Tarikh : 1 April 2013
Masa : 7.30 hingga 8.00 pagi
Guru Bertugas
1) Mahadir Bin Midun
2) Visva Vilasini Koppal
3) Musaliha Binti Mustafa
4) Maimunah Binti Yob
5) Ahmad Musrizuan Bin Daud
6) Halimatun Saadiah Binti Hassan
7) Zainur Jimah Binti Abdullah
LAPORAN
1.0 Nyanyian, bacaan doa dan ikrar
Pengacara : Nur Alya Binti Abu Bakar ( 6 Tiung )
Bacaan doa : Muhammad Syazwan Bin Sa'ari ( 6 Tiung )
Pimpinan nyanyian : Intan Zulaikha Binti Muzafar ( 6 Tiung )
Ikrar guru : Encik Mahadir Bin Midun
Ikrar murid : Nur Anis Zarith Sofia Binti Zam Azizul ( 6 Tiung )
Pasukan menaikkan bendera : Pengakap
2.0 Laporan/ulasan guru bertugas minggu lepas (Pn Juli Mahbah)
2.1 Sikap murid yang tidak mahu memasukkan sampah ke dalam
tong sampah sebaliknya hanya meletakkan di atas penutup
tong sampah. Di harap semua murid dapat bekerjasama
demi menjaga kebersihan kawasan sekolah.
2.2 Waktu Rehat :
Terdapat murid yang masih berada di dalam kelas dengan
tujuan menyiapkan kerja yang diberi oleh guru.
2.3 Bilik-bilik khas : murid-murid perlu beratur sebelum
bergerak ke bilik khas seperti Pusat Sumber, Makmal dan
bilik Kemahiran Hidup
3.0 Laporan Guru Bertugas Mingguan (En Mahadir Midun)
3.1 Memperkenalkan guru bertugas minggu ini
3.2 Tema : Gaya Hidup Sihat
3.3 Antara amalan gaya hidup sihat
i) Amalkan kebersihan diri serta berpakaian yang sesuai
ii) Menjaga kesihatan badan dengan mengambil makanan
berkhasiat
iii) Bersukan bagi melahirkan badan yang sihat dan otak
cerdas
4.0 Perkataan LAWAD
4.1 BM : Eksperimen - Ujian / Penyelidikan
BI : Half - Setengah
Arab : Ana - Saya
5.0 Keceriaan kelas bagi minggu ke 12
PPKI : 1) Kreatif 2) Bestari 3) Proaktif
Tahun 4 : 1) Wira 2) Iswara 3) Waja
Tahun 5 : 1) Almond 2) Seraya 3) Balau
Tahun 6 : 1) Kelicap 2) Tiung 3) Bangau
6.0 Kejohanan Olahraga PPKI MSSD Sepang
Tarikh : 19, 21, 22 Mac 2013
Tempat : Stadium USIM Nilai
SKTPP telah diwakili oleh lapan orang murid PPKI. Peserta
Pertandingan telah berjaya membawa pulang 14 pingat daripada
24 acara yang dipertandingkan. Acara yang disertai adalah
100m (L/P), 200m (L/P), Lompat Jauh (L/P), dan Lontar Peluru
(L/P)
Senarai Peserta :
1. Mohd Azhar B. Suhaimi
2. Saanjeth Nair a/l Ravandiran
3. Abdul Hadi Bin Mohd Asri
4. Nur 'Ain Bt Azmi
5. Nurul Zaitun Bt Mohd Zahari
6. Balqis Dayana Bt Khairul Rofai
7. Amirah Batrisyia Bt Mior Mohd Nor
8. Dev Kumar Nair a/l Ravi Kumar
7.0 Ucapan Guru Besar
i) Beliau mengucapkan terima kasih atas kehadiran murid ke
sekolah
ii) Bersyukur diberi kesihatan yang baik, serta dapat
melaksanakan aktiviti yang telah di rancang.
iii) Mengingatkan murid menjaga kesihatan diri terutama
tentang pemakanan. Selepas makan, perut perlukan rehat
untuk membolehkan makanan tersebut dihadamkan
iv) Memberi pesanan agar murid mematuhi peraturan dikantin
dengan meletakkan pinggan serta alatan ke dalam besen
yang telah disediakan
v) Menasihati murid-murid supaya lebih aktif di dalam sukan
sekurang-kurangnya dapat mewakili sekolah ke MSSD
Guru Bertugas
Guru besar bersama murid PPKI
No comments:
Post a Comment