... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Thursday, October 8, 2020

GG Stay At Home Challenge Persatuan Pandu Puteri Peringkat Kebangsaan

    Persatuan Pandu Puteri Malaysia telah mengambil inisiatif menghasilkan satu Pek Aktiviti "Stay At Home Challenge". Ahli-ahli Pandu Puteri di setiap peringkat adalah digalakkan untuk melalui cabaran-caraban yang disediakan dalam Pek Aktiviti tersebut untuk memperolehi Stay At Home Challenge Patch". Lencana ini akan diambil kira sebagai penyertaan aktivti peringkat kebangsaan bagi Buku Log Peribadi ahli-ahli Pandu Puteri terutama bagi calon yang mengambil ujian Anugerah Pandu Puteri Raja, Anugerah Pandu Puteri Remaja dan Anugerah Tunas Harapan Ketua Pesuruhjaya.  

        Sijil penyertaan peringkat kebangsaan dan Lencana "Stay At Home Challenge" akan dikeluarkan bagi mereka yang berjaya melalui cabaran-cabaran Pek Aktiviti "Stay At Home' sambil berada di rumah.

 
        Pek ini akan dilancarkan oleh Timbalan Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia, DYAM Raja Puan Muda Perak Tunku Soraya binti Al-marhum Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah pada 7 April 2020, jam 3.00 petang di Facebook live, @panduputerimalaysia  dan berakhir pada 30 Jun 2020.

Seramai 9 orang murid Persatuan Pandu Puteri Tunas SK Taman Putra Perdana telah mengambil bahagian dalam aktiviti cabaran ini. 2 daripadanya mencapai Top Challenger  mendapat sijil pencapaian kebangsaan serta lencana dan selebihnya mendapat sijil penyertaan kebangsaan dan lencana. Terima kasih kepada pihak sekolah dan ibu bapa yang memberi kerjasama menjayakan cabaran ini di musim PKP. 



Antara gambar aktiviti yang telah dilakukan oleh murid-murid




Tuesday, October 6, 2020

Laporan Mingguan Persekolahan Minggu Ke-38 (Sesi Pagi)

Tarikh: 5 Oktober 2020 hingga 9 Oktober 2020

Hari: Isnin hingga Jumaat

Masa

7.30 pagi hingga 12.30 pagi (Isnin hingga Khamis)

7.30 pagi hingga 11.50 pagi (Jumaat)

Senarai Nama Guru Bertugas:

Kumpulan A

1. Cik Roslinda binti Mansor (K)

2. Pn Astina binti Mahad Nor (P)

3. Pn Roseniza binti Setapa

4. Pn Juli binti Mahbah

5. Pn Norinna binti Mohamed

6. Pn W.Rosmawati binti W.Ibrahim

7. Pn Nik Kamisah binti Mohd Aziz

8. En Zurilazman bin Abdullah

9. En Mohd Ishak Shairazi bin Mohd Sauzi

10. Pn Rosmawati binti Md Desa

Alhamdulillah.., sesi persekolahan minggu ke-38 masih diteruskan walaupun berlakunya peningkatan bilangan kes baharu COVID-19 di Malaysia. Semua warga SK Taman Putra Perdana sentiasa akur dengan Standard Operation Procedure (SOP) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan kawalan kendiri yang tinggi. Para guru sentiasa mengingatkan murid-murid supaya menjaga penjarakan fizikal, pakai pelitup muka dengan betul dan patuhi SOP agar semuanya terhindar dari jangkitan COVID-19. 

Guru bertugas mengalu-alukan kehadiran dan mengambil suhu murid

Pengawal mengambil bacaan suhu guru

Murid-murid mencuci tangan sebaik sahaja masuk ke sekolah

Semua guru menulis bacaan suhu di kad kehadiran

Guru bertugas bersama PRS mengumandangkan bacaan alunan zikir 

Semua murid sentiasa menjaga penjarakan fizikal

Suasana di dalam kelas

Suasana ketika membeli makanan pada waktu rehat

Suasana di dalam kelas ketika waktu rehat

Semua murid akur dengan SOP waktu balik sekolah 

Friday, October 2, 2020

Laporan Bertugas Persekolahan Minggu ke-37 (Sesi Petang)

Tarikh : 28 September hingga 2 Oktober 2020

Hari  : Isnin - Jumaat
Masa : 1:00 petang - 6:00 petang
 
Senarai Guru Bertugas:

Mohamad Hasbullah bin Zainal Abidin
Rozimah binti Yaakob
Hastipa @ Zaiton binti Mat Daud
Ummu A'thiah binti Haji Hashim
Noor Azlinda binti Kasmin 
Norazmira binti Kadirun
Nornadzirah binti Abdul Rahim
Nur Affiqah binti Ahmad Subian
Roslelawati binti Ibrahim
Ranjiny a/p Rajah
Suziana binti Makhtar

Sesi persekolahan pada minggu ini berjalan lancar. Murid-murid dan ibu bapa sudah mula selesa dengan sesi persekolahan kebiasaan baharu ini. Walaupun begitu, semua warga SK Taman Putra Perdana tetap sentiasa mengamalkan norma baharu selaras  dengan Standard Operation Procedure (SOP) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Murid-murid sentiasa diingatkan oleh guru supaya menjaga penjarakan fizikal, memakai pelitup muka dengan betul dan menjaga kebersihan diri agar semuanya terhindar dari jangkitan COVID-19. 

Berikut dikongsikan gambar-gambar sepanjang tempoh persekolahan sesi petang pada minggu ini.

Guru bertugas sentiasa mengambil suhu murid di pintu masuk

Guru bertugas membantu mencatat suhu murid yang berkemungkinan lupa

Murid-murid juga sentiasa diingatkan untuk membasuh tangan sebelum masuk ke kelas

Rutin biasa yang agak sibuk di pintu pagar B

Pelaksanaan Aktiviti Kokurikulum

Pelaksanaan aktiviti kokurikulum yang pertama selepas PKP telah bermula pada minggu ini, iaitu pada hari Rabu (30 September 2020). Murid-murid Tahun 3 dikecualikan dari aktiviti kokurikulum sepanjang tahun ini. Namun guru-guru sesi petang perlu hadir bertugas untuk aktiviti kokurikulum membantu guru-guru sesi  pagi bermula pukul 12.30 tengah hari hingga 1.20 petang.

Guru-guru bertugas mingguan dikecualikan dari aktiviti kokurikulum. Mereka menjalankan tugas untuk mengambil suhu murid dan mengawasi murid sesi petang yang hadir awal di setiap tingkat Tahun 1, 2 dan 3.  
Murid-murid sesi petang yang hadir awal berada di kelas-kelas dengan pengawasan guru bertugas dan ketua guru disiplin sesi petang iaitu Ustaz Saiffol.

Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Persembahan Pantun Minda Sihat

Satu majlis ringkas penyampaian hadiah untuk Pertandingan Persembahan Pantun Minda Sihat Tahun 1 dan 2 telah diadakan di Bilik Bimbingan & Kaunseling pada hari Khamis (1 Oktober 2020). Hadiah kepada semua peserta telah disampaikan oleh Pn Hajjah Rohaidah binti Mohd Ali (Guru Besar SKTPP). Beliau diiringi oleh Penolong Kanan Petang (Pn Jumilah binti Ahmad) sepanjang majlis ini berlangsung.

Pemenang dan peserta Pantun Tahun 1
Pemenang dan peserta Tahun 2

Semoga semua warga SKTPP sentiasa terpelihara daripada sebarang musibah dan dapat meneruskan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam suasana yang ceria dan sejahtera.  

Program Minda Sihat: Pertandingan Video Kreatif

Pertandingan Video Kreatif bertemakan Aktiviti Gaya Hidup Sihat anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Pertandingan ini merupakan salah satu aktiviti dalam Program Minda Sihat. Sasaran pertandingan adalah kepada semua murid Tahun 4, 5 dan 6. Tarikh penyertaan pertandingan ini telah bermula pada 3 September 2020 dan tarikh tutup pada 23 September 2020. Tujuan pertandingan ini adalah untuk mencungkil kreativiti murid-murid dalam meningkatkan asertif diri ke arah pembangunan sahsiah terbilang murid.

Majlis ringkas penyampaian hadiah dan sijil kepada para pemenang telah diadakan pada 2 Oktober 2020 di Dataran Perhimpunan SK Taman Putra Perdana. Hadiah dan sijil telah disampaikan oleh Puan Hajjah Rohaidah binti Mohd Ali, Guru Besar SK Taman Putra Perdana. Tahniah. Syabas diucapkan kepada para pemenang. 

Senarai Nama Pemenang Pertandingan Video Kreatif:-

Tempat pertama: Muhammad Naqib Luqman bin Muhammad Nasir, 6 Engineer

Tempat kedua: Ayuni  Maisarah binti Azman, 4 Ibnu Batutta

Tempat ketiga: Muhammad Nashruamsyar bin Sa'ari, 4 Ibnu Khaldun

Saguhati: Nurmawaddah binti Abdul Aziz, 6 Accountant

Saguhati: Muhammad Abdul Muhaimin bin Abdul Aziz, 4 Al Khawarizmi

Saguhati: Rayhan Sathees, 6 Engineer

Berikut merupakan gambar-gambar semasa majlis penyampaian hadiah kepada pemenang:

Tempat ke-2

Tempat ke-3

Saguhati

Saguhati

Tahniah kepada semua pemenang

Bergambar kenangan bersama guru besar, guru kaunseling dan para pemenang

Video-video yang telah dipilih oleh pihak juri:






Laporan Bertugas Persekolahan Minggu ke-37 (Sesi Pagi)

Tarikh: 28 September hingga 2 Oktober 2020
Hari: Isnin - Jumaat
Nama Kumpulan: Kumpulan F

Senarai nama guru bertugas Kumpulan F

1. Noor Hanawati Alinda bt Abd Talib Puruji (K)
2. Hafiz bin Md Noor (P)
3. Nurulhuda binti Hasbullah
4. Noorayuni binti Ab Fatah
5. Norbaizura binti Nordin
6. Fatin Huzaikka binti Abdul Aziz
7. Siti Rabiaah binti Mohammad
8. Ahmad Zunaidi bin Jinalabin
9. Muhd Rusydan bin Ismail

Laporan Bertugas:

Sesi persekolahan berjalan lancar mengikut peraturan yang ditetapkan. Terima kasih kepada guru bertugas dan ibu bapa yang kekal mematuhi peraturan dan SOP yang ditetapkan.

Antara gambar sepanjang minggu bertugas: 
 
Rutin harian biasa semasa hadir ke sekolah, murid-murid perlu beratur untuk
diambil suhu kemudian membasuh tangan sebelum bergerak ke kelas.

Pada waktu rehat, bagi murid-murid yang tidak membawa bekal makanan, mereka akan membeli makanan di kantin dan beratur mengikut kelas dengan mengekalkan jarak mengikut SOP yang telah ditetapkan.

Manakala pada waktu pulang dari sekolah, murid-murid akan beratur mengikut kelas dengan mengekalkan jarak dan keluar ke pagar A dan pagar B untuk menunggu ibu bapa.



Pelaksanaan Aktiviti Kokurikulum
 
Merujuk dokumen Garis Panduan Pelaksanaan Aktiviti Sukan dan Kokurikulum oleh KPM, pelaksanaan aktiviti kokurikulum dan sukan adalah dibenarkan dengan mengambil kira penjarakan fizikal, kebersihan dan keselamatan.

Oleh itu, aktiviti kokurikulum peringkat sekolah telah bermula pada minggu ini pada hari Rabu 30 September 2020 iaitu Kelab / Persatuan dan Sukan Permainan. Aktiviti kokurikulum dijalankan secara bergiliran setiap minggu mengikut tahun. Murid Tahun 3 dikecualikan daripada aktiviti kokurikulum sehingga akhir tahun ini. Pada minggu ini, aktiviti kokurikulum dijalankan kepada murid Tahun 6 manakala murid Tahun 5 dan Tahun 4 menjalankan aktiviti secara tidak bersemuka.

Aktiviti Secara Tidak Bersemuka
Bermaksud murid perlu membuat Kerja Kursus mengikut unit masing-masing. Kerja Kursus ini boleh disiapkan di rumah semasa waktu kokurikulum ketika Aktiviti Tidak Bersemuka.
 
Antara gambar yang diperolehi sepanjang aktiviti yang dijalankan bagi murid Tahun 6 secara bersemuka:
 
Antara aktiviti Kelab dan Persatuan yang dijalankan mengikut kelab dan persatuan
masing-masing.

Antara aktiviti Sukan dan Permainan yang dijalankan semasa waktu kokurikulum.

Ustaz Zurilazman dan Cikgu Rusydan menunjukkan cara penggunaan alatan semasa
aktiviti Sukan dan Permainan dijalankan. Manakala seorang murid menunjukkan
tunjuk cara bermain badminton dengan betul.


Kem Bestari Solat

Kem Bestari Solat sesi pagi telah dijalankan oleh Panitia Pendidikan Islam pada 2 Oktober 2020 (Jumaat) bertempat di kelas masing-masing. Semua guru Islam menjadi Mentor / Fasilitator. Aktiviti yang dilaksanakan untuk memastikan murid dapat menunaikan solat dengan sempurna dari segi bacaan dan perbuatan. Terima kasih kepada semua guru SKTPP yang telah menjayakan Kem Bestari Solat pada hari ini. Sesungguhnya solat membentuk peribadi unggul setiap individu.

Antara gambar yang sempat dirakam sepanjang aktiviti dijalankan.
 
Ustaz Zubair memberi penerangan sebelum menyemak bacaan dan tertib solat 
setiap anak murid.

Murid-murid diberi makanan percuma pada hari ini dan makan di kelas
masing-masing sambil dipantau oleh guru.

Seorang murid dipilih sebagai Murid Terbaik dari segi bacaan / kelancaran bacaan solat
dan sahsiah terpuji setiap kelas. Hadiah disampaikan oleh Puan Guru Besar di setiap kelas.

Semoga anak-anak kekal istiqamah dan ikhlas dalam menunaikan solat serta terhindar daripada amalan yang keji. Mahfum hadis; "Sesungguhnya Solat itu mencegah kemungkaran".

Kem Bestari Solat 2020 (Sesi Pagi)

Kem Bestari Solat adalah salah satu model di dalam komponen model-model program j-QAF yang mesti dilaksanakan. Kem Bestari Solat yang sebelum ini dilaksanakan sebanyak empat kali setahun telah diubah kepada dua kali setahun bermula tahun 2015. Ia merupakan aktiviti ko-akademik untuk memastikan murid dapat menunaikan solat dengan sempurna dari segi bacaan, perbuatan, ilmu pengetahuan dan penghayatan. Kem Bestari Solat adalah aktiviti yang dilaksanakan bagi memastikan murid dapat menunaikan solat dengan sempurna dari segi bacaan dan perbuatan. Aktiviti ini dilaksanakan secara intensif di satu tempat khas mengikut kesesuaian sesebuah sekolah.

Sesuai dengan saranan program j-QAF yang diperkenalkan hasil cetusan idea daripada Y.A.B Perdana Menteri Malaysia ketika itu iaitu Dato’ Seri Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi, program ini turut dilaksanakan di sekolah ini. Program ini telah dijalankan pada ketetapan yang berikut:

Tarikh    : 2 Oktober 2020

Hari        : Jumaat

Masa      : 8.00 pagi hingga 11.30 pagi

Tempat  : Bilik darjah masing-masing

Objektif penganjuran program ini adalah:

  1. Murid-murid dapat menghafaz bacaan dan mempelajari amali solat dengan sempurna mengikut langkah-langkah yang tersusun dan teratur mengikut silibus yang telah ditetapkan KPM.
  2. Murid-murid dapat mempelajari cara berwuduk dengan betul dan dapat memperbaiki secara langsung kesilapan-kesilapan di dalam amali dengan bimbingan fasilitator.
  3. Murid-murid akan mempunyai masa yang khusus untuk mendalami dan menghayati kewajipan dan kefardhuan solat dalam setiap individu muslim untuk dipraktikkan dalam kehidupan seharian.





Guru-guru memakai cenderahati "button badge" Kem Bestari Solat sebagai tanda sokongan kepada program yang dijalankan.



Murid-murid turut memakai "button badge" yang diberikan.

Hadiah Pelajar Terbaik yang disediakan bagi setiap kelas

Guru Besar, Puan Hajah Rohaidah Binti Mohd Ali turut sama menjayakan program pada hari ini.

Murid-murid sedang mendengar penerangan daripada guru.

Program Kem Bestari Sekolah ini telah bermula selepas selesai bacaan yaasin. Semua guru beragama islam menjadi pembimbing / fasilitator kepada murid-murid di dalam kelas bagi memantapkan lagi pengetahuan dalam kefardhuan solat serta kepentingannya dalam kehidupan seharian. Sebagai permulaan, guru-guru telah memberikan penerangan tentang solat kepada murid-murid.


Ustaz Ahmad Zubair sedang memberikan penerangan kepada murid 6 Lawyer.

Puan Mazzaini sedang memberikan penerangan kepada murid 5 Cerdik

Murid melakukan amali solat di dalam kelas dengan mematuhi SOP yang ditetapkan.

Selepas sesi penerangan berakhir, murid-murid berehat mengikut waktu yang telah ditetapkan. bagi tahun 4, mereka berehat pada jam 9.30 pagi, tahun 5 pada jam 10.00 pagi manakala tahun 6 berehat pada jam 10.30 pagi. Murid-murid dibekalkan dengan makanan percuma yang telah disediakan oleh pihak kantin sekolah.


Murid sedang menikmati juadah makanan di dalam kelas dalam keadaan norma baharu.


Selepas itu, program diteruskan dengan sesi penilaian bagi setiap murid tentang penguasaan mereka dalam topik yang telah dibincangkan di sebelah pagi. Setiap murid dibekalkan dengan borang penilaian yang mana guru-guru akan mengukur tahap penguasaan mereka berdasarkan borang tersebut. 


Seorang murid sedang dinilai oleh guru pembimbing.

Program berakhir dengan sesi penyampaian hadiah bagi Pelajar Terbaik setiap kelas. Pihak Jawatankuasa pelaksana berbesar hati dengan kesudian Guru Besar, Puan Hajah Rohaidah Binti Mohd Ali menyempurnakan sesi penyampaian hadiah. Semoga dengan hadiah tersebut menjadi penyuntik dan pembakar semangat kepada murid-murid untuk belajar dengan lebih tekun dan mencapai kejayaan.

Penerima hadiah Pelajar Terbaik bagi kelas 5 Fokus.

Penerima hadiah Pelajar Terbaik tahun 4 Ibnu Thufail.

Penerima hadiah Pelajar Terbaik tahun 6 Engineer.

Murid 6 Engineer bergambar kenangan bersama Guru Besar.

Murid-murid tahun 6 Lawyer tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersama guru-guru pembimbing mereka iaitu Ustaz Ahmad Zubair dan Cikgu Musrizuan.

Adalah diharapkan agar program ini dapat memberikan banyak impak yang positif dalam pembentukan sahsiah diri yang terbaik dalam kalangan murid. Semua guru berharap agar murid-murid dapat mengaplikasikan apa sahaja yang telah diajar serta memperbaiki mana-mana kesalahan yang pernah dilakukan sebelum ini. Doa guru-guru sentiasa mengiringi langkah dan perjalanan murid-murid SKTPP. 

Sedikit info dan maklumat tambahan tentang solat.

HIKMAH SOLAT

Daripada Jabir RA katanya, sabda Rasulullah SAW, bandingan sembahyang lima waktu adalah seperti air sungai yang mengalir, melimpah ruah pada pintu rumah seseorang yang dia mandi lima kali pada tiap-tiap hari.

(Riwayat Muslim)


Huraian Hadith :
 
  1. Setiap orang Islam diwajibkan mendirikan sembahyang lima waktu sehari semalam kerana sembahyang yang dilakukan itu menjadi bukti seseorang itu patuh kepada perintah Allah SWT.
  2. Setiap amalan yang disuruh melakukannya akan dibalas dengan pembalasan yang berganda-ganda oleh Allah SWT.
  3. Sembahyang menghapuskan kekotoran maknawi iaitu dosa-dosa kecil, seperti air menghapuskan kekotoran zahir.
  4. Sembahyang adalah ibadat yang paling utama kerana ia adalah tiang agama.

 

Sumber : Kitab Riyadhus Salihin


AZAB MENINGGALKAN SOLAT

SEKSAAN DI DUNIA

  • Allah mengurangkan berkat umurnya.
  • Allah tidak permudahkan rezekinya didunia.
  • Allah menghilangkan tanda atau cahaya soleh dari raut wajahnya.
  • Dia tidak akan memperoleh tempat didalam lslam.
  • Amal kebajikan yang dilakukannya tidak mendapat pahala.
  • Allah tidak akan menerima doanya.

SEKSAAN KETIKA MENGHADAPI MATI

  • Mati dalam keadaan yang amat hina.
  • Mati dalam keadaan yang amat lapar.
  • Mati dalam keadaan yang amat mendahagakan walaupun telah diberi banyak minuman.

SEKSAAN SEWAKTU ALAM KUBUR

  • Allah akan menyempitkan kuburnya dengan sesempit-sempitnya.
  • Allah akan mengelapkan kuburnya.
    Cenderahati yang diberikan kepada setiap murid. 
  • Allah akan menyiksanya sehingga hari kiamat.

SEKSAAN KETIKA BERTEMU ALLAH

  • Pada hari kiamat ia akan dibelenggu oleh malaikat.
  • Allah tidak akan memandangnya dengan pandangan yang belas ehsan.
  • Allah tidak akan mengampunkan dosa-dosanya dan orang-orang yang meninggalkan sembahyang akan diazab didalam neraka dengan azab siksaan yang pedih lagi keras.