... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Monday, April 15, 2013

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGUAN KE-15 (SESI PAGI)

Hari       : Isnin
Tarikh   : 15 April 2013
Masa     : 7.30 hingga 8.00 pagi



Guru Bertugas
1) En. Norizmi bin Zainal Abidin (K)
2) Pn. Rima binti Maon
3) Pn. Noor Azila binti Ngah
4) Pn. Nurliza binti Ab Rahman
5) Pn. Norzainon binti Razali
6) Pn. Zailezah binti Sardi
7) Pn. Zaleha  binti Ramdan Mohamed

LAPORAN
1.0 Nyanyian, bacaan doa dan ikrar

       Pengacara : Nur Alya binti Abu Bakar ( 6 Tiung )
       Bacaan doa : Muhammad Syazwan bin Sa'ari ( 6 Tiung )
       Pimpinan nyanyian : Intan Zulaikha Binti Muzafar ( 6 Tiung )
       Ikrar guru : Pn. Rima binti Maon
       Ikrar murid : Nur Anis Zarith Sofia Binti Zam Azizul ( 6 Tiung )
       Pasukan menaikkan bendera : Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM)

2.0 Laporan/ulasan guru bertugas minggu lepas (Pn. Noriza binti Mohd Nor)

      2.1 Pergerakan ke bilik-bilik khas
            Murid-murid diminta sentiasa berbaris dengan betul untuk ke bilik-bilik khas.  Ini 
            bagi  mengelakkan murid-murid  melengah-lengahkan masa serta
            mengganggu PdP  kelas lain.  
      2.2 Selepas waktu rehat
            Murid perlu beratur dengan tertib, berdisiplin dan senyap serta mendengar
            arahan guru.
      2.3 Kebersihan kelas
            Murid perlu sentiasa memastikan keadaan kelas bersih dan kerusi meja disusun                
            dengan kemas sebelum pulang.
      2.4 Murid-murid perlu memastikan pintu kelas dibuka dengan baik agar murid tidak
            terlanggarnya  dan mengalami kecederaan.


   3.0 Laporan Guru Bertugas Mingguan (Pn. Rima binti Maon)

      3.1 Memperkenalkan  guru bertugas minggu ini
      3.2 Tema : Tanggungjawab Sebagai Pelajar
      3.3 Tanggungjawab yang perlu dipikul oleh oleh pelajar termasuklah tanggungjawab
  terhadap  diri sendiri, guru, ibu bapa, agama dan negara.
      3.4 Seseorang pelajar yang bertanggung jawab seharusnya memberi sepenuh
            perhatian ketika guru mengajar, kerja rumah perlu disiapkan,  menepati masa
             dan belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai kecemerlangan dalam
             bidang  akademik dan kokurikulum.
       3.5 Pelajar juga bertanggungjawab dalam menjaga kebersihan sekolah, menjaga
             harta benda sekolah dan menghargai segala kemudahan yang disediakan oleh
             pihak sekolah.
       3.6 Pengumuman:
             Kejohanan Hoki Peringkat MSSD Sepang 2013. 
·         15 orang wakil sekolah
·         Bertempat di Stadium Hoki Seremban 2, Negeri Sembilan.
·         SK Taman Putra Perdana memperolehi Naib Johan.
             Guru Besar telah menyampaikan hadiah dan sijil bagi pemain hoki sekolah.
             ‘Peptalk’ – kelas 6 Bangau dan 6 Belatuk

          
    4.0 Perkataan LAWAD

      4.1 BM          : fakir = sangat miskin
 BI           : wise = bijaksana
            B. Arab    : fursyaatul asnan = berus gigi

    5.0 Keceriaan kelas bagi minggu ke-15

       PPKI    : 1) Bestari    2)  Kreatif   3) Proaktif
       Tahun 4 : 1) Wira       2)  Iswara   3) Ezora
       Tahun 5 : 1) Seraya    2)  Kruing   3) Cengal
       Tahun 6 : 1) Merak    2)  Merpati  3) Tiung

   6.0  Ucapan Guru Besar (En. Sukimin bin Juki)
       6.1 Pendidikan untuk murid dan guru(Pendidikan adalah suatu usaha berterusan)
             Setiap sesuatu yang dipelajari dan diajari, kadangkala tidak akan menampakkan
             hasilnya dalam waktu yang singkat.  Tetapi jika disusuli dengan usaha yang
             berterusan In shaa Allah akan memperoleh kejayaan .
       6.2 Selain itu, sesuatu yang dipelajari akan menjadi pengalaman pada masa akan
             datang.
       6.3 Untuk menjamin pendidikan yang berterusan memerlukan:
·         sifat guru perlu ikhlas dalam mendidik murid.
·         guru akan memastikan setiap murid diberi latihan sebagai pengukuhan.
·         guru berasa gembira apabila melihat kejayaan murid.
        6.4 Kokurikulum
              Pihak sekolah amat prihatin dan bimbang akan keselamatan murid.  Oleh itu,
              murid tidak dibenarkan pulang atau keluar dari kawasan sekolah selepas waktu
              sekolah.  Mereka perlu menunggu di sekolah untuk aktiviti kokurikulum.  Ini bagi
              mengelakkan murid leka bermain di luar sekolah sehingga tidak menghadirkan 
              diri untuk aktiviti kokurikulum.
       6.5 Pengawas Sekolah
              Pengawas telah dibekalkan dengan ‘Tag’ agar murid dapat mengenali pengawas
              semasa pengawas memakai pakaian PJ atau pakaian selain uniform sekolah.
       6.6 Ucapan Syabas
             Guru Besar (En. Sukimin bin Juki)  mengucapkan syabas dan tahniah kepada
             murid-murid yang telah mengharumkan nama sekolah. 
             Mulai sekarang, aktiviti atau latihan akan disusun pada hari sabtu berselang-seli
             dengan KBS.  Ini dilakukan agar dapat menanamkan nilai yang baik dari segi
             akal, nilai kesepakatan, nilai yakin diri dan sebagainya.
      
     Guru Besar mengucapkan selamat mengajar kepada guru-guru dan selamat belajar kepada
     murid-murid dengan kata-kata “SEMOGA HARI INI LEBIH BAIK DARIPADA SEMALAM”  
        

GAMBAR SEMASA PERHIMPUNAN

Guru Besar En. Sukimin bin Juki sedang memberi ucapan


Barisan guru bertugas Kumpulan G

Naib Juara Peringkat MSSD Sepang
 Pasukan Hoki Sekolah bergambar dengan En. Sukimin bin Juki, Guru Besar SKTPP








No comments:

Post a Comment