Jaulah Bermaksud Kembara atau
Bersiar- siar atau Lawatan.
Imtiyaz pula membawa maksud Murid
Cemerlang.
Jaulah Imtiyaz bermaksud Kembara
Murid Cemerlang Bahasa Arab.
Panitia B. Arab telah memilih murid-murid cemerlang B. Arab berdasarkan markah dalam peperiksaan Akhir Tahun
2015. Ianya sebagai ganjaran dan hadiah galakan bagi murid-murid cemerlang
dalam B. Arab seterusnya menjadi inspirasi kepada murid- murid lain untuk lebih
cemerlang dalam penguasaan bahasa Arab.
Program Jaulah
Imtiyaz Siri 1 telah diadakan pada tahun 2015 dengan penyertaan murid-
murid Tahap 2 sahaja. Bagi memberi peluang dan pendedahan murid tahap 1, pada
tahun ini Jaulah Imtiyaz Siri 2 mengambil penyertaan murid tahap 1 dan 2.
Program Jaulah Imtiyaz 3 ini diadakan pada 23 Mac 2016. Tempat- tempat yang dilawati iaitu:
Pertama : Melawat Istana Negara, (Muzium Diraja) Kuala Lumpur.
Kedua : Melawat Taman Burung, K. Lumpur.
Ketiga : Lawatan dan makan tengah hari ditaja
oleh pihak Masjid Negara.
Keempat : Lawatan dan aktiviti
explorace di Muzium Kesenian Islam K. Lumpur.
Kelima : Membeli
belah di Beryl’s Chocolate Wonderland, Seri Kembangan.
![]() |
| Santai..peserta Jaulah Imtiyaz 2, di Taman Burung K. Lumpur |
![]() |
| Yeah...Peserta Jaulah Imtiyaz 2.. Kami Benci DARVIH |
![]() |
| Mengintai si burung hantu |
![]() |
| Ceria.. di Taman Burung |
![]() |
| Bacaan doa.. sebelum bertolak ke tempat- tempat lawatan |
![]() |
| Puashati.. berjalan sampai letih di taman Burung |
![]() |
| Menarik.. penerangan tentang artifak di Muzium Kesenian Islam |
![]() |
| Teruja.. melihat sendiri kediaman dan cara hidup Raja di Istana |
![]() |
| Ustaz Zuril sentiasa memantau disiplin dan memberi taklimat |
![]() |
| Di Masjid Negara |
![]() |
| Membeli- belah coklat di Beryl's Chocolate Wonderland |
![]() |
| Makan tengah hari tajaan Masjid Negara. Terima kasih... |
Tahniah kepada murid-murid yang
terpilih.
Semoga berjumpa lagi dalam Jaulah Imtiyaz 3 akan datang.. In Sha Allah.
Disediakan oleh,
Ustazah Norziani Zubir

















No comments:
Post a Comment