... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Friday, July 20, 2012

Adab Berpuasa di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...


Lambaian Ramadhan hampir menggamit tiba dan Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya telah datang kepadamu bulan Ramadhan bulan yang diberkati, di mana Allah telah mengfardhukan ke atasmu puasa. Dibuka padanya pintu‐pintu syurga dan ditutup padanya pintu‐pintu neraka, ditambat padanya syaitan‐syaitan. Padanya satu malam lebih baik daripada seribu bulan, siapa yang dihalang kebaikannya sebenarnya dia telah dihalang kebaikan yang banyak.

(Hadith ini dikeluarkan oleh Ahmad, al‐Nasa`ie daripada Abi Hurairah.)


Takrif Puasa :

Dari segi bahasa ialah menahan diri daripada melakukan sesuatu seperti makan, minum dan bercakap. Hal ini berbetulan dengan firman Allah s.w.t menceritakan perihal Maryam, melalui Surah Maryam, ayat 26:
Maksudnya: Sesungguhnya aku bernazar diam membisu kerana Allah yang bersifat al‐Rahman.


Dari segi istilah syaraknya pula, puasa ialah menahan diri daripada sebarang perkara yang membatalkannya bermula dari terbit fajar hingga matahari terbenam dengan niat puasa.

Marilah kita sama-sama menjaga ibadah puasa. Di sini antara adab-adab yang dapat kita amalkan sepanjang Ramadhan.


1. Menjaga lidah daripada berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang
tiada kena-mengena dengannya;
2. Memelihara mata dan telinga daripada melihat dan mendengar perkara yang dilarang
oleh syarak dan yang sia-sia;
3. Mengawal perut daripada merasai makanan dan minuman yang haram atau yang
mengandungi unsur syubhat terutama ketika berbuka dan berusaha sedaya mungkin untuk
menghasilkan pemakanan yang halal lagi bersih.
4. Berusaha menjaga kesemua pancaindera dan anggota tubuh badan daripada mendekati 
atau melakukan maksiat dan perkara yang sia-sia. Dengan demikian ibadah puasanya akan
suci dan sempurna.
5. Jangan membanyakkan tidur pada siang harinya dan makan pada malamnya, bahkan
bersederhanalah pada kedua-duanya bagi menyelami kejerihan lapar dan dahaga. Dengan
demikian sanubarinya terkawal, keinginan nafsunya kurang dan hatinya ceria. Itulah rahsia
dan intipati puasa yang perlu dicapai.
6. Jauhkan diri daripada mengikut dorongan nafsu ketika berbuka dengan beraneka jenis
makanan yang lazat-lazat. Sebaik-baiknya adat makannya sama sahaja pada bulan puasa
dan bulan-bulan yang lain.


Salam Ramadhan...





"permulaan (awal) ramadhan itu rahmat, pertengahannya keampunan, dan akhirnya (penghujung) 
pembebasan dari api neraka." (riwayat sahih ibnu khuzaimah)

sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud : 
Allah Taala berfirman, "setiap amalan anak adam adalah untuknya melainkan puasa. Ia adalah untukKu dan Akulah yang akan membalasnya." (H.R. Bukhari dan Muslim)  

"apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga, dan ditutup segala pintu neraka dan dibelenggu segala syaitan" (H.R. Bukhari, Muslim, dan Nasaei)

No comments:

Post a Comment