Tarikh : 4 Mac 2013
Masa : 7.30
hingga 8.00 pagi.
Guru-guru bertugas:
1. En. Pazli bin Zawawi
2. Pn. Azwani bt Mohammed Nordin
3. Pn. Norina bt Mohamed
4. Pn. Norasmawati bt Omar
5. Pn. Rosmawati bt Desa
6. Pn. Roslina bt Jaafar
7.
Pn Jamilah bt Yusof
8.
En Zainuddin bin Kalam
LAPORAN
1.0 Nyanyian,
bacaan doa dan ikrar
1.1 Nyanyian lagu Negaraku.
1.2 Bacaan doa oleh adik Iman Firas bin Zulhazmi ( 6 Tiung ).
1.3 Ikrar Rukun Negara oleh Pn Rosmawati bt Desa
2.0 Laporan/ulasan
guru bertugas minggu lepas (Pn. Mazzaini bt Muda)
2.1 Pelajar diingatkan agar memadamkan suis lampu dikoridor kelas.
2.2 Sentiasa menjaga kebersihan kelas terutama dilantai kelas pastikan
sentiasa bersih manakala susunan
meja dan kerusi perlu teratur.
2.3 Bagi murid-murid yang membawa
basikal perlu menyusunnya dengan
kemas bagi mengelakkan basikal jatuh
atau berselerak.
2.4 Bagi murid-murid yang makan dikantin
sekolah perlulah memastikan
cawan dan pinggan diletakkan dalam
besen yang telah disediakan
selepas makan.
3.0 Laporan Guru Bertugas Mingguan (Pn
Rosmawati bt Desa)
3.1 Memperkenalkan guru bertugas pada minggu ini.
3.2 Tema: “Memenuhi masa lapang”
-
Murid perlu memanfaatkan masa lapang dengan aktiviti yang
berfaedah
-
Masa amat berharga
-
Aktiviti masa lapang boleh diisi dengan membaca kerana ianya
dapat menambah ilmu pengetahuan dan meningkatkan pencapaian akademik.elakkan
berbual-bual kosong.
-
Semasa di rumah murid boleh juga membaca majalah yang
bersesuaian contohnya: Kuntum, Asuh, Aulad dan lain-lain.
-
Bersukan juga merupakan salah satu aktiviti pada masa lapang
kerana ianya dapat menyihatkan badan. “Badan Sihat Otak Cergas”.
-
Murid perlu merancang masa terluang dengan aktiviti yang
berfaedah
4.0 Perkataan LAWAD
4.1. BM- Biaya
4.2. BI – Think
(fikir)
4.3. BA- As-sa’lisu (ketiga)
5.0 Keceriaan kelas
bagi minggu kesembilan,
Tahun 4 - 1. Wira 2. Exora 3. Iswara
Tahun 5 - 1. Almon 2.
Balau 3. Seraya
Tahun 6 - 1. helang 2.
Tiung 3. Merak
6.0 Ucapan Guru
Disiplin (En. Shahrizal bin Ya’am)
6.1. Ponteng:
Beliau mengingatkan murid-murid bahawa ponteng adalah
Salah laku disiplin. Terbahagi kepada
dua iaitu ponteng kelas ( tidak
berada didalam kelas sewaktu sesi
pembelajaran. Ponteng sekolah ialah
(tidak hadir ke sekolah tanpa izin
dari ibu bapa/penjaga). Murid-murid yang
Ditangkap atas kesalahan ini akan dikenakan
hukuman yang setimpal.
6.2. Buli:
adalah perbuatan menyakitkan samada mental atau fizikal
Contoh: fizikal (memukul)
lisan(mengejek atau menfitnah) isyarat (menjelir
lidah), memeras ugut (minta wang
secara paksa)
Tindakan disiplin akan dikenakan:
1)
Nama murid akan dicatat dalam borang salah laku.
2)
Dimasukkan dalam sistem salah laku disiplin murid (ssdm)
3)
Rotan
4)
Nama akan tercatat sebagai murid yang pernah melakukan
kesalahan.
7.0 Ucapan Guru Besar
(En Sukimin bin Juki)
7.1 Masalah di kantin:
- Pengawas sekolah perlu mengawal murid-murid
lain yang makan dikantin
dan berani menegur sekiranya murid
lain melakukan kesalahan.
Kebersihan dikantin adalah
tanggungjawab kita bersama.
-
Guru –guru perlu menegur murid-murid yang keluar dari kelas
tanpa pas keluar ini adalah untuk mengelakkan masalah ponteng kelas.
- Guru besar menegaskan bahawa semua guru berperanan sebagai guru disiplin dan berhak menegur murid yang melakukan kesalahan.
Sesi perhimpunan tamat
pada jam 8.20 pagi
- Penyampaian hadiah keceriaan kelas tahun 4,5,6 serta PPKI
- Penyampaian hadiah bagi pemenang boling tenpin kelas PPKI
Kelas 5 Almon yang memenangi piala keceriaan pada minggu ini |
Wakil kelas PPKI menerima piala bagi pertandingan keceriaan kelas |
Kelas 6 Helang yang memenangi hadiah keceriaan kelas. |
Penuh semangat...pemenang boling tenpin, Adik Azhar dari kelas PPKI |
Antara pemenang boling tenpin dari kelas PPKI |
Kesungguhan murid yang akhirnya mendapat kemenangan ..Tahniah diucapkan... |
No comments:
Post a Comment