... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Monday, March 18, 2013

Aktiviti Terapi Renang Murid PPKI Di Putrajaya


Untuk pengetahuan bersama, aktiviti terapi ini bertujuan untuk memenuhi aktiviti terapi di bilik darjah bagi Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SK Taman Putra Perdana yang telah dirancang dengan rapi. Aktiviti terapi ini dapat meningkatkan kemahiran individu dan psikomotor kasar dan halus khususnya bagi murid-murid khas.

Latar belakang

PPKI SK Taman Putra Perdana terdiri daripada 33 orang murid, 7 orang guru dan 4 orang pembantu pengurusan murid. Murid-muridnya terdiri daripada kanak-kanak Autisme, Hyperaktif, Cerebral Palsy, Slow Learner, ADHD dan Dyslexia.

BIL
KUMPULAN MASALAH PEMBELAJARAN
BIL. MURID
1.
AUTISME
7
2.
HYPERAKTIF
3
3.
DYSLEXIA
2
4.
ADHD
2
5.
SLOW LEARNER
15
6.
LAIN-LAIN
4

JUMLAH
33











Selaras dengan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia, Falsafah Pendidikan Khas dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, PPKI SK Taman Putra Perdana telah merancang satu aktiviti terapi renang bertempat di kolam renang, Kompleks Kejiranan Presint 6, Putrajaya.

Objektif

1.    Membolehkan murid-murid memperolehi pengetahuan dan pengalaman di luar bilik darjah.
2.   Membolehkan murid-murid bersosial dan bergaul sesama mereka di persekitaran di luar bilik darjah.

3.     Memberi pendedahan kepada murid-murid untuk melibatkan diri dengan aktiviti luar.

4.  Membolehkan murid menjalani sesi terapi yang dapat meningkatkan perkembangan kemahiran motor kasar, motor halus dan perkembangan kecerdasan fizikal mengikut keutamaan.

Pelaksanaan Program

Tarikh                         :           13 Mac 2013
Hari                             :           Rabu
Masa                          :           8.30 pagi hingga 12.00 tengahari
Jumlah Peserta         :           30 orang murid PPKI
Tempat                       :           Kolam Renang, Kompleks Kejiranan Presint 16 Putrajaya


Masa


Aktiviti
7.30 pagi


8.00 pagi
:


:
Murid berkumpul di sekolah
Taklimat mengenai keselamatan/terapi renang

Sarapan pagi

8.30 pagi
:
Bertolak ke kolam renang Kompleks Kejiranan Presint 6

9.00 pagi
  :
Tiba di Kompleks Kejiranan Presint 6
  -    Penerangan keselamatan
  -    Aktiviti Terapi Renang
             Sesi 1: Water Confidence
             Sesi 2: Cari syiling dalam air

11.30 pagi
  :
Pengurusan murid
-          Sesi fotografi
-          Bertolak pulang ke sekolah

Cikgu Hazim sedang memberi penerangan mengenai aktiviti kepada murid-murid PPKI.







Aktiviti pergerakan kaki di dalam air.

Bergambar beramai-ramai di perkarangan Kompleks Renang Presint 6 Putrajaya.

Disediakan oleh,
Rozaitul Ikhma Ab Razak


No comments:

Post a Comment