Tarikh: 23 April 2022
Hari: Sabtu
Masa: 9.00 pagi
Tempat:
Google Meet (Kediaman Masing-Masing)
Barisan Pengawas Pusat Sumber serta guru-guru yang terlibat dalam majlis ini |
Majlis ini telah bermula pada jam 9.00 pagi. Cik Roslinda binti Mansor selaku pengerusi majlis memberikan kata alu-aluan pembukaan majlis. Pengerusi majlis mengalu-alukan kehadiran Guru Besar SK Taman Putra Perdana, Puan Hajah Rohaidah binti Mohd Ali serta GPK Hal Ehwal Murid, Datin Noraizah binti Dun, barisan jawatankuasa induk Ujana Ilmu serta semua pengawas pusat sumber yang telah dilantik.
Majlis diteruskan lagi dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Ustaz Ahmad Mustafid bin Mat Sharif agar majlis yang sedang berlangsung berjalan dengan lancar seperti yang dirancang.
Bacaan doa telah disampaikan oleh Ustaz Ahmad Mustafid bin Mat Sharif memohon agar majlis yang dirancang berjalan dengan lancar dan mendapat rahmat |
Selepas itu, Datin Noraizah binti Dun selaku GPK Hal Ehwal Murid telah memberikan ucapan. Beliau mengucapkan setinggi-tinggi syabas dan tahniah atas perlantikan semua pengawas pusat sumber yang telah terpilih menjawat jawatan penting ini di sekolah. Beliau mengharapkan agar semua pengawas dapat menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan dengan baik serta menjadi contoh tauladan kepada murid yang lain terutamanya dalam program NILAM kerana mereka inilah menjadi tulang belakang kepada program-program yang dijalankan di bawah Ujana Ilmu.
Ucapan perasmian pula disampaikan oleh Guru
Besar SK Taman Putra Perdana, Puan Hajah Rohaidah binti Mohd Ali. Sama seperti
GPK Hal Ehwal Murid, beliau turut sama mengucapkan tahniah atas penyerahan
watikah pelantikan sebagai Pengawas Pusat Sumber. Beliau berharap agar
pengiktirafan yang diberikan ini akan menjadi cetusan semangat untuk semua
pengawas yang telah dilantik serta terus mengekalkan kecemerlangan dalam semua
bidang termasuklah akademik, sahsiah dan kokurikulum.
Ucapan perasmian disampaikan oleh Puan Hajah Rohaidah binti Mohd Ali selaku Guru Besar SK Taman Putra Perdana |
Selepas ucapan perasmian, Puan Arnny Yusnita
binti Md Enarji yang meruapakan Guru Perpustakaan dan Media telah memberikan
sedikit taklimat ringkas tentang peranan dan tanggungjawab sebagai Pengawas
Pusat Sumber. Seramai 63 orang Pengawas Pusat Sumber telah dilantik yang mana
terdiri daripada murid aliran perdana serta PPKI. Taklimat yang disampaikan
adalah berkaitan tatacara pemakaian uniform pengawas pusat sumber. Dalam
taklimat yang sama, beliau memaklumkan bahawa jadual penggiliran bertugas di
Ujana Ilmu akan diberikan dalam masa terdekat.
Bahan pembentangan yang disampaikan oleh Puan Arnny Yusnita binti Md Enarji selaku Guru Perpustakaan dan Media (GPM) berkenaan dengan etika pemakaian sebagai seorang Pengawas Pusat Sumber |
Selain daripada itu, sebuah video khas yang memperkenalkan barisan kepimpinan Ujana Ilmu telah ditayangkan. Sekalung penghargaan diucapkan kepada Guru Penyelaras Bestari, Ustaz Mohd Ishak Shairazi bin Mohd Sauzi atas penyediaan video yang sangat menarik. Tayangan video tersebut diteruskan lagi dengan agenda utama yang ditunggu-tunggu iaitu bacaan ikrar watikah pelantikan Pengawas Pusat Sumber yang telah dipimpin oleh Ahmad Aqil Aiman bin Zaiful daripada kelas 6 Ibnu Thufail.
Sedutan pengenalan barisan pentadbir SK Taman Putra Perdana |
Sedutan pengenalan jawatankuasa tertinggi Pengawas Pusat Sumber |
Sedutan pengenalan barisan Pengawas Pusat Sumber yang terdiri daripada Tahun 3 hingga Tahun 6 |
Barisan kepimpinan Pengawas Pusat sumber melafazkan ikrar pelantikan |
https://www.youtube.com/watch?v=nOwvlzRDeUM
Alhamdulillah, dengan berakhirnya tayangan
video sebentar tadi, maka telah sempurnalah Majlis Penyerahan Watikah
Pelantikan Pengawas Pusat Sumber bagi sesi 2022/2023 dengan jayanya. Sekalung
penghargaan kepada semua jawatankuasa guru yang telah bertungkus lumus dalam
menjayakan majlis ini secara langsung mahupun tidak langsung. Tidak dilupakan
juga kepada barisan pentadbir yang turut sama meluangkan masa dalam majlis ini
walaupun ianya diadakan pada hujung minggu dan secara dalam talian.
Buat barisan kepimpinan Pengawas Pusat Sumber SKTPP, jadikanlah pelantikan sebagai tonggak utama Ujana Ilmu ini akan menaikkan semangat dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik selaku tulang belakang Ujana Ilmu dan dalam masa yang sama dapat memberikan aura yang positif kepada murid lain terutamanya dalam memupuk budaya dan minat membaca yang tinggi dalam kalangan murid di SK Taman Putra Perdana. Teruslah memacu kegemilangan dibawah slogan “Ujana Ilmu Wadah Kecemerlangan”.
Disediakan oleh,
Syahirah binti Tumar
Jawatankuasa Induk NILAM,
SK Taman Putra Perdana.
No comments:
Post a Comment