... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Friday, April 14, 2023

Laporan Bertugas Minggu ke-4 (Sesi Pagi)

Hari    :  Isnin - Jumaat

Tarikh : 10 - 14 April 2023

Tema :  Unit Beruniform

Kumpulan Bertugas    :  Kumpulan D

Pn. Zailezah binti Sardi (K)

Nor-Azura binti Mustafa (P)

Sri Mahathevan

Ahmad Tirmiezie bin Baharuddin

Arnny Yusnita binti Md Enarji

Norlida binti Othman

Norazian binti Mat Anuar

Umi Nazrah binti Saharoni

Arjunawati binti Ahmad Nuze

Norzainon binti Mohd Razalli

Nor Hanim binti Ismail

Norfauziaton

 

Laporan Perhimpunan Rasmi

1.0    Nyanyian, Bacaan Doa dan Bacaan Ikrar

1.1    Perhimpunan rasmi dimulai dengan nyanyian tiga rangkaian lagu iaitu Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah.

1.2    Bacaan doa yang dipimpin oleh Muhammad Aqriem Addin bin Latip dari kelas 6 Neffos

1.3    Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya yang diketuai oleh Puan Arrny Yusnita binti Enarji selaku pengacara majlis dari kumpulan bertugas.

1.4    Bacaan Ikrar Murid yang dipimpin oleh Najihan Syarmeen binti Nawahidudin dari kelas 6 Vivo.

1.5    Puan Arnny Yusnita binti Enarji memperkenalkan barisan guru bertugas dari Kumpulan D.


2.0    Laporan Guru Bertugas Minggu Pertama oleh Cikgu Muhammad Afiq.

1. Murid-murid diingatkan supaya tidak berlari untuk pergi ke mana-mana bilik khas. Pastikan berjalan dalam keadaan yang teratur dan berdisiplin.

2. Ianya adalah untuk mengelakkan dari berlakunya sebarang kecederaan dan kemalangan. Berjalan dalam keadaan yang teratur untuk memastikan keselamatan.

 

3.0    Ucapan Guru Bertugas - Cikgu Arnny Yusnita binti Enarji

3.1    LAWAD 

Bahasa Melayu  :  alim-alim kucing bermaksud pura-pura baik

Bahasa Inggeris : determined bermaksud bertekad

Bahasa Arab  :  sawmun bermaksud puasa

3.2    Tema  :  Disiplin “Pakaian”

1.       Murid-murid diingatkan supaya memakai pakaian seragam sekolah dengan lengkap.

2.       Pastikan lencana sekolah ditampal di baju kemeja putih bagi murid lelaki dan lencana di tudung bagi murid perempuan.

3.       Murid hendaklah memakai pakaian seragam sekolah yang bersih dan dipakai dengan keadaan yang kemas.

4.       Pastikan memakai stokin mengikut warna kasut. Kasut sekolah hitam dipakai dengan stokin berwarna hitam.

5.       Bagi murid yang memegang jawatan sebagai Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber Sekolah dan Pembimbing Rakan Sebaya hendaklah memastikan memakai pakaian yang telah ditetapkan dengan lengkap dan kemas. 

4.0  Ucapan Guru Penolong Kanan Kokurikulum - Puan Fauziah binti Salehoddin

1.       Hujan yang lebat berserta ribut pada hari Sabtu yang lepas telah menyebabkan sebahagian bangunan sekolah telah rosak. Sehubungan itu murid-murid tidak dibenarkan masuk ke kawasan yg telah dipasang dengan 'caution tape'.

2.       Murid tidak dibenarkan naik ke tingkat atas sekali blok sekolah. Ianya adalah untuk mengelakkan daripada berlakunya kemalangan.

3.       Murid-murid diminta menjaga keselamatan diri sepanjang masa, tidak berkeliaran di luar kelas.

4.       Kelas tahun 6 akan dipindahkan ke bilik-bilik khas yang telah ditetapkan.

5.       Oleh kerana sekolah ketiadaan air akibat paip air pecah ditimpa bumbung, maka hanya tandas bahagian bawah sahaja yang boleh digunakan.

6.       Murid-murid diingatkan supaya menjaga keselamatan diri sepanjang cuti perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Berikut adalah sisipan gambar-gambar aktiviti yang telah berlangsung sepanjang minggu ke-4.

Thursday, April 13, 2023

Majlis Penyampaian Watikan Pelantikan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber Sekolah dan Pembimbing Rakan Sebaya 2023 (Sesi Petang)

Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber Sekolah dan Pembimbing Rakan Sebaya bagi sesi 2023/2024 telah berlangsung pada Khamis, 13 April di Dewan Perdana, SK Taman Putra Perdana.

    Majlis ini telah disempurnakan oleh Puan Hajah Rohaidah binti Mohd Ali, Guru Besar SK Taman Putra Perdana. Beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua murid yang telah dilantik dan berpesan agar mereka dapat menjalankan amanah yang diberi dengan baik dan menjadi contoh terbaik bagi murid-murid yang lain.

Berikut merupakan gambar -gambar yang telah dirakam sepanjang majlis berlangsung:





























Barisan Pengawas sekolah mengangkat ikrar aku janji dan gambar kenangan bersama barisan pentadbir dan guru-guru pengawas

 



Barisan Pengawas Pusat Sumber sekolah mengangkat ikrar aku janji dan gambar kenangan bersama barisan pentadbir dan guru-guru pengawas


Barisan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) mengangkat ikrar aku janji dan gambar kenangan bersama barisan pentadbir dan guru-guru PRS

Akhir kata penutup bicara, pesanan buat bakal pemimpin negara;

Sudah bebas tanah jajahan, 
Rakyat rajin menabur jasa,
Menjadi pengawas satu latihan,
Boleh memimpin apabila dewasa.

Tumbuh berderet keladi bunting,
Banyak di parit ditebas-tebaskan,
Ketua murid jawatan penting,
Contoh yang baik teman dan rakan.

Daun kemangi dan lada sulah,
Diracik kecil ramuan masakan,
Sudah menjadi pemimpin sekolah,
Bersikap adil sebarang tindakan.

Bunga telang tidak berpara,
Semut meniti di atas tunggul,
Murid cemerlang warisan negara,
Semoga jadi pemimpin unggul.

Bunga-bungaan harum menawan,
Dipetik budak di tanah pusaka,
Jaga hubungan bersama kawan,
Bila bertindak hormati mereka.


Semoga barisan pemimpin sekolah yang telah dilantik dapat memikul tanggungjawab dengan sebaiknya. Tahniah dan syabas buat semua! 

Wednesday, April 12, 2023

Cuti Pertengahan Penggal Pertama, Hari Raya Aidilfitri & Hari Pekerja

Dimaklumkan bahawa Cuti Pertengahan Penggal Pertama, Hari Raya Aidilfitri dan Hari Pekerja adalah pada 19 April 2023 (Rabu) hingga 1 Mei 2023 (Isnin).

Sekolah akan dibuka semula pada 2 Mei 2023 (Selasa).

Pihak sekolah mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilftri, maaf zahir dan batin.

Saturday, April 8, 2023

Program Transisi Tahun 1 : Minggu Ketiga (3 - 7 April 2023)

 

Program Transisi Tahun Satu bagi Sesi Akademik 2023/2024 merupakan satu program yang dirangka untuk menyediakan murid menghadapi perubahan, menyesuaikan diri dan membina keyakinan diri mereka di sekolah rendah. Program ini dirangka dengan mengambil kira kandungan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dengan penekanan terhadap aspek sosioemosi, kognitif dan fizikal murid. Program ini diharapkan dapat membantu murid daripada pelbagai latar belakang, pengalaman pembelajaran dan perkembangan sosioemosi untuk memulakan proses pembelajaran di Tahun Satu.

Pada minggu ketiga, program ini sudah memasuki Fasa Kesediaan yang dilaksanakan selama dua minggu mengikut jadual waktu Tahun Satu. Dalam fasa ini, murid-murid didedahkan dengan PdP mengikut sistem pembelajaran arus perdana seperti mana murid-murid Tahun 2 hingga Tahun 6. Murid-murid belajar mengikut kandungan Buku Aktiviti Transisi yang dibekalkan pada setiap murid. Pada minggu ini juga, terdapat Ujian Pentaksiran Transisi Tahun 1. Pentaksiran ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap murid dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.

Gambar aktiviti-aktiviti sepanjang minggu ketiga:-




Semoga perjalanan Transisi Tahun 1 pada tahun ini berjalan lancar dan berjaya mencapai sasaran dan objektif yang telah ditetapkan.

Friday, April 7, 2023

Laporan Bertugas Minggu Ke-3 (Sesi Petang)

Tarikh: 3 – 7 April 2023

Hari: Isnin - Jumaat

Tema: Disiplin - Kebersihan

Senarai guru bertugas:

1. Encik Saifullah bin Mat Saupi (Ketua)

2. Cik Amalina binti Abd Hamid (Penolong)

3. Puan Nik Rosmaliza binti Nik Hussain

4. Puan Fadhilah binti Talib

5. Puan Siti Maziah binti Muhamad Tajuddin

6. Puan Nazahiyah binti Ab Rahman

7. Cik Nurul Hanani binti Mohamad Kamal

8. Puan Nor Farhani binti Mukhtar

Barisan guru bertugas pada minggu ini

Minggu persekolahan minggu ke-3 telah melabuhkan tirai. Alhamdulillah, selesai guru bertugas Kumpulan C menjalankan tugas sepanjang minggu ini dengan lancar.

Aktiviti persekolahan diteruskan seperti biasa bagi murid-murid tahun 2 dan 3 manakala murid tahun 1 pula telah meneruskan sesi program transisi.

Berikut dilampirkan suasana persekolahan pada minggu ini.

Perhimpunan rasmi


Perhimpunan rasmi pada minggu ini telah dipengerusikan oleh Cikgu Hanani

Bacaan doa dipimpin oleh ketua guru bertugas Encik Saifullah

Ucapan guru bertugas minggu lepas telah
disampaikan oleh Cikgu Suriyana

Majlis diteruskan oleh Cikgu Arzah
bagi sesi pelancaran Program Guru Penyayang

Guru Besar telah memberikan ucapan perasmian Program Guru Penyayang


Barisan ahli jawatankuasa Program Guru Penyayang

Murid-murid datang ke sekolah di Pagar A

Murid-murid datang ke sekolah di Pagar B

Suasana ketika murid-murid pulang di waktu petang

Turut berlangsung pada minggu ini adalah Program Ihya Ramadan iaitu sesi tazkirah bersama ustaz dan ustazah bertugas semasa waktu rehat bagi murid-murid yang berpuasa di dewan

Tazkirah telah disampaikan oleh Ustaz Abdul Hafiz

Sesi berselawat telah dipimpin oleh barisan pelajar tahun 3

Murid-murid yang tidak berpuasa pula rehat seperti biasa di kantin

Murid-murid turut digalakkan untuk bersedekah melalui
Program Tabung Kasih Ramadan yang dilaksanakan dari kelas ke kelas

Hari terakhir pada minggu ini telah dilengkapkan dengan Program Nuzul Al-Quran iaitu sesi perkongsian dan ceramah yang telah disampaikan oleh Ustaz Zairuddin

Sesi soal jawab bersama murid

Antara murid yang telah berjaya menjawab soalan dan mendapat hadiah

Cenderahati kepada ustaz telah disampaikan oleh penyelaras program Ustazah Halijah

Demikianlah antara sorotan peristiwa pada minggu ini. Terima kasih atas kerjasama semua guru bertugas pada kali ini.  Semoga kita dapat menjalankan tugas dengan lebih cemerlang pada masa akan datang.

Disediakan oleh,

Amalina binti Abd Hamid