Pada hari Sabtu, 26 Mac 2016 telah diadakan Kem Cemerlang Jawi bertemakan Ke Arah Bitara Jawi yang mana sasarannya ialah kepada murid-murid yang lemah jawi yang terdiri daripada murid tahun 2, 3, 4 dan 5. Jumlah kehadiran peserta ialah 174 orang manakala guru pembimbing pula seramai 21 orang.
Peserta telah didedahkan dengan beberapa pengisian yang sangat membina keupayaan murid untuk mempertingkatkan lagi penulisan jawi. Antara pengisiannya ialah mengenal huruf tunggal, membaca sukukata terbuka ( Vokal A - U ) ( Vokal O, I ) ( Vokal E Taling , E Pepet )
Berikut merupakan beberapa gambar sepanjang perjalanan program Kem Cemerlang Jawi tersebut..
Sesi pendaftaran bermula seawal jam 7.30 pagi
Guru pembimbing memulakan aktiviti bersama murid
Sesi penerangan
Latihan dalam kumpulan
Peserta tekun melakukan latihan tubi
Tamat program Cemerlang Jawi dan peserta tetap setia dengan simbol SKTPP BENCI DARVIH
Semoga dengan adanya Kem Cemerlang Jawi ini dapatlah mempertingkatkan lagi kelemahan murid dan menjadikan pelajaran Jawi sesuatu pelajaran yang sangat digemari oleh setiap orang murid sekolah.
Disediakan Oleh: Hasliza Hayyan
Saturday, March 26, 2016
Bengkel Teknik Menjawab Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris 2016
Unit
Gemilang UPSR 2016 dengan kerjasama
Panitia Bahasa Melayu dan Panitia Bahasa Inggeris telah berjaya mengadakan
Bengkel Teknik Menjawab bagi mengisi slot kelas tambahan pada hari Sabtu 26 Mac
2016.
Objektif
pelaksanaan program :
- Mendedahkan
murid-murid teknik menjawab soalan UPSR mengikut format terkini.
- Memberikan panduan menjawab soalan semasa menduduki UPSR nanti.
Program ini dijalankan di Dewan Perdana
dan Makmal Komputer 2.
Semua murid tahun 6 terlibat, dibahagikan
kepada 2 kumpulan :
Kumpulan 1 terdiri daripada murid
kelas Zeta, Theta dan Sigma
Kumpulan 2 terdiri daripada murid kelas
Omega, Lambda, Gamma, Delta, Beta dan Alfa
Dua orang
penceramah yang berpengalaman dalam bidang penggubalan soalan dan penandaan
kertas telah dijemput untuk mengendalikan program ini.
Penceramah
Bahasa Melayu: En. Shahidan bin Saad (Makmal Komputer 2)
Penceramah
Bahasa Inggeris : En. Nazri bin Samsudin (Dewan Perdana )
Murid-murid telah dibekalkan dengan
modul bengkel yang disediakan oleh
penceramah-penceramah jemputan. Modul ini akan dapat membantu murid-murid
semasa pengendalian bengkel agar mereka dapat memberi lebih tumpuan terutama
isi kandungan yang disampaikan oleh penceramah.
Guru-guru matapelajaran juga tidak melepaskan peluang untuk sama-sama belajar bagi meningkatkan lagi kemahiran serta pengetahuan berdasarkan format terkini kertas soalan UPSR.
Diharapkan dengan adanya bengkel seperti ini murid-murid dapat mengaplikasikan segala
teknik yang telah disampaikan oleh penceramah semasa sesi pembelajaran di dalam
kelas dan seterusnya ketika menduduki UPSR nanti.
Thursday, March 24, 2016
Latihan Bola Sepak Bersama Coach Amar
Terima kasih banyak buat coach Amar dari Cluster 3 yang sudi turun padang pagi-pagi membimbing dan memberi latihan kepada pasukan bola sepak sekolah sebagai pesediaan menghadapi pertandingan MSSD Sepang yang akan diadakan pada bulan April 2016 ini. Semoga usaha yang berterusan ini akan membuahkan hasil yang kita harapkan..
Ceramah dan Pameran Antidadah
Pada 24 Mac 2016, SK Taman Putra Perdana dengan kerjasama dari pihak Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) telah menganjurkan satu program yang berkaitan dengan penyalahgunaan dadah. Program ini melibatkan ceramah dan juga pameran. Ceramah yang penuh informasi telah disampaikan oleh pegawai dari AADK Daerah Sepang iaitu Cik CT Ashlida (sesi pagi) dan Encik Muhammad Firdaus (sesi petang) khusus untuk murid tahun 5 dan tahun 3.
Manakala murid-murid tahun 1, 2, 4, 6, prasekolah dan PPKI telah diberi peluang untuk melawat pameran dalam Bas Pameran Antidadah Kebangsaan. Melaui pameran ini, murid-murid dapat melihat sendiri maklumat dan gambar-gambar tentang jenis-jenis dadah dan kesan akibat penyalahgunaan dadah.
Program ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan pemahaman dan pengetahuan dalam kalangan murid berkaitan bahaya penyalahgunaan dadah. Selain itu, ia juga dapat menimbulkan kesedaran dalam kalangan murid-murid daripada melakukan akitiviti yang boleh menjerumus kepada penyalahgunaan dadah.
Berikut dilampirkan gambar-gambar sepanjang program ini berlangsung.

Disediakan oleh :
Nurazlin bt. Mat Nor
Lagi laporan Ceramah dan Pameran Antidadah dalam blog PPDa SKTPP di sini.
Wednesday, March 23, 2016
Program Jaulah Imtiyaz 2 / 2016
Alhamdulillah.... sudah menjadi tradisi tahunan, Panitia B. Arab berbesar hati menganjurkan Program Jaulah Imtiyaz.
Jaulah Bermaksud Kembara atau
Bersiar- siar atau Lawatan.
Imtiyaz pula membawa maksud Murid
Cemerlang.
Jaulah Imtiyaz bermaksud Kembara
Murid Cemerlang Bahasa Arab.
Panitia B. Arab telah memilih murid-murid cemerlang B. Arab berdasarkan markah dalam peperiksaan Akhir Tahun
2015. Ianya sebagai ganjaran dan hadiah galakan bagi murid-murid cemerlang
dalam B. Arab seterusnya menjadi inspirasi kepada murid- murid lain untuk lebih
cemerlang dalam penguasaan bahasa Arab.
Program Jaulah
Imtiyaz Siri 1 telah diadakan pada tahun 2015 dengan penyertaan murid-
murid Tahap 2 sahaja. Bagi memberi peluang dan pendedahan murid tahap 1, pada
tahun ini Jaulah Imtiyaz Siri 2 mengambil penyertaan murid tahap 1 dan 2.
Program Jaulah Imtiyaz 3 ini diadakan pada 23 Mac 2016. Tempat- tempat yang dilawati iaitu:
Pertama : Melawat Istana Negara, (Muzium Diraja) Kuala Lumpur.
Kedua : Melawat Taman Burung, K. Lumpur.
Ketiga : Lawatan dan makan tengah hari ditaja
oleh pihak Masjid Negara.
Keempat : Lawatan dan aktiviti
explorace di Muzium Kesenian Islam K. Lumpur.
Kelima : Membeli
belah di Beryl’s Chocolate Wonderland, Seri Kembangan.
![]() |
| Santai..peserta Jaulah Imtiyaz 2, di Taman Burung K. Lumpur |
![]() |
| Yeah...Peserta Jaulah Imtiyaz 2.. Kami Benci DARVIH |
![]() |
| Mengintai si burung hantu |
![]() |
| Ceria.. di Taman Burung |
![]() |
| Bacaan doa.. sebelum bertolak ke tempat- tempat lawatan |
![]() |
| Puashati.. berjalan sampai letih di taman Burung |
![]() |
| Menarik.. penerangan tentang artifak di Muzium Kesenian Islam |
![]() |
| Teruja.. melihat sendiri kediaman dan cara hidup Raja di Istana |
![]() |
| Ustaz Zuril sentiasa memantau disiplin dan memberi taklimat |
![]() |
| Di Masjid Negara |
![]() |
| Membeli- belah coklat di Beryl's Chocolate Wonderland |
![]() |
| Makan tengah hari tajaan Masjid Negara. Terima kasih... |
Tahniah kepada murid-murid yang
terpilih.
Semoga berjumpa lagi dalam Jaulah Imtiyaz 3 akan datang.. In Sha Allah.
Disediakan oleh,
Ustazah Norziani Zubir
Tuesday, March 22, 2016
Tahniah SKTPP Johan Bilik Sumber PPDa Negeri Selangor 2015/2016!
Alhamdulillah syukur akhirnya SKTPP dinobatkan sebagai Johan dalam Pertandingan Bilik Sumber PPDa peringkat Negeri Selangor 2015 / 2016. Keputusan tersebut diperolehi semasa Majlis Anugerah PPDa peringkat Negeri Selangor pada 22 Mac 2016 di Management and Science University (MSU), Shah Alam. Majlis yang gilang-gemilang lagi berprestij itu telah dirasmikan oleh Tuan Pengarah JPN Selangor; Tuan Zainuren bin Hj. Mohd. Nor.
Tahniah buat semua murid, guru, kakitangan, ibu bapa, PIBG dan seluruh warga sekolah serta komuniti setempat atas kejayaan ini. Sesungguhnya kejayaan ini adalah hasil kerjasama padu dari semua pihak yang tekun dan bersatu hati melaksanakan program dan pdp demi merealisasikan visi dan misi PPDa. Terima kasih buat para hakim yang telah nampak akan usaha kita dalam membanteras dadah serta menghebahkan maklumat bahaya DARVIH ini secara bersepadu dan berterusan.
Sesungguhnya komitmen dalam PPDa ini telah memberikan impak kepada bidang akademik dengan pencapaian terbaik SKTPP dalam UPSR 2015 dan kokurikulum terutama dalam Kejohanan MSSD 2016. Ini membuktikan kerjabuat para guru, murid-murid dan warga sekolah dalam menjayakan PPDa selama ini tidaklah sia-sia bahkan sangat positif dalam membentuk generasi yang cemerlang serta bebas dadah.
Insya Allah dengan kejayaan selaku Johan Negeri ini, SKTPP akan mewakili Negeri Selangor dalam Pertandingan Bilik Sumber PPDa Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan pada bulan Mac 2017 tahun depan. Sama-samalah kita berusaha dengan melipatganda dan menambahbaikkan lagi program, kesan halo, pdp dan kualiti Sahabat PPDa kita agar bertaraf nasional. Semoga kita akan beroleh kejayaan di peringkat kebangsaan kelak. Aamiinnn....
(Lagi laporan kejayaan tersebut dalam blog PPDa SKTPP di sini dan blog Guru Besar di sini)
Gambar-gambar suasana semasa Majlis Anugerah PPDa peringkat Negeri Selangor 2015 / 2016...

Guru Besar bersama pegawai PPDa JPS dan PPD yang banyak memberi bimbingan sehingga kita sampai ke tahap ini. Terima kasih tuan!
Subscribe to:
Posts (Atom)