Hari : Isnin
Tarikh : 23 Julai 2012
Masa : 4.55 - 5.35 petang
Guru Bertugas :
1. En Ahmad Zunaidi b. Jinalabin
2. Pn Ainul Balkhish bt. Mohd Aris
3. Pn Azizah bt. Ab Hamid
4. Pn. Arjunawati bt. Ahmad Nuze
5. Pn. Nor Arzah bt. Hussin
6. Pn. My Sarah bt. Hamzah
7. Pn Rashidah bt. Mahmad
Laporan / Ulasan
1. Nyanyian/Bacaan Doa dan Ikrar
1.1. Nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu Sekolah.
1.2. Bacaan Doa oleh Adik Fathul Akhbar (3 Waja)
1.3. Bacaan ikrar Rukun Negara
1.4. Bacaan ikrar murid oleh Adik Husna Aqilah (3 Waja)
2. Laporan/Ulasan Guru Bertugas minggu lepas (Pn. Salina)
2.1. Waktu rehat murid-murid masih ada lagi yang bermain di taman Sains (belakang Surau) dan parking
kereta. Diharap perkara ini tidak berulang.
2.2. Dataran perhimpunan adalah dilarang sam sekali kepada murid. Tetapi masih ada yang kelihatan
melalui dataran untuk menyeberang sebagai jalan pintas.
3. Perkataan LAWAD
3.1. Bahasa Melayu - mengacip (mengerat,menyepit)
3.2. Bahasa Inggeris - scarf (selendang)
3.3. Bahasa Arab - Kufaran (buah pir)
4. Penyampaian Hadiah Pertandingan Kebersihan dan keceriaan Kelas
4.1 Tahun 1 : Pertama - 1 Neptun
Kedua - 1 Musytari
Ketiga - 1 Zuhrah
4.2 Tahun 2 Pertama - 2 Alfa
Kedua - 2 Beta
Ketiga - 2 Theta
4.3 Tahun 3 Pertama - 3 Wira
Kedua - 3 Waja
Ketiga - 3 Myvi
5. Penyampaian Hadiah Pertandingan Mewarna AADK (Tahun 1)
Setiap kelas mempunyai 3 pemenang.
6. Pengumuman
6.1 Kutipan derma untuk anak yatim dan fakir miskin akan diadakan sepanjang Ramadhan. Tabung akan
diletakkan di Dewan Perdana semasa rehat (tayangan video).
6.2 Majlis Tadarus akan diadakan sepanjang Ramadhan. Murid yang terlibat dibenarkan keluar 5 minit
awal. Mohon kerjasama guru mata pelajaran sebelum rehat.
6.3 Borang Sumbangan IKRAM telah diedarkan. Diminta murid-murid menyerahkan kepada
ibu/bapa/penjaga masing-masing. Sumbangan hendaklah diserahkan kepada Guru Pendidikan Islam.
7. Ucapan Penolong Kanan Petang (Encik Rosdin b. Ibrahim)
7.1 En. Rosdin mengucapakan Selamat Berpuasa kepada semua guru dan murid sesi petang.
7.2 Murid diingatkan supaya menjaga perbuatan, percakapan dan kelakuan sepanjang Ramadhan agar
mendapat ganjaran pahala. Kantin adalah untuk murid beragama Islam dan murid Tahun 1 yang tidak
berpuasa. Murid Tahun 2 dan 3 yang tidak berpuasa hendaklah tidak makan di kantin untuk
menghormati rakan-rakan lain yang berpuasa.
7.3 Murid yang terlibat dengan Tadarus Al-Quran dinasihatkan tidak membuang masa. Selepas
mengambil wuduk hendaklah terus ke Makmal Sains. Murid yang tidak terlibat duduk di Dewan
Perdana menonton tayangan.
7.4 Pastikan setiap kelas mempunyai jadual waktu kelas yang diubah masanya sepanjang Ramadhan.
Masa telah dipendekkan dan waktu balik 5.35 petang.
Perhimpunan tamat jam 5.35 petang.
No comments:
Post a Comment