... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Tuesday, July 3, 2012

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGUAN MINGGU 24 (SESI PETANG)

Hari : Isnin
Tarikh : 2 Julai 2012
Masa : 6.10-6.40 petang

Guru Bertugas:

1. Pn. Aznita bt Ahmad
2. Pn. Norkhusaini bt Salehuddin
3. Pn. Suraini bt Che Li @ Che Li
4. Pn. Suzelawati bt Zakaria
5. Pn. Siti Maziah bt Muhamad Tajuddin
6. Pn. Noorhafizan bt Che Ab Rahman
7. En. Zawadi bin Ali

Laporan/Ulasan:

1. Nyanyian, Bacaan Doa dan Ikrar
a. Nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor, dan lagu Sekolah.
b. Bacaan doa oleh adik Fathul Akhbar (3 Waja)
c. Bacaan ikrar Rukun Negara oleh Pn Aznita bt Ahmad dan bacaan ikrar muid oleh adik Husna Aqilah (3 Waja)


2. Laporan / Ulasan Guru Bertugas (Pn. Norazian bt Mat Anuar)

a. Murid-murid duduk di merata tempat untuk makan menyebabkan makanan bersepah-sepah. Beliau mengingatkan murid agar  makan di kantin sehingga habis rehat.
b.Teguran tentang menjaga penampilan diri supaya sentiasa kemas.
c. Beliau juga menasihati murid agar membaca buku sebelum masuk ke kelas.

3. Disiplin Murid (En. Hafiz bin Md Noor)

a. Berdasarkan pemerhatian beliau, ada murid-murid yang membawa dan makan gula-gula berbentuk rokok ke sekolah. Beliau mengingatkan bahawa murid-murid adalah dilarang untuk membawa atau makan gula-gula rokok ke sekolah.
b. Beliau juga mengingatkan murid bahawa gasing dilarang dibawa dan dimainkan di sekolah.

4. Penyampaian Hadiah Pertandingan Keceriaan Kelas

Tahun 1- Pertama - Utarid
               Kedua - Uranus
               Ketiga - Zuhal

Tahun 2- Pertama -Alfa
               Kedua - Beta
               Ketiga - Sigma

Tahun 3- Pertama -Wira
               Kedua - Waja
               Ketiga - Juara

5. Pengumuman  (Pn Azizah bt Abd Hamid)

a. Sepanjang bulan Julai ini akan diadakan Bulan Bahasa Melayu.
b. Pelbagai aktiviti dijalankan bagi murid Tahun 1 dan 3 seperti pertandingan bercerita, tulisan cantik, syair dan sebagainya.
c. Hadiah akan diberi kepada murid yang berjaya.

6. Pengumuman Lain

a. Kelas Tasmek dijalankan seperti biasa.

7. Perkataan LAWAD

    Bahasa Melayu - tipis (tidak tebal, nipis, barang pipih seperti kertas)
    Bahasa Inggeris - catch (menangkap)
    Bahasa Arab - afuuzu (saya berjaya)

8. Ucapan Penolong Kanan Petang (En. Rosdin bin Ibrahim)

a. Sekolah merupakan tempat perkembangan bakat.
b. Menuntut ilmu adalah di sekolah.
c. Pada bulan ini, pelbagai aktiviti akan mencungkil bakat murid-murid dalam sukan dan bulan bahasa.
d. Murid boleh mengembangkan bakat yang ada.
e. Semua murid mesti ikut peraturan sekolah yang ada.

Perhimpunan tamat pada pukul 6.40 petang.

Dicatat oleh : Pn Norkhusaini dan Pn Suraini

No comments:

Post a Comment