... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Monday, January 18, 2016

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-3 (Sesi Pagi)

GURU-GURU YANG BERTUGAS

Encik Ahmad Musrizuan bin Daud
Puan Jumilah binti Ahmad
Cik Nor Shuhada binti Mohd Noor
Puan Norliza binti Ali @ Yasim
Puan Norfauziaton binti Ali Mohamed
Puan Jamunarani a/p Bhoja Rajan
Puan Zailezah binti Sardi
Puan Norbaizura binti Nordin

LAPORAN / ULASAN

Nyanyian, bacaan doa dan ikrar
Nyanyian lagu Negaraku, lagu negeri Selangor dan lagu sekolah.
Bacaan doa oleh Nukman Haziq.
Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya dipimpin oleh Encik Musrizuan.
Bacaan Ikrar Murid dipimpin oleh Nisa Adriana.

Laporan / ulasan guru bertugas minggu lepas (Ustaz Mahadir bin Midun)

Murid-murid sentiasa berlari-lari  selepas waktu rehat terutamanya semasa berhimpun di Dewan Perdana, sebelum naik ke kelas. Murid-murid sepatutnya berbaris mengikut kelas masing-masing di tempat yang dikhaskan.
Ramai murid tidak  memakai pas keluar kelas semasa keluar dari kelas.  Murid-murid sepatutnya memakai pas keluar kelas semasa keluar dari kelas untuk menuju ke destinasi.

Ucapan guru bertugas

Memperkenalkan guru-guru bertugas pada minggu ini.
Tema minggu ini ialah Peraturan Sekolah.
Salah satu peraturan yang perlu diamalkan oleh murid-muird sekolah adalah tatacara menggunakan stor bilik sukan.
Pelajar-pelajar perlulah sentiasa menjaga kebersihan bilik sukan dan menjaga peralatan-peralatan  sukan.
Murid-murid  juga diingatkan mengikut peraturan-peraturan yang berikut:-
2/3 orang sahaja dibenarkan masuk dan ambil peralatan sukan di bilik sukan.
Tidak dibenarkan masuk tanpa arahan guru.
Peralatan yang digunakan perlu dicatatkan  dalam  buku catatan
Melaporkan kepada guru yang bertugas tentang peralatan yang dihilangkan
Tidak boleh bermain di dalam bilik sukan untuk mengelakkan daripada berlaku perkara yang tidak diingini.
Barisan Guru Bertugas Minggu Ke -3
Ucapan guru Penolong Kanan Kokurikulum

Puan Azizah binti Mokhlas telah mengingatkan kembali Program Sinergi Ilmu yang telah berlangsung pada hari Sabtu yang lepas.
Beliau telah menjemput murid-murid tahun 6 bersama ibu bapa mereka untuk hadir Program Perjumpaan Ibu Bapa Tahun 6 pada hari Sabtu  23 Januari 2016 akan datang.
Beliau juga menjemput semua murid Islam untuk ke Masjid Taman Putra Perdana untuk meraikan sambutan Maulidul Rasul pada hari Ahad 24 Januari 2016 akan datang ini.

Ucapan guru Besar

Puan Hajah Rohaidah telah menekankan penghafalan Visi dan Misi PPDa. Murid-murid dinasihati untuk menghafal Visi dan Misi PPDa.

Penyampaian Sijil Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber Sekolah

Puan Hajah Rohaidah telah menyampaikan watikah perlantikan kepada pengawas sekolah dan pengawas pusat sumber sekolah bagi tahun 2016. 
Seramai 71 orang pengawas sekolah sesi pagi telah menerima watikah perlantikan, Ketua pengawas bagi tahun 2016 ialah Asyraff Aqasha Bin Mohd Fadzir dan Penolong Ketua Pengawas ialah Nisa Adriana Binti Muhammed Irwan. Seramai 58 orang Pengawas Pusat Sumber menerima watikah perlantikan bagi tahun 2016.

Penyampaian Watikah kepada Pengawas Sekolah
Penyampaian Watikah kepada Pengawas Pusat Sumber Sekolah

Disediakan oleh , 
Pn. Jamunarani Bhojarajan

Jemputan ke Majlis Jalinan Kasih Bersama Guru dan Ibu Bapa Murid Tahun 6

Kepada,
Ibu Bapa / Penjaga,
Murid Tahun 6 2016

Majlis Jalinan Kasih Bersama Guru dan Ibu Bapa Murid Tahun 6 akan diadakan pada :

Tarikh      :      23 Januari 2016
Hari         :       Sabtu
Masa       :        8.00 - 12.30 tengah hari
Tempat    :       Dewan Perdana, SKTPP

Sehubungan dengan itu, semua ibu bapa / penjaga murid Tahun 6 dijemput hadir ke majlis tersebut. Kehadiran tuan/puan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.







Saturday, January 16, 2016

Program Sinergi Ilmu 2016


Alhamdulillah..hari ini SK Taman Putra Perdana dapat merealisasikan program yang dirancang khas untuk ibu bapa Tahun 1 dan ibu bapa murid LINUS Tahun 2 dan 3. Program Sinergi Ilmu 2016 adalah anjuran Unit Bimbingan & Kaunseling, Unit Pemulihan, Jawatankuasa LINUS, Panitia Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik. Program ini bertujuan memberi kesedaran kepada ibu bapa tentang kepentingan 4M iaitu Membaca, Menulis, Mengira & Menaakul bermula daripada Tahun 1 lagi.

Objektif Program Sinergi Ilmu

1. Memberi pendedahan cara bagaimana membantu anak-anak dengan kaedah yang betul.
2. Memberi kesedaran kepada ibu bapa tentang kepentingan 4M iaitu Membaca, Menulis, Mengira & Menaakul bermula daripada Tahun 1 lagi.
3. Memberi kesedaran tentang peranan dan tanggungjawab ibu bapa dalam mendidik anak-anak.

Gambar-gambar yang dirakamkan sepanjang program berlangsung:

Pendaftaran ibu bapa bermula pada pukul 8.00 pagi
Tahniah kepada para ibu bapa yang hadir bagi memeriahkan suasana Program Sinergi Ilmu. Jumlah kehadiran ibu bapa adalah seramai 112 orang daripada 363 orang.

Barisan tetamu kehormat mengambil tempat di Dewan Perdana
Baccan doa oleh Ustaz Muhammad Saiffol Bin Ngabiah
Guru Besar (Pn Rohaidah Binti Mohd Ali) menyampaikan ucapan 
Ucapan perasmian oleh Tn Hj Mutalib Bin Tomran (Timbalan PPD Sepang)
Perkongsian ilmu bersama ibu bapa oleh Tn Hj Khairul Azhar Bin Muhammad Suffian (YDP PIBG)
Penyampaian cenderahati kepada tetamu kehormat
Taklimat khas LINUS oleh cikgu Azura Farina Binti Abdullah
Galeri bersama penceramah 'Teknik Mudah Menguasai 4M' (Pn Nazratul Ain Binti Yaacob)

B

Disediakan oleh AJK Fotografi & Posting Blog:

Pn Juli & Pn Noriza




Friday, January 15, 2016

Program Transisi & Guru Penyayang 2016 (Siri 2)

Minggu Kedua Transisi
Tarikh  : 11 Januari - 15 Januari 2016
Hari      : Isnin - Jumaat

Program Transisi minggu kedua telah mendedahkan murid-murid kepada beberapa aktiviti seperti lawatan ke bilik-bilik khas, nyanyian lagu patriotik dan pengenalan beberapa lagu kanak-kanak serta aktiviti menulis, membaca, mengira serta mewarna.

Semua aktiviti yang dijalankan ini adalah dengan tujuan agar murid-murid merasa seronok untuk belajar dan gembira untuk hadir ke sekolah. Ia juga bertujuan agar murid-murid merasa selesa bergaul bersama kawan-kawan serta mesra dengan guru-guru. 

Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakamkan sepanjang aktiviti minggu kedua Program Transisi dijalankan.

 Aktiviti Bahasa Melayu di dalam kelas

 Cikgu Junaidi mengajar murid-murid menyanyi lagu patriotik

 Aktiviti senaman ringkas di Dewan Perdana sebelum memulakan pembelajaran di dalam kelas

 Lawatan ke bilik-bilik khas iaitu Makmal Sains, Makmal Komputer, Pusat Sumber, Kedai Buku Dan Bilik Guru

 Murid-murid menyanyikan lagu "Geylang Si Paku Geylang" bersama cikgu Nor Azlinda

 Guru-guru matapelajaran akhir setia menghantar dan menunggu murid-murid di gelanggang badminton berhampiran pagar B sebelum dijemput ibu bapa untuk pulang

 Aktiviti mewarna di dalam kelas pada hari terakhir Program Transisi

Bangga dengan hasil kerja sendiri. Buku Kerja Program Transisi Tahun 1  siri 2 dibenarkan untuk dibawa balik pada hari terakhir Program Transisi

Bacaan Yasin

Sebagaimana lazim, setiap pagi Jumaat yang mulia murid-murid dan guru-guru berhimpun di dataran perhimpunan atau dewan untuk sama-sama membaca Surah Yaasin. Alhamdulillah murid-murid begitu fokus dan lancar membaca yasin dengan dibimbing oleh ustaz-ustaz. Bahkan ada murid yang sangat khusyuk menghafaz surah yasin tersebut. Semoga murid-murid mendapat nur dari setiap kalimah yang dibaca...

 Perhimpunan diadakan di dewan perdana memandangkan tapak perhimpunan basah




Khusyuk menghafaz yasin

Thursday, January 14, 2016

Mesyuarat Agung KKGK

Alhamdulillah selesai sudah Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Kebajikan Guru dan Kakitangan (KKGK) SKTPP 2016. Terima kasih diucapkan kepada barisan kepimpinan KKGK sesi 2015 / 2016 yang diketuai oleh Pengerusi, En. Ahmad Junaidi bin Abdullah. Jasa-jasa kalian amat dihargai.
   Tahniah buat AJK baharu KKGK khususnya En. Mohd. Izwan bin Mohd. Jowahar selaku Pengerusi KKGK sesi 2016 / 2017. Semoga lebih banyak program dan aktiviti-aktiviti silaturrahim akan dijalankan dan kebajikan para guru / staf akan lebih terpelihara. Hanya Allah jua yang dapat membalas jasa baik dan pengorbanan yang dicurahkan. Semoga kerjasama baik yang diberi oleh ahli-ahli akan melancarkan lagi apa jua projek dan idea KKGK.
   Berikut senarai AJK KKGK 2016:
Pengerusi : En. Mohd. Izwan
Naib Pengerusi : En. Ahmad Musrizuan
Setiausaha : Pn. Nornadzirah
Naib Setiausaha : Pn. Norfauziaton
Bendahari : Pn. Junaidah
Naib Bendahari : Pn. Siti Rabiaah
AJK : En. Afandi
          En. Srimahathevan
          Pn. Jumilah
          En. Rusmami
          Pn. Norasmawati
          Pn. Rozimah
          Pn. Nurrulhuda Hasbullah
          Pn. Ummu Athiah
          Pn. Hanizawati
Juru Audit : Pn. Azwani

 Terima kasih banyak buat mantan pengerusi; En. Ahmad Junaidi

 Mantan Naib Pengerusi; Pn. Noor Hayati Yusof


 Hanya sijil penghargaan buat para AJK yang banyak berjasa

Ucapan penangguhan dan penyampaian amanat dari pengerusi baharu; En. Mohd. Izwan

Wednesday, January 13, 2016

PPD Turun Padang

Pagi ini Tuan PPD Sepang; Tn. Hj. Khairi bin Bidin bersama beberapa orang pegawai dari PPD Sepang telah datang ke sekolah melawat kesan-kesan ribut semalam. Turut berada di sekolah mengiringi team PPD tersebut ialah YDP PIBG; Tn. Hj. Khairul Azhar dan Naib YDP PIBG; Tengku Syawaludin. Terima kasih banyak atas keprihatinan tuan PPD. Pihak sekolah dan PIBG akan sama-sama berusaha untuk membaiki mana-mana kerosakan serius setakat yang mampu...













YDP dan NYDP PIBG sama-sama memberi penerangan kepada pasukan PPD



Blok kabin telah disita