GURU-GURU YANG BERTUGAS
Encik Ahmad Musrizuan bin Daud
Puan Jumilah binti Ahmad
Cik Nor Shuhada binti Mohd Noor
Puan Norliza binti Ali @ Yasim
Puan Norfauziaton binti Ali Mohamed
Puan Jamunarani a/p Bhoja Rajan
Puan Zailezah binti Sardi
Puan Norbaizura binti Nordin
LAPORAN / ULASAN
Nyanyian, bacaan doa dan ikrar
Nyanyian lagu
Negaraku, lagu negeri Selangor dan lagu sekolah.
Bacaan doa oleh
Nukman Haziq.
Bacaan Ikrar
Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya dipimpin oleh Encik Musrizuan.
Bacaan Ikrar Murid
dipimpin oleh Nisa Adriana.
Laporan / ulasan guru bertugas minggu
lepas (Ustaz Mahadir bin Midun)
Murid-murid
sentiasa berlari-lari selepas waktu
rehat terutamanya semasa berhimpun di Dewan Perdana, sebelum naik ke kelas.
Murid-murid sepatutnya berbaris mengikut kelas masing-masing di tempat yang
dikhaskan.
Ramai
murid tidak memakai pas keluar kelas
semasa keluar dari kelas. Murid-murid
sepatutnya memakai pas keluar kelas semasa keluar dari kelas untuk menuju ke
destinasi.
Ucapan guru bertugas
Memperkenalkan
guru-guru bertugas pada minggu ini.
Tema
minggu ini ialah Peraturan Sekolah.
Salah satu
peraturan yang perlu diamalkan oleh murid-muird sekolah adalah tatacara menggunakan stor bilik sukan.
Pelajar-pelajar
perlulah sentiasa menjaga kebersihan bilik sukan dan menjaga peralatan-peralatan sukan.
Murid-murid juga diingatkan mengikut peraturan-peraturan
yang berikut:-
2/3 orang sahaja
dibenarkan masuk dan ambil peralatan sukan di bilik sukan.
Tidak dibenarkan
masuk tanpa arahan guru.
Peralatan yang
digunakan perlu dicatatkan dalam buku catatan
Melaporkan
kepada guru yang bertugas tentang peralatan yang dihilangkan
Tidak boleh bermain
di dalam bilik sukan untuk mengelakkan daripada berlaku perkara yang tidak
diingini.
Barisan Guru Bertugas Minggu Ke -3 |
Ucapan guru Penolong Kanan Kokurikulum
Puan Azizah
binti Mokhlas telah mengingatkan kembali Program Sinergi Ilmu yang telah
berlangsung pada hari Sabtu yang lepas.
Beliau telah
menjemput murid-murid tahun 6 bersama ibu bapa mereka untuk hadir Program
Perjumpaan Ibu Bapa Tahun 6 pada hari Sabtu
23 Januari 2016 akan datang.
Beliau juga
menjemput semua murid Islam untuk ke Masjid Taman Putra Perdana untuk meraikan sambutan Maulidul Rasul pada hari Ahad 24 Januari 2016 akan datang ini.
Ucapan guru Besar
Puan Hajah
Rohaidah telah menekankan penghafalan Visi dan Misi PPDa. Murid-murid
dinasihati untuk menghafal Visi dan Misi PPDa.
Penyampaian Sijil Watikah Pelantikan
Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber Sekolah
Puan Hajah
Rohaidah telah menyampaikan watikah perlantikan kepada pengawas sekolah dan pengawas
pusat sumber sekolah bagi tahun 2016.
Seramai 71 orang pengawas sekolah sesi pagi telah menerima watikah perlantikan, Ketua pengawas bagi tahun 2016 ialah Asyraff Aqasha Bin Mohd Fadzir dan Penolong Ketua Pengawas ialah Nisa Adriana Binti Muhammed Irwan. Seramai 58 orang Pengawas Pusat Sumber menerima watikah perlantikan bagi tahun 2016.
Seramai 71 orang pengawas sekolah sesi pagi telah menerima watikah perlantikan, Ketua pengawas bagi tahun 2016 ialah Asyraff Aqasha Bin Mohd Fadzir dan Penolong Ketua Pengawas ialah Nisa Adriana Binti Muhammed Irwan. Seramai 58 orang Pengawas Pusat Sumber menerima watikah perlantikan bagi tahun 2016.
Penyampaian Watikah kepada Pengawas Sekolah |
Penyampaian Watikah kepada Pengawas Pusat Sumber Sekolah |
Disediakan oleh ,
Pn. Jamunarani Bhojarajan
No comments:
Post a Comment