... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Tuesday, April 26, 2022

Program World "Quran Hour" 2022 SK Taman Putra Perdana

Alhamdulillah puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya dapatlah kita meneruskan ibadah pada bulan mulia ini dengan program World "Quran Hour" 2022. 

Program ini telah berlangsung serentak di seluruh negara dengan jayanya pada 26 April 2022 (Selasa) selama 1 jam bermula 12.00 tengah hari hingga 1.00 petang. SKTPP juga tidak melepaskan peluang yang ada. Ia telah disertai oleh semua warga sekolah termasuk murid, guru dan staf sekolah. 

Aktiviti "Quran Hour" ini dimulakan dengan selawat oleh Ustaz Zurilazman bin Abdullah bersama guru-guru lain dan terus memulai bacaan Surah As-Sajadah bersama murid-murid di dalam kelas. 

Surah As- Sajadah diangkat pada tahun ini sesuai dengan tema 'Dunia Bersujud". Surah ini dijadikan tema pada tahun ini kerana ia relevan dengan situasi kita selepas Covid-19. Selama 2 tahun kita semua diuji dan perlu bersujud kepada Allah sebagai ikhtiar kita semua bangkit kembali dengan jiwa dan semangat yang baharu. 

Program ini secara tidak langsung dapat mendisiplinkan diri dengan membaca Al-Quran dan memupuk silaturrahim antara warga sekolah. Semoga program ini terus dijalankan pada masa akan datang, InsyaAllah. 

Berikut merupakan gambar-gambar yang dapat dirakam sepanjang World "Quran Hour" 2022 : 

"Quran Hour" berlangsung serentak seluruh negara. 

Ustaz Zurilazman mengetuai bacaan Surah As-Sajadah

Murid dan guru PPKI tidak ketinggalan menyertai program ini. 


Murid Tahun 4 

Murid Tahun 5

Murid Tahun 6

Semoga acara ini memberi manfaat buat kita semua dalam menghayati ibrah surah As - Sajadah

Monday, April 25, 2022

Program Transisi Tahun 1 : Minggu Keempat (11 April – 15 April 2022)

  Alhamdulillah, selesai sudah Program Transisi Tahun 1 2.0 (PTTS 2.0) bagi minggu yang keempat iaitu minggu fasa kesediaan. Sepanjang minggu ini murid telah didedahkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai melalui Pdpc di dalam kelas yang berkonsepkan pendekatan bertema. Oleh itu, secara tidak langsung guru-guru dapat mengenal pasti aras pembelajaran dan minat murid di dalam kelas dan dapat membantu untuk meningkatkan keyakinan mereka dalam berinteraksi sosial dan membentuk sikap positif dalam pembelajaran.

Berikut dikongsikan pengisian Program Transisi yang dijalankan pada minggu ini:

Murid membuat latihan di dalam Buku Aktiviti Minggu Transisi


Murid melakukan latihan pengukuhan melalui lembaran kerja yang diberikan di dalam kelas

   Majlis Penutup Minggu Transisi diadakan dan berjalan dengan baik dan lancar dengan kerjasama daripada PK Petang Puan Siti Raudah binti Hamid dan guru-guru kelas tahun 1. Penyampaian hadiah kepada murid-murid terbaik sepanjang Program Transisi berlangsung turut diadakan.

Simbolik penyerahan Program Mentor Mentee kepada Penyelaras Tahun




Sesi bergambar guru kelas bersama murid sebagai kenang-kenangan

  Terima kasih diucapkan kepada para guru dan pentadbir yang terlibat dalam memberikan kerjasama dan komitmen yang baik dalam menjayakan Program Transisi Tahun 1 2.0 (PTTS 2.0) selama empat minggu ini. Diharapkan pelaksanaan Program Transisi ini dapat membantu murid dari pelbagai latar belakang, pengalaman pembelajaran dan perkembangan sosioemosi untuk memulakan proses pembelajaran di Tahun Satu pada tahap perkembangan dan pencapaian yang hampir sama. Semoga mereka akan terus bersemangat dalam menempuh alam persekolahan untuk menjadi insan yang cemerlang dan terbilang suatu hari nanti.

Disediakan oleh:

Nashirah

Sunday, April 24, 2022

Laporan Bertugas Minggu ke-5 (Sesi Petang)

Tarikh: 18 April hingga 22 April 2022

Hari: Isnin hingga Jumaat

Masa: 1.10 hingga 5.30 petang

 

Senarai nama guru yang bertugas :

1. Wan Mohd Roswandy Bin Wan Ibrahim

2. Nor Arzah Binti Hussin

3. Aizil Hasyimi Bin Abd Rahman

4. Maizara Binti Mahat

5. Zalina Binti Ismail

6. Zaiton@Hastipa Binti Mat Daud

7. Nor Azian Binti Ahmad

8. Shurhama Binti Ahmad

9. Suphasara Supranie a/p AIrak

10. Suziana Binti Mohd Makhtar

Selesai sudah sesi persekolahan minggu ke-5 sesi petang. Sepanjang tempoh kumpulan E bertugas, perjalanan sesi persekolahan lancar dan terkawal. Kehadiran murid amat memuaskan dan semua murid telah mematuhi SOP sekolah yang telah ditetapkan. Guru-guru juga sentiasa mengingatkan murid-murid agar sentiasa memakai pelitup muka dan mencuci tangan menggunakan pencuci tangan yang telah disediakan oleh pihak sekolah atau mencuci tangan menggunakan air sabun di singki yang terdapat di kedua-dua pagar A dan B.

Berikut adalah gambar yang sempat diambil sepanjang minggu ini.


Tahniah dan terima kasih kepada semua guru bertugas kumpulan E sesi petang atas kerjasama dan komitmen kita bersama dalam melancarkan tugasan pada minggu ni.


Disediakan oleh,
Suphasara Supranie a/p Airak 

Saturday, April 23, 2022

Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengawas Pusat Sumber Sesi 2022/2023

 

Tarikh:   23 April 2022

Hari:      Sabtu

Masa:    9.00 pagi

Tempat: Google Meet (Kediaman Masing-Masing)


Pada hari Sabtu yang lalu bersamaan dengan 23 April 2022 telah berlangsungnya Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengawas Pusat Sumber Sesi 2022/2023. Walaupun majlis yang dijalankan ini masih dalam suasana norma baharu ekoran pandemik COVID-19 yang melanda dunia namun majlis ini tetap dilaksanakan dengan penuh gilang gemilang.

Barisan Pengawas Pusat Sumber serta guru-guru yang terlibat dalam majlis ini

Majlis ini telah bermula pada jam 9.00 pagi. Cik Roslinda binti Mansor selaku pengerusi majlis memberikan kata alu-aluan pembukaan majlis. Pengerusi majlis mengalu-alukan kehadiran Guru Besar SK Taman Putra Perdana, Puan Hajah Rohaidah binti Mohd Ali serta GPK Hal Ehwal Murid, Datin Noraizah binti Dun, barisan jawatankuasa induk Ujana Ilmu serta semua pengawas pusat sumber yang telah dilantik.

Majlis diteruskan lagi dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Ustaz Ahmad Mustafid bin Mat Sharif agar majlis yang sedang berlangsung berjalan dengan lancar seperti yang dirancang.


Bacaan doa telah disampaikan oleh Ustaz Ahmad Mustafid bin Mat Sharif memohon agar majlis yang dirancang berjalan dengan lancar dan mendapat rahmat



Selepas itu, Datin Noraizah binti Dun selaku GPK Hal Ehwal Murid telah memberikan ucapan. Beliau mengucapkan setinggi-tinggi syabas dan tahniah atas perlantikan semua pengawas pusat sumber yang telah terpilih menjawat jawatan penting ini di sekolah. Beliau mengharapkan agar semua pengawas dapat menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan dengan baik serta menjadi contoh tauladan kepada murid yang lain terutamanya dalam program NILAM kerana mereka inilah menjadi tulang belakang kepada program-program yang dijalankan di bawah Ujana Ilmu.

Ucapan perasmian pula disampaikan oleh Guru Besar SK Taman Putra Perdana, Puan Hajah Rohaidah binti Mohd Ali. Sama seperti GPK Hal Ehwal Murid, beliau turut sama mengucapkan tahniah atas penyerahan watikah pelantikan sebagai Pengawas Pusat Sumber. Beliau berharap agar pengiktirafan yang diberikan ini akan menjadi cetusan semangat untuk semua pengawas yang telah dilantik serta terus mengekalkan kecemerlangan dalam semua bidang termasuklah akademik, sahsiah dan kokurikulum.


Ucapan perasmian disampaikan oleh Puan Hajah Rohaidah binti Mohd Ali selaku Guru Besar SK Taman Putra Perdana


Selepas ucapan perasmian, Puan Arnny Yusnita binti Md Enarji yang meruapakan Guru Perpustakaan dan Media telah memberikan sedikit taklimat ringkas tentang peranan dan tanggungjawab sebagai Pengawas Pusat Sumber. Seramai 63 orang Pengawas Pusat Sumber telah dilantik yang mana terdiri daripada murid aliran perdana serta PPKI. Taklimat yang disampaikan adalah berkaitan tatacara pemakaian uniform pengawas pusat sumber. Dalam taklimat yang sama, beliau memaklumkan bahawa jadual penggiliran bertugas di Ujana Ilmu akan diberikan dalam masa terdekat.


Bahan pembentangan yang disampaikan oleh Puan Arnny Yusnita binti Md Enarji selaku Guru Perpustakaan dan Media (GPM) berkenaan dengan etika pemakaian sebagai seorang Pengawas Pusat Sumber


Selain daripada itu, sebuah video khas yang memperkenalkan barisan kepimpinan Ujana Ilmu telah ditayangkan. Sekalung penghargaan diucapkan kepada Guru Penyelaras Bestari, Ustaz Mohd Ishak Shairazi bin Mohd Sauzi atas penyediaan video yang sangat menarik. Tayangan video tersebut diteruskan lagi dengan agenda utama yang ditunggu-tunggu iaitu bacaan ikrar watikah pelantikan Pengawas Pusat Sumber yang telah dipimpin oleh Ahmad Aqil Aiman bin Zaiful daripada kelas 6 Ibnu Thufail.



Sedutan pengenalan barisan pentadbir SK Taman Putra Perdana


Sedutan pengenalan jawatankuasa tertinggi Pengawas Pusat Sumber


Sedutan pengenalan barisan Pengawas Pusat Sumber yang terdiri daripada Tahun 3 hingga Tahun 6


Barisan kepimpinan Pengawas Pusat sumber melafazkan ikrar pelantikan


Tayangan montaj barisan kepimpinan Pengawas Pusat Sumber serta lafaz bacaan ikrar watikah pelantikan



Semua warga sekolah dan ibu bapa boleh melayari pautan yang disediakan di bawah untuk melihat perjalanan majlis yang telah berlangsung dengan jayanya:

https://www.youtube.com/watch?v=nOwvlzRDeUM


Alhamdulillah, dengan berakhirnya tayangan video sebentar tadi, maka telah sempurnalah Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengawas Pusat Sumber bagi sesi 2022/2023 dengan jayanya. Sekalung penghargaan kepada semua jawatankuasa guru yang telah bertungkus lumus dalam menjayakan majlis ini secara langsung mahupun tidak langsung. Tidak dilupakan juga kepada barisan pentadbir yang turut sama meluangkan masa dalam majlis ini walaupun ianya diadakan pada hujung minggu dan secara dalam talian.

Buat barisan kepimpinan Pengawas Pusat Sumber SKTPP, jadikanlah pelantikan sebagai tonggak utama Ujana Ilmu ini akan menaikkan semangat dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik selaku tulang belakang Ujana Ilmu dan dalam masa yang sama dapat memberikan aura yang positif kepada murid lain terutamanya dalam memupuk budaya dan minat membaca yang tinggi dalam kalangan murid di SK Taman Putra Perdana. Teruslah memacu kegemilangan dibawah slogan “Ujana Ilmu Wadah Kecemerlangan”.

 

Disediakan oleh,

Syahirah binti Tumar

Jawatankuasa Induk NILAM,

SK Taman Putra Perdana.

Friday, April 22, 2022

Laporan Bertugas Minggu ke-5 (Sesi Pagi)

Hari : Isnin - Jumaat

Tarikh: 18 - 22 April 2022

Senarai nama guru bertugas Kumpulan E:

1. Noriza binti Md Nor (K)

2. Zaleha binti Sitam (P)

3. Syahirah binti Tumar

4. Mawaddah binti Kamarulzaman

5. Nur Zakiah binti Md Diah

6. Ahmad Tirmiezi bin Baharuddin

7. Hanifah binti Ramlee

8. Ahmad Mustafid bin Mat Sharif 

9. Julaili binti Onian

10. Nurhayati binti Mohamed Nor

11. Zairuddin bin Mohamad Kelsom

12. Norliza binti Ali @ Yasim

Sepanjang tempoh Kumpulan E bertugas, perjalanan sesi persekolahan berjalan dengan lancar. Minggu ini merupakan minggu pertama sesi persekolahan tanpa penggiliran. Seawal pagi lagi guru yang bertugas menyambut kehadiran murid di pagar A dan pagar B. Kebanyakan ibu bapa yang menghantar anak ke sekolah telah memahami dan mematuhi peraturan yang ditetapkan mengikut SOP.

        Begitu juga ketika sesi penyuraian murid. Penyuraian berjalan dengan lancar atas kerjasama guru disiplin dan guru yang bertugas. Walaupun terdapat segelintir ibu bapa yang lewat menjemput anak namun murid-murid berada dalam keadaan selamat dan terkawal.

        Pada hari Selasa (19 April 2022) merupakan cuti Nuzul Al-Quran. Manakala hari Rabu (20 April 2022) aktiviti kokurikulum kelab dan persatuan telah dijalankan secara dalam talian. Murid yang terlibat ialah tahap 2 sahaja.

        Pada hari Khamis (21 April 2022) telah diadakan 'Jom Baca 10 Minit'. Program ini berjalan selama 10 minit, bermula 11.00 pagi - 11.10 pagi di kelas masing-masing. Guru mata pelajaran yang mengawal dan melaksanakan program tersebut di kelas. Semua guru dan AKP juga terlibat dalam program yang berlangsung serentak di seluruh negara ini.

        Pada hari Jumaat (22 April 2022) majlis bacaan Yasin berlangsung seperti biasa. Sejurus itu, pihak Musalla Raudatul Ilmi SKTPP telah mengadakan tazkirah Ramadan. Tazkirah telah disampaikan oleh beberapa orang murid yang terpilih. Program ini bertujuan untuk mengimarahkan bulan Ramadan. 

        Bersama-sama ini dilampirkan beberapa bingkisan peristiwa sepanjang minggu ini:

Kehadiran Murid

 


Penyuraian Murid

"Jom Baca 10 Minit'

Tazkirah Jumaat

Disediakan oleh,

Norliza binti Ali @ Yasim 

Monday, April 18, 2022

Program Mentor Mentee Kali Pertama Sesi 2022/2023

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua warga SK Taman Putra Perdana. Alhamdulillah, aktiviti Mentor Mentee kali pertama sesi 2022/2023 dapat dilaksanakan dengan jayanya pada hari ini. Aktiviti ini melibatkan semua guru sebagai mentor serta semua murid sebagai mentee sesi pagi dan sesi petang.

Akitviti Mentor Mentee pada sesi pagi


Aktiviti Mentor Mentee pada sesi petang

Lagi laporan Mentor Mentee kali pertama sesi 2022/2023 di blog Bimbingan & Kaunseling,  boleh klik link berikut:

https://kaunselingsktpp.blogspot.com/2022/04/program-mentor-mentee-kali-pertama-sesi.html

Terima kasih

Disediakan oleh:
Pn Juli binti Mahbah
Pn Arnny Yusnita binti Md Enarji

Saturday, April 16, 2022

Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah Tahun 2022

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Alhamdulillah telah berlangsung Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengawas yang dikelolakan oleh Unit Pengawas Sekolah pada 16 April 2022 dengan jayanya. Majlis yang dijalankan secara norma baharu dalam talian dengan menggunakan medium perhubungan Google Meet ini telah disempurnakan oleh Pn. Hjh Rohaidah binti Mohd Ali, Guru Besar SKTPP. Objektif majlis ini ialah bagi memberi pengiktirafan dan semangat kepada barisan pengawas sekolah supaya melaksanakan tugas yang diamanahkan oleh pihak sekolah dengan penuh dedikasi.

Majlis bermula pada jam 9.00 pagi dengan dipengerusikan oleh En. Mohamad Hasbullah bin Zainal Abidin. Seterusnya bacaan doa diketuai oleh Ustaz Syed Farhan. Majlis ini berjaya mengumpulkan seramai 147 orang pengawas sesi pagi dan petang dengan memakai seragam lengkap Pengawas Sekolah.

Usai bacaan doa oleh Ustaz Syed Farhan, majlis diteruskan dengan mendengar ucapan perasmian oleh Puan Hajah Rohaidah binti Mohd Ali, Guru Besar SKTPP. Setelah itu, majlis diteruskan pula dengan mendengar ucapan dari Datin Noraizah binti Dun, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SKTPP.

Seterusnya, pengumuman nama-nama pengawas sesi 2022 oleh Puan Norazian binti Mat Anuar. Majlis diteruskan lagi dengan lafaz bacaan ikrar oleh Ketua Pengawas; Muhammad Adam Syaqir bin Mohd Hafiz dari kelas 6 Ibnu Thufail. 

Seterusnya, sedikit taklimat ringkas berkaitan tatacara menjadi pengawas sekolah turut disampaikan oleh Pn. Norazian binti Mat Anuar. Majlis melabuhkan tirai dengan sesi bergambar.

Tahniah diucapkan kepada semua Pengawas Sekolah Sesi 2022 dengan harapan dapat menyempurnakan tugas dengan penuh tanggungjawab dan dedikasi.


Ucapan perasmian oleh Pn. Hajah Rohaidah bt Mohd Ali

Pengenalan dan taklimat ringkas oleh Pn. Norazian bt Mat Anuar

Lafaz bacaan ikrar










Disediakan oleh:
Nor Rafini binti Othman