezah Bt Sardi
CUTI PERAYAAN TAHUN BARU CINA 2014
Ibu
bapa/penjaga,
Murid
SK Taman Putra Perdana.
Sempena
Tahun Baru Cina, sekolah akan bercuti pada 31.1.2014 (Jumaat) hingga 2.2.2014
(Ahad). Sekolah akan dibuka semula pada
3.2.2014 (Isnin).
Sekian
dimaklumkan, terima kasih.
Memo pemakluman akan diedar pada 28.1.2014 (Selasa)
Laporan Peptalk 27 Januari 2014
LAPORAN
'PEPTALK'
|
HARI
: ISNIN
|
TARIKH
: 27 JANUARI 2014
|
||||
|
TEMPAT
: DEWAN PERDANA
|
MASA
: 8.20 ~ 8.50 PAGI
|
||||
|
KELAS
YANG TERLIBAT :
NYATUH
DAN MERANTI
|
GURU
PELAPOR :
NOR
AZURA BINTI MOHAMAD ASIR
|
||||
|
PENCERAMAH
: TUAN HAJI KHAIRUL AZHAR BIN MOHD SUFFIAN,YDP SKTPP
|
|||||
|
TAJUK
: FOKUS / KONSENTRASI
Cara untuk focus
· Berusaha dengan bersungguh-sungguh dan menumpukan
sepenuh perhatian.
· Belajar untuk fokus dengan meletakkan sasaran 5A,
sasaran mestilah yang terbaik dan tertinggi. Jangan takut untuk meletakkan
sasaran yang tinggi.
· Tuliskan dan paparkan sasaran 5A pada setiap sudut rumah dan buku
sekolah
· Matlamat mesti jelas supaya kita akan fokus kepada arah dan tujuan. Oleh
itu tetapkan matlamat untuk lebih fokus.
· Saling ingat mengingati satu sama lain. Bahagikan masa dengan lebih
teratur. Jangan bazirkan masa. Berikan tumpuan semasa belajar.
· Ceritakan dan beritahu matlamat kita supaya kita akan selalu
diingatkan mengenai matlamat kita untuk lebih fokus mencapai kejayaan.
· Berusaha untuk belajar. Berikan tumpuan di dalam kelas sepenuhnya.
· Elakkan bermain pemainan video kerana ia mengganggu fokus kita.
· Hanya diri sendiri boleh mengubah diri sendiri. Sematkan dalam diri
untuk lebih fokus.
Peptalk yang disampaikan oleh YDP
Murid dari kelas Nyatuh dan Meranti
Fokus pada matlamat
Disediakan oleh :
Pn. Nor
Azura binti Mohamad Asir
|
|||||
Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Taman Putra Perdana
Ahad, 26 JANUARI 2014: Program Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Taman Putra Perdana telah bermula seawal jam 7.30 pagi dan berakhir pada pukul 12.30 tengah hari. Ia adalah anjuran Persatuan Penduduk Taman Putra Perdana.
Program ini bertujuan untuk memberikan pendedahan dan penghayatan kepada penduduk sekitar tentang Rasulullah SAW. Seramai 85 orang murid dan 25 orang guru telah menyertai perarakan ini. Majlis telah dimulakan dengan perarakan disusuli dengan forum perdana dan seterusnya penyampaian sijil bagi tokoh murid cemerlang. Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana telah menghantar 2 wakil untuk tokoh murid cemerlang iaitu adik Aniq Iqbal bin Zulkarnain dan adik Nurul Nadia Zulaikha binti Zaina.
Berikut adalah gambar-gambar menarik sepanjang program ini dijalankan:
Antara murid lelaki yang menyertai perarakan
Antara murid perempuan yang menyertai perarakan
Berarak sambil Berselawat
Ketua kontijen Tuan Haji Ahmad Fuadi dan Ustaz Mahadir
Tokoh murid cemerlang lelaki 2014 (adik Aniq Iqbal bin Zulkarnain)
Tokoh murid cemerlang perempuan 2014 (adik Nurul Nadia Zulaikha binti Zaina)
Persembahan
Forum perdana
Terima kasih diucapakan kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.
Saturday, January 25, 2014
PROGRAM KEPIMPINAN PENGAWAS 2014
SABTU, 25 JANUARI 2014: Program Kepimpinan Pengawas telah berjaya dijalankan pada hari ini bermula seawal jam 7.30 pagi dan berakhir pada pukul 12.00 tengah hari. Ia adalah anjuran bersama Unit Bimbingan & Kaunseling dan Unit Disiplin, SKTPP.
Program ini bertujuan membentuk sahsiah dan ketrampilan pengawas Tahun 2 hingga 6 supaya mempunyai jati diri yang tinggi dalam menjalankan tugas dengan jujur, amanah, dedikasi dan penuh tanggungjawab. Jumlah pengawas yang hadir pada hari ini adalah seramai 101 orang daripada 119 orang.
Program ini dimulakan dengan ceramah yang bertajuk "Bidang Tugas dan Tanggungjawab Seorang Pengawas" oleh Puan Zaleha binti Ramdan Mohamed. Seterusnya peserta di bahagikan kepada beberapa kumpulan untuk aktiviti Latihan Dalam Kumpulan (LDK). Fasilitator-fasilitator LDK menerangkan tugas-tugas pengawas di stesen-stesen yang telah ditetapkan. Mereka adalah:
Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh YDP PIBG, Tuan Haji Khairul Azhar Sufian. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua AJK Pelaksana yang begitu komited menjalankan tugas. Syabas diucapkan kepada semua pengawas sekolah 2014 yang telah menghadiri program pada hari ini.

- Puan Azwani binti Noordin @ Mohd Noordin - tempat letak basikal
- Puan Yani binti Mohammad Sharif - tangga sekolah (UKM, USM, UUM, UPM)
- Puan Arnny Yusnita binti Md Enarji - kantin sekolah
- Encik Shahrizal bin Ya'am - pagar sekolah.
Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh YDP PIBG, Tuan Haji Khairul Azhar Sufian. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua AJK Pelaksana yang begitu komited menjalankan tugas. Syabas diucapkan kepada semua pengawas sekolah 2014 yang telah menghadiri program pada hari ini.
Berikut adalah gambar-gambar menarik sepanjang program ini dijalankan:
| Program Kepimpinan Pengawas 2014 |
| Murid membuat pendaftaran dengan Pn. Rozimah bt. Yaakub yang dibantu oleh 3 orang ahli PRS |
| Pengacara majlis, Pn. Nor Arzah bt. Hussin |
| Pn. Zaleha menyampaikan ceramah |
| Pn. Azwani menerangkan tugas pengawas di tempat letak basikal |
| En. Shahrizal menerangkan tugas pengawas di pintu pagar |
| Pn. Yani menerangkan tugas pengawas di tangga sekolah |
| Pn. Arnny Yusnita menerangkan tugas pengawas di kantin sekolah |
| Pengawas menikmati sarapan yang disediakan |
| Pengawas menikmati sarapan yang disediakan |
| Pn. Norazian menyampaikan ceramah |
| Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh YDP PIBG, Tuan Haji Khairul Azhar Sufian. |
| Penyampaian sijil penyertaan oleh Pn. Jamilah bt. Arifin, PK HEM kepada Ketua Pengawas sesi pagi, adik Aniq Iqbal |
| Penyampaian sijil penyertaan oleh Pn. Jamilah bt. Arifin, PK HEM kepada Ketua Pengawas sesi petang, adik Hurin Batrisyia Amani |
| Barisan pengawas sesi pagi yang hadir |
| Barisan pengawas sesi pagi dan petang yang hadir |
BENGKEL APLIKASI FROG VLE SIRI 1/2014
Satu Bengkel Aplikasi Frog VLE Siri 1/2014 telah diadakan pada 25 Januari 2014 di Makmal Komputer 1. Kumpulan sasaran untuk bengkel ini ialah guru baru. Namun guru-guru lama yang berminat turut menyertai bengkel ini. Bengkel ini bertujuan memahami penggunaan widget dalam aplikasi Frog VLE. Selain itu bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada guru cara membina bahan PDP dan mempertingkatkan kemahiran dalam aplikasi Frog VLE. Bengkel ini bermula pada 8:30 pagi dan berakhir pada 12:40 tengah hari.
Seramai 35 orang guru dan 6 orang fasilitator yang terlibat dalam bengkel ini. Semoga bengkel ini dapat memantapkan lagi kemahiran guru dalam menggunakan Frog VLE dan memastikan PdP yang dijalankan menggunakan Frog VLE lebih berkesan. Bengkel ini adalah bengkel yang pertama untuk tahun 2014 dan akan diadakan siri-siri seterusnya mengikut keperluan supaya pembudayaan Frog VLE di SKTPP lebih baik daripada tahun 2013.

| Guru-guru bersemangat memulakan bengkel |
![]() |
| Pn Arjunawati membantu guru-guru |
![]() |
| Guru-guru tekun mempelajari cara menggunakan Frog VLE |
![]() |
| Fasilitator yang bersedia membantu guru-guru |
![]() |
| Guru Besar En. Sukimin memberi taklimat kepada guru mengenai Google Drive |
Subscribe to:
Posts (Atom)