Hari : Rabu
Masa : 1.30 tengah hari - 3.30 petang
Satu bengkel tentang penggunaan aplikasi tablet (Nautica) sekolah telah diadakan di makmal komputer 1 SK Taman Putra Perdana. Seramai 17 orang guru dan 6 orang staf sekolah telah menghadiri bengkel ini. Bengkel ini bertujuan untuk memberi panduan kepada guru cara-cara memanfaatkan tablet dalam aktiviti pembelajaran di dalam kelas.
Agenda sepanjang bengkel:
a) Pengenalan tentang perkakasan dan perisian tablet.
b) Penerangan mengenai cara-cara menggunakan aplikasi "Play Store" untuk muat turun perisian.
c) Cara-cara tablet akan digunakan sewaktu pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
d) Kelebihan dan kekurangan yang perlu diatasi semasa penggunaan di dalam kelas.
Bengkel turut diserta oleh PPM Pendidikan Khas. |
Sebahagian kumpulan guru dan staf sekolah. |
Guru-guru sedang mencari aplikasi untuk dimuat turun. |
Guru besar memberi bimbingan untuk menggunakan "Play Store". |
Penerangan tentang penggunaan tablet daripada guru besar. |
No comments:
Post a Comment