... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Wednesday, April 17, 2013

 LAPORAN "PEPTALK"
HARI: TARIKH:
ISNIN 15-Apr-13
TEMPAT: MASA:
DEWAN PERDANA 8.00-8.30 PAGI
KELAS YANG TERLIBAT GURU PELAPOR:
6 BANGAU & 6 BELATUK JAMILLULAIL BIN MOHD JUNIT
   
Guru besar memulakan sesi dengan memberikan ucapan salam untuk semua 
pelajar 6 Bangau dan juga 6 Belatuk.

 
Beliau bertanyakan masalah yang dihadapi oleh setiap pelajar berkenaan kerana 
pelajar - pelajar dalam kelas ini antara yang mempunyai keputusan yang tidak
memberansangkan selain masalah displin yang dihadapi.  Oleh  sebab itu 
beberapa elemen perlu ada dalam aspek diri pelajar bagi memperbaiki diri . 
Antaranya ialah :
   
i. Intelektual - Diuji berdasarkan peperiksaan. Oleh sebab itu pelajar perlu 
membangunkan aspek intelektual dalam setiap diri pelajar kerana ianya 
merupakan perkara yang  diukur bila pelajar melangkah ke  alam pekerjaan nanti,
contoh peperiksaan UPSR yang bakal diduduki oleh pelajar pada bulan sembilan nanti. 
   
II. Sahsiah diri - Merupakan semangat yang lahir dalam diri individu itu sendiri.
Melakukan sesuatu perkara sehingga berjaya walaupun pada dasarnya agak sukar 
untuk melakukan sesuatu perkara. Sahsiah diri juga dikaitkan dengan displin 
dalam diri seseorang individu . Displin yang baik akan terbentuk sekiranya 
pelajar  berkenaan mengikut kata serta mendengar arahan dan memberi tumpuan yang
sepenuhnya pada apa yang diberikan dan dinasihatkan oleh gurunya. 
Pelajar yang tidak mempunyai displin maka akan mudah terjebak pada perkara -
perkara yang tidak bermoral.   
   
Guru besar juga membuat perbandingan kehidupan yang dilalui oleh beliau dan
kehidupan yang dialami oleh pelajar - pelajar pada zaman sekarang. 
Para pelajar pada zaman sekarang harus bersyukur dengan segala nikmat 
yang telah dinikmati dengan wujudnya pelbagai kemudahan dari segi sukan, 
penggunaan komputer dan juga aktiviti kokurikulum. Oleh itu pelajar seharusnya 
merebut peluang ini dengan sebaik-baiknya. Para pelajar perlu belajar dan 
mengulangkaji pelajaran dan mempunyai tempoh 4 bulan sahaja lagi sebelum
menduduki peperiksaan UPSR.   
   
Beliau juga menasihatkan pelajar agar menjadi seorang yang baik dan sentiasa 
mengikut peraturan sekolah. Pelajar dinasihatkan agar sentiasa melakukan 
perkara yang baik dan tidak melakukan perkara yang tidak bermoral seperti 
mencuri dan merokok. Pelajar hendaklah sentiasa mendengar nasihat ibu dan ayah.
dan menanamkan dalam diri bahawa semua guru sentiasa menyayangi murid- muridnya.

No comments:

Post a Comment