Saturday, September 25, 2021
Program Melangkah Ke Alam Remaja
Alhamdulillah, Program Melangkah Ke Alam Remaja telah berjaya dilaksanakan secara dalam talian Google Meet. Semua murid Tahun 6 dan Pembimbing Rakan Sebaya SK Taman Putra Perdana dijemput menyertai program ini. Biar pun tidak bersemuka, namun ianya bukan penghalang untuk mereka menyertainya. Terima kasih diucapkan kepada barisan pentadbir yang telah merestui program ini dilaksanakan. Terima kasih juga diucapkan kepada penceramah jemputan, Puan Rohayu binti Ahmadanbarisan jawatan kuasa pelaksana, semua guru, ibu bapa / penjaga dan semua peserta yang terlibat.
Program Melangkah Ke Alam Remaja merupakan aktiviti tahunan anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling serta pihak sekolah sebagai persediaan awal murid-murid SK Taman Putra Perdana sebelum melangkah atau mengharungi alam remaja yang mungkin akan terasa asing dan penuh cabaran. Masa peralihan dari alam kanak-kanak ke alam remaja merupakan waktu yang mencabar.
Program ini juga bertujuan agar murid-murid dapat mempersiapkan diri dan minda serta menimba pengetahuan dan bersedia terhadap perubahan yang bakal dialami sekiranya telah sampai ke tahap tersebut agar tidak tersalah langkah dan terjerumus dalam gejala yang tidak sihat. Pengetahuan berkaitan alam remaja akan memberi kefahaman secara mendalam kepada murid-murid tentang akil baligh yang akan mengubah kehidupan remaja dari segi fizikal, mental, emosi dan sosial.
Sila klik gambar di bawah untuk dapatkan buku program dalam bentuk anyflip.
![]() |
| Buku Program Melangkah Ke Alam Remaja |
Kuiz khas kepada peserta Pembimbing Rakan Sebaya Tahap Dua untuk dapatkan markah penilaian PRS Tahap Bongsu, sila klik link berikut: https://wordwall.net/play/22265/741/689
Berikut merupakan gambar-gambar yang sempat dirakamkan sepanjang program berlangsung:
![]() |
| Poster Digital Program Melangkah Ke Alam Remaja |
![]() |
| Pengacara Majis, Puan Norli binti Hassan |
![]() |
| Bacaan Doa oleh Ustaz Ahmad Mustafid bin Mat Sharif |
![]() |
| Ucapan Perasmian oleh PK Hal Ehwal Murid, Datin Noraizah binti Dun |
![]() |
| Penceramah program, Puan Siti Rohayu bt Ahmadan (GBKSM SMK Perimbun, Hulu Langat, Selangor) |
![]() |
| Ucapan Penutup oleh Puan Guru Besar SKTPP, Puan Hajah Rohaidah binti Mohd Ali |
![]() |
| Bergambar kenangan bersama semua peserta |
Friday, September 24, 2021
Peribadi Yang Sihat
π Salam Jumaatπ
Thursday, September 23, 2021
Mesyuarat Pengurusan Bil. 4
Pihak pentadbir bersiap-siaga menjelang pengoperasian pembukaan sekolah. Semoga semua berjalan lancar dan dipermudahkan segala urusan..
Peranan Diri Dan Sokongan Guru Dalam PdPR
Assalamualaaikum, salam ceria πππ dan salam bahagia buat semua. Semoga anak-anak sentiasa sihat dan berusaha tingkatkan semangat dan motivasi diri bagi mengikuti PdPR.
Diri sendiri merupakan faktor utama yang menggerakkan sesuatu kejayaan yang diimpikan. Pemikiran yang positif merupakan salah satu daya pendorong atau motivasi untuk belajar. Oleh itu sentiasa sematkan kata-kata positif dalam pemikiran anak-anak contohnya "Saya seorang yang hebat", "Saya rajin belajar" dan sebagainya.
Daya ingatan yang kuat juga merupakan salah satu faktor yang mampu mendorong kita dalam mencapai kejayaan. Di sini, cikgu kongsikan beberapa tips bagi membantu anak-anak meningkatkan daya ingatan.
Sentiasa tingkatkan motivasi belajar anak-anak dengan menonton video-video seperti di bawah. Ingat!!! anak-anak, guru-guru sentiasa bersama kamu membantu dan menyokong kamu dalam menyampaikan ilmu, namun diri sendiri adalah penggerak utama bagi meraih kejayaan yang diimpikan.
#kiaskukenaldiriku
#jpnselangor
Wednesday, September 22, 2021
Kenal Dan Pilih Rakan Sebaya Yang Betul
Assalamualaikum dan salam inspirasi. Hari ini Unit Bimbingan dan Kaunseling akan kongsi maklumat mengenai kawan dan rakan sebaya. Semua orang mempunyai kawan. Apakah maksud kawan? Setiap orang yang kita kenali atau yang kita dampingi adalah kawan. Kita perlu sentiasa berwaspada dan berhati-hati dalam memilih kawan. Jika tersalah pilih, buruk padahnya. Kawan yang baik akan memberi kebahagiaan kepada kita, sebaliknya yang kurang baik akan menyebabkan kita rasa sedih dan menderita. Maklumat selanjutnya boleh tonton video dan hayati poster berikut:
#kiaskukenaldirikuTuesday, September 21, 2021
Keluarga Bahagia
Assalamualaikum... Salam pembuka bicara, salam bahagia untuk semua.
"Happiness is a state of mind"
Monday, September 20, 2021
Ayuh!!! Mulakan Semangat Baru
Assalamualaikum, salam ceria πππ salam inspirasi untuk anak-anak kesayangan cikgu & warga SKTPP. Selamat kembali semula berPdPR. Ayuh!!! anak-anak, masa untuk bermalas-malasan telah tamat.
Jom!!! kita mulakan minggu baru dengan semangat baru. Semoga video-video di bawah dapat menyuntik semula semangat anak-anak bagi meneruskan PdPR dengan azam dan target untuk mencipta kejayaan dalam diri.
Thursday, September 16, 2021
Tuesday, September 14, 2021
Air Pancut Kolam
Air pancut di kolam depan Bilik Sumber PPDa telah diupgrade... Terima kasih cikgu-cikgu. Semoga menginspirasikan warga sekolah bila melihat pancuran airnya dengan ikan-ikan emas berlari-larian mengelilinginya..






















