Tarikh : 18 Mac 2013
Masa : 6.10 – 6.40 petang
Guru-guru bertugas:
1. Pn. Nurul Huda bt Yaacob
2. Pn. Azizah bt Ab Hamid
3. Pn. Wan Sarinah bt Wan Ibrahim
4. Pn. My Sarah bt Hamzah
5. Pn. Nur Suriati bt Ismail
6. Pn. Nazahiyah bt Ab Rahman
7. Pn. Nora bt Sabihi
LAPORAN
1.0 Nyanyian, bacaan doa dan ikrar
1.1 Nyanyian, lagu Negaraku, Negeri Selangor dan Lagu Sekolah di bawah pimpinan
Pn. Salmi bt Amir.
1.1 Bacaan doa oleh adik Asyraaf Aqashah b Mohd Fadzir (3 Zeta).
1.3 Ikrar Rukun Negara dan Keselamatan Jalan Raya oleh Pn. Nazahiyah bt Ab
Rahman.
1.4 Ikrar murid oleh adik Alya Fariha bt Azairry (3 Sigma).
2.0 Laporan /ulasan guru bertugas minggu lepas (Pn. Salina bt Mohd Tasu)
2.1 Murid dinasihatkan supaya berhati-hati semasa bergurau dengan kawan-kawan
bagi mengelakkan sebarang kecederaan yang berkemungkinan berlaku.
2.2 Semua murid perlu berada di kantin semasa rehat dan tidak dibenarkan berada di
dalam kelas untuk mengelakkan kes kecurian.
3.0 Laporan guru bertugas mingguan (Pn. Nazahiyah bt Ab Rahman)
3.1 Memperkenalkan guru bertugas pada minggu ini.
3.2 Murid dinasihatkan untuk menjaga kebersihan sekolah terutama di kelas, kantin
dan kawasan sekitar sekolah. Kebersihan juga perlu dijaga di rumah dan di
tempat awam.
4.0 Perkataan LAWAD
Bahasa Melayu : Perigi (sumur)
Bahasa Inggeris : Big (besar)
Bahasa Arab : Al-barru (darat)
5.0 Keceriaan kelas bagi minggu ke sebelas
Tahun 1 : 1) Hematologi
2) Kardiologi
3) Anestesiologi
Tahun 2 : 1) Zuhrah
2) Uranus
3) Utarid
Tahun 3 : 1) Theta
2) Zeta
3) Alfa
6.0 Pelancaran Program NILAM
6.1 Majlis dipengerusikan oleh Pn. Julaili bt Onian.
6.2 Dirasmikan oleh Guru Penolong Kanan Petang, En. Rosdin b Ibrahim.
6.3 Murid disaran agar memupuk minat suka membaca.
En. Rosdin merasmikan pelancaran Program NILAM
Nyanyian lagu NILAM oleh pengawas-pengawas Pusat Sumber
7.0 Ucapan Guru Penolong Kanan Petang (En. Rosdin b Ibrahim)
7.1 Murid perlu menanam minat membaca bagi menambah ilmu pengetahuan.
7.2 Murid dinasihati agar tidak mereka-reka cerita dan membuat sebarang aduan
yang tidak benar kepada ibu bapa.
7.3 Murid perlu berada di kantin dan kurangkan bermain sewaktu rehat.
Guru-guru bertugas mingguan
No comments:
Post a Comment